Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

16 February 2022

Lemah.

Dulu, masa sekolah, aku seorang yang penakut (sampai sekarang pun sebenarnya, tapi for some situation its getting better - guess aged help a lot) Jadi tak banyak pencapaian yang aku dapat capai masa kat sekolah. Aku tak main outdoor, sebab memang tak berbakat. Takde langsung terlibat dengan aktiviti yang mewakili sekolah. Tak kisahlah main padang atau pun pertandingan2 macam kuiz Matematik atau sebagainya. Aku sekadar lepak kat sekolah dan meneruskan hidup seperti orang kebanyakan yang sangat biasa. Untuk kasi markah kurikulum ada, jadi aku joinlah persatuan2 ambil post2 macam bendahari ke setiausaha ke. camtu. Dapatlah tambah mata kan nak apply pengajian tinggi nanti. 

Bila zaman universiti, masih join persatuan. Tapi jadi penggerak gitu je lah, tak pernah lah jadi speaker or someone yang boleh di bilang significant gitu. Setakat bergerak di universiti sendiri, tak pernah sampai ke peringkat pusat. Orang biasa-biasa yang men'cuba' gitu. Dia lebih kurang, kalau orang tanya kenal tak Sarah? yang mana satu ye. ha camtu, punya lah biasa dia tu. 

Dah habis belajar, dah kerja.. kawan-kawan zaman uni dulu pun sorang-sorang dah kahwin dan berkeluarga, aku men'cuba' lagi. Kali ni aku try outdoor pulak. Fuh, ni memang totally new things sebenarnya. Sejak bila aku outdoor person. haha! Memang lemah lah cerita dia. Orang semua dah berdesup stamina level mokhsha, aku jugak yang masih menyiput tapi terus mencuba. Aku start dengan kelab ni 2013 dan pada akhirnya 2019 baru boleh hiking tenang2 macam kawan2 yang aku jumpa di 2013. Jauh tu gap dia! 6 tahun! Ha tapi tu lah tu, elok nak dapat pace, pandemik melanda. Memang habis kemana hala lah aku punya pace tu. Badan pun makin membadak sekarang. Bye bye lah kut. Sekali lagi, aku noob.

Dah pandemik pulak, aku terjebak lah di dunia game. Game tembak2 ni kan. So ko kena lah handal menembak, tak gitu? Setiap game, kau kena dapatkan kill baru lah kill/death (kd) rate kau tinggi. Kira makin tinggi kd kau, makin handal lah kau. Dan aku? Masih mengekalkan kd 0 aku dari mula aku main sampai sekarang. Kalau tengok rank, ada lah meningkat dari season ke season, tapi dari segi kd, makin lama makin turun lagi ada. Lingkungan kawan2 aku sekarang? sekolah rendah hingga awal 20an. Tapi mostly budak skolah lah. Antara ayat yang aku pernah dengar dalam game ni.

"Kak, sampai bila kak nak jadi beban kepada team? akak kena lah belajar jugak" akif, 10
"Akak start main awal sebulan dari saya, tapi kd akak masih 0. Akak kena training lebih kak" irfan, 14 

Sebenarnya dah lama aku fikir. Apa je yang aku hebat dalam hidup ni. Memang langsung tak hebatlah, lemah! But, nice try though~ Haha! (siapa lagi nak lift up diri sendiri gais, kalau bukan diri sendiri) 


Buat adik2 PUBG, ko tunggu aku menyinar. Lagi 6 tahun aku shine. 
(Lol? takkan 41 main pubg lagi gais? wkwkwkwk) 😆

No comments: