Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

20 March 2023

Terlalu random dan unfocus

Pagi tadi sajalah aku check email. Biasa nak dekat puasa ni banyak dapat emel2 motivasi nak Ramadhan. Yeah! ada. Dari Qalam Institution. 

Welcoming Ramadan

Menarik pengisian Ramadhan nya, baru tengok 15 minit pun dah sungguh memotivasikan. Antara isi yang menarik perhatian adalah tentang Terawih. Terawih ni adalah solat sunat berehat-rehat. Sebab tu solat dia setiap 4 rakaat dia henti seketika. Di zaman nabi, ketika terawih di Mekah, setiap selepas 4 rakaat, mereka akan mengerjakan tawaf, dan kemudian menyambung lagi 4 rakaat seterus nya dan ulangi lagi sehingga 20 rakaat. Tetapi di Madinah, setiap selepas 4 rakaat mereka akan menyambung solat sunat yang lain kemudian barulah disambung lagi 4 rakaat seterusnya. Jadi itulah maksud berehat di zaman nabi. Hebat dan jauh nya kita punya definisi berehat ya. Allahu.

Susah pulak aku nak dengar sampai habis sebab too much information. I cannot just listen sambil buat kerja. Aku kena dengar sambil catat2 sikit baru syok. 

Tiba-tiba aku teringat satu conversation dengan Kak Wani few days before. "Kenapa kau nak berhenti? Nak amik short course ke?"

Aku pun dengan tak semena mena search untuk short course online. Dan terjumpa lah udemy.my.. Dah lama tahu pasal udemy ni tapi tak kuat nak enroll je. HEHE. yeah dan tiba2 im enrolled satu course: The Ultimate 2023 Fullstack Web Development Bootcamp. Habis juga lah aku dengar 11 fail video dia. pendek2 je intro gitu. 

Penat duk dengar class, aku buka tiktok terjumpa lak tentang Marianna Bachmeier. Hmm.. jauh kesasar dah ni. Walhal pagi tadi dah report boss dah, plan hari ni nak siapkan data untuk website dia. Haha.
 
k tu je. 

No comments: