Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

15 September 2024

Rinjani (1) - The Magnificient of Plawangan Sembalun

Begitu begini, 15hb September pun tiba, maka berangkatlah kami berdua belas ke Pulau Lombok, Indonesia. Sekarang ni flight ke Lombok ada sekali je sehari. Flight hari tu jam 2 petang. Its good to be back to Indonesia >.< Missing you, Indonesia. HAHA! Walaupun setiap kali datang bukan pergi tempat yang sama pun. Indonesia selalu ada tempat dalam hati aku.  

Warga Rombongan Lombok- Rinjani September 2023 

Sarah, Toki, Kak Nora, Ita, Salha, Zaiha, Harisa, Kak Ayu, Kak Huda, Juju, Bad, Syimie.

Kami tiba di Lombok ketika mentari hampir saja di dakap pekatnya malam. Setibanya di bandara, Jai (Bristled Beast) telah pun menunggu bersama van untuk membawa kami ke homestay. 

Airport to Anak Rinjani guest house

Homestay Anak Rinjani (Ihsan google)

Tak dekat sangatlah sebenarnya dari airport ke Guest House Anak Rinjani ni. Tambah pulak banyak berhenti, memang lagi jauuuuuhhh la perasaannya. Tapi rasa excited mematikan segala rasa jauh tu. Hehe. Kalau di kira-kira masa ke Dieng dan ke Jambi lagi jauh dari yang ni. So steady je lah. Hehe.

Dari airport, kami singgah di satu hotel yang hampir dengan airport ni, Bad pinjam gaiter dari kawan dia. Seterusnya van melaju menuju rumah makan untuk makan malam. Tak lengkap rasanya ke Lombok tanpa merasai signature dish mereka, ayam taliwang. Kami singgah di Rumah Makan Taliwang Kania di bandar Mataram.



Dah beberapa kali di hebahkan tentang kesedapan ayam taliwang ni. Sebab kak Siti dah 2x ke Lombok maka dah 2x kata ayam ni sedap, arwah Pak lang pun penah bagitau yang kalau ke Lombok kenalah pekena ayam taliwang ni. Tapi, aku pun tak pasti nak rate kesedapan dia macam mana. Haha! Takde lah wow sangat, rasa ayam lah. Lol. Punya lah banyak sampai terpaksa tapaula citer dia ayam tu. 

Selepas habis makan malam, kami melintas jalan dan bersiar-siar di Kedai outdoor (Eiger dan Petualang) Tapi aku dan kak Nora sibuk membeli kerongsang katanya mutiara lombok (aku rasa ada baki lagi kerongsang ni selepas di bagi kepada orang, tapi mana baki dia ek. hmmm) di luar kedai outdoor. Ahaha.


Jam 8.40 malam perjalanan diteruskan lagi menuju ke homestay. 9.50 malam, singgah di alfamart untuk membeli makanan kudap-kudap pendakian.

Sebenarnya aku dah lupa alfamaret atau indomart. Nasiblah ada amik beg dia. Membantu sangat!

Sampai homestay sekitar 11.20 malam, dengar briefing seterusnya tidur! Sebelum tidur, siapa nak naik ojek bagi nama sesiap untuk Jai book awal. 

Muka semua da sayur. Lama sangat di perjalanan

Sedikit tentang ojek - aku dah kempen pada kak Nora ajak untuk naik ojek ni beberapa minggu sebelumnya lagi. Tapi kak Nora memang kekal dengan pendirian untuk berjalan kaki. Ok, akur. huk2.

Sabtu, 16 September 2023 (Pendakian dimulai)

Perjalanan hampir 50 minit jugak

8.25 pagi, bergambar di pintu rimba Taman Nasional

Dalam hati masih libang libu, mampu ke ni eh nak jalan kaki. Tapi memang kena jalan kaki jugak since tak bagi nama untuk naik ojek dari Pos Kandang Sapi (starting point) ke Pos 2. Setelah bergambar, marilah kita berjalan. Yang naik ojek dah ke ojek masing-masing. Mereka bertujuh meninggalkan kami berlima + 3 guide. 

9.00 pagi tiba di starting point, Kandang Sapi

Berjalanlah kami berlapan. Juju, Syimie, Salha, aku, kak Nora dan 3 guide (Syed, Dedi, Jai) ketika jam menunjukkan 9.15 pagi. Syimi berjalan dengan gerakan free body memandangkan beg yang patutnya di sandang telah di tumpangkan kepada mang ojek. Maka, aku pun minta tolong syimie bawakan beg depan aku (biasa nya tempat simpat fon - easy access nak tangkap gambar). Ok lah, jimat berat sampai ke pos 2 kan.

Namun ya, mengah mat! Aku rasa dah nak hitam2 gak pandangan naik bukit2 awal tu. Dengan panas nya.. Juju, Syimi, Syed dan Salha dah kedepan. Aku, kak Nora dan Dedi jalan sekali. Jai kadang di depan, kadang di belakang kami. 

"Ojek.. ojek.." ujar bang Ojek yang baru balik dari Pos 2. Masa tu aku macam, oh boleh amik ojek on trek gak, tak semestinya dari bawah, tapi kaki tetap terus melangkah. 4-5 buah jugak ojek yang pulang ke starting point. 

Sehinggalah kami sampai ke kawasan yang sedikit berpokok. Abang ojek berhenti di tepi sambil berbual seketika dengan Dedi. 

"Nak naik ojek kak?" Dedi bertanya. Haruslah soalan itu tertuju kepada aku. Aku tak menjawab.

"Kalau naik dari sini berapa?" balas Kak Nora

"200 juga lah" jawab Dedi meski tak bertanya pada bang ojek

"Oh kalau 200 tak pe lah, kita jalan je" cepat je aku balas, meskipun dah mengah-mengah berjalan.

Kami pun meneruskan perjalanan untuk 50 hingga 100 meter kehadapan sebelum ojek tu membuat u-turn dan kembali mengekori kami.

"Ok lah, 150" ujar bang ojek. Makaih, bersinar mata aku, terus aku memandang kak Nora.

"Kak, saya naik ye kak. Takut kalau saya jalan nanti lagi lambat kita sampai" rasa macam betrayal plak kan, tapi dalam masa yang sama aku lagi risau kalau aku akan melambatkan perjalanan. Atau dengan kata lain, aku agak stress jugak sebab aku terpaksa melajukan langkahan aku. Gais, gue pencinta kehidupan santai gais. gabisa di paksa ngebut teruss. 

Aku tak ingat respon kak Nora, tapi aku rasa dia ok je. Sebab memang dari kat ofis berapa kali aku dah buat percubaan mengajak dia naik ojek.

Jam 9.40 pagi, akhirnya aku berdamai dengan diri dan membuat keputusan terbaik untuk saat itu! Ahaha. Dan, perjalanan ke pos 2 pun di persingkat. Wuhu! 

Dalam kurang 20 minit kemudian, aku pun tiba di pos ojek. Sampai di pos ojek, baru aku teringat.. dompet aku duduk dalam beg kecil yang di sandang Syimie. Allahu, maka berlari lah aku ke pos 2 meminjam barang 150k IDR dari rakan-rakan yang telah pun tiba awal. Wahaha, nak naik ojek pun pinjam duit orang gais. LOL.

Masa yang ada, aku habiskan dengan mengagumi keindahan ciptaan Allah yang terhampar luas seluas sabana yang terbentang di depan mata. Subhanallah, Allahuakbar. Indah nian!

"Kat atas gunung pun ada yang curang ya!" Kata-kata pertama Syimie kepada aku sebaik sahaja tiba di Pos 2. Aku hanya mampu menelan liur. Gulp. Curang ke tu? Tak tau ke diorang, aku buat tu untuk kelangsungan perjalanan kita. Supaya tak drag lama, supaya cukup stamina semuanya. 

Setelah tiba semuanya, makanan tengahari pun dihidangkan. Lengkap bersama fruit platter! MasyaAllah gais! maka nikmat tuhan yang manakah yang engkau dustakan. 

Kat pos 2 ni ada toilet ya. Proper toilet. Siapkan duit je nak masuk. Biasalah dah lepas makan mesti ada rasa nak kencing kan. So kita siap-siap lah buang apa yang patut kan dan bersiaplah kami. Ready!

Perjalanan diteruskan jam 12 tengahari. Kat sini 12 tengahari terik tapi tak panas sangat, sejuk2 berangin juga. Topi sangat membantu dalam perjalanan ini. Tapi sepanjang perjalanan, biasalah nama juga gunung.. menaik terus. Lelah tapi indah. Sakit tapi bikin candu. Kenapa ya? 

 



Sepanjang perjalanan memang kita akan disajikan dengan pemandangan yang seperti dalam gambar. Subhanallah. Masa logik tengah bagus tu memang zikir terus di bibir. Masa tengah mengah tu, lupa juga. Enjoy je lah kan, benda pun dah rancang lama. 

Pos 3 Bayangan

Sekitar jam 12.50 tengahari, kami tiba di Pos 3 bayangan. Ada kedai kat situ, ada lah jual-jual kalau korang rasa nak beli-beli boleh singgah. Tapi tak de orang pun kat sini, sebab jalan lagi 10 minit korang akan sampai ke Pos 3. Kat situ tempat dia lebih luas untuk berehat. Tapi banyak gila sampah. 

Pos 3

kalau nampak tepi kemah biru tu, itulah pondok tempat kami solat

Kami berhenti solat zohor di pondok yang berada di pos 3. Dan perjalanan bersambung sekitar jam 1.20 petang. Jam 2.20 petang kami tiba di pos 4. Disini kami berhenti lagi, yang tak sempat solat di pos 3 mengambil peluang solat disini. Memandangkan tak tahu akan sempat tak tiba di Pelawangan sebelum Maghrib. Kat sini juga ada kedai macam kat pos 3 atau pos 3 bayangan. Kalau nak beli air berperisa extrajos bolehlah beli.

geng dari Kerinchi ke Rinjani. :)

Setelah 20 minit berhenti rehat, perjalanan diteruskan sekitar 2.40 petang. Aku kira disinilah kemuncak menguras tenaga untuk hari pertama di Rinjani, dari pos 4 ke Pelawangan Sembalun (campsite untuk bermalam) Kat sinilah korang akan menemui Bukit Penyesalan (starting selepas pos 3 sebenarnya). Katanya ada 7 bukit. Aku jangan kan mengira bukit, bukit penyesalan tu pun aku tak tau kat mana.  

begitu ha treknya

duduk sejenak menambah nafas

the view

Nak cerita apa ek kat sini. Memang bergelut ambil nafas je aku kat sini. Thus, the silent. Hehe

Aku macam biasa di golongan belakang bersama Bad. Just before Pelawangan terserempak dengan sorang malay yang kerja di Singapura. Dia datang Rinjani dengan geng kerja dari Singapore, dia krem. Bad bagi dia punya himalayan salt dan panadol. Sikit je lagi nak sampai kan. Memang sikit sangat, tak berapa meter di depan da sampai.

Setelah perjalanan yang panjang dan melelahkan, jam 5.10 petang aku pun tiba di Pelawangan Sembalun 1. Nampaklah besar-besar kayu signboard yang tertulis Pelawangan Sembalun. Allahu! Alhamdulillah. Aku berhenti sat bergambar, Bad da meneruskan langkah. Aku bersama kak Nora di belakang. Oh ada Jai jugak yang tolong tangkapkan gambar.


Sampai je Pelawangan tadi nampak kak Nora. Memberi kata-kata semangat. Haha, macam da sampai puncak rasanya. Tapi baru campsite. LOL. Dari pelawangan 1 kami berjalan lagi diatas permatang menuju ke Pelawangan 2.

Elok plak tengah jalan tu ada potter group lain tengah potong tembikai. 
"Kak sedapnya kak tembikai tu"

Tak taulah samada aku cakap tu kuat sangat atau pandangan mata aku time tu sangat kasihan, tiba-tiba brader tu menghulur tembikai yang di potong kepada kami. Time tu ada aku, kak Nora dan Jai. Syukur. Rezeki di atas awan. ehe. Oh tapi sorry tak dan tangkap gambar, Terlalu tempting tembikai itu.


5.25 petang kami pun tiba di campsite, Pelawangan Sembalun 2. Sampai2 je dah terhidang pisang goreng coklat beraturr menunggu ketibaan kami. Hehe. 

Disebabkan bilangan kami ganjil 9 perempuan dan 3 lelaki. Maka seorang perempuan dan seorang lelaki akan tidur di khemah sendiri. Jadi Juju dan Kak Nora memilih untuk tinggal sendiri. Aku duduk dengan Tokie. 

Petang tu dihabiskan dengan bergambar bersama senja. 



Malamnya kami dihidangkan dengan masak lontong. Bercerita dan tertawa sambil menikmati makan malam di tempat makan tertinggi (setakat ini) ditemani ribuan bintang terang di pekatnya malam.



Ramai duk kejar 'shoot' gambar bintang malam tu, aku bersama handphone2 android marhaenku hanya mampu 'pinjam' je lah gambar orang. Hahaha. Kita rileks dan tenang di posisi je. Nak tidur malam tu, badan aku ada sikit rasa lain. Nak 'panas dalam' agaknya. Kepala pun ada sikit sakit. Tapi kita santai dan tidur je. Hehehe. Tidur is a must k. Rehat kena cukup.

Berakhirlah hari pertama pendakian di Rinjani.

bersambung..

#rinjaniTrip

No comments: