Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]
Showing posts with label pewaibergema. Show all posts
Showing posts with label pewaibergema. Show all posts

24 September 2019

Tahan 2.0 - [1] Kem Korr

Jumaat, 28 Ogos 2019

Sebenarnya housemate (su) ada nak ikut hantar aku malam tu. Tapi masyaAllah, kejadian yang selalu terjadi, berlaku lagi. Aku terlupa! Aduh.. mesti nervous punya pasal ni.

Para peserta berkumpul di LRT Gombak seawal jam 10.50 malam, aku lah tu. Sebab aku bertugas jadi ceti malam tu. Duit tak cukup bhaii.. kenalah mintak lagi duit tambahan. Huhu! Masa aku sampai, nampak Syamsul dah ada. Yang lain tak nampak lagi. Tapi seiring masa sorang sorang line up muncul.

Tapi dah halfway nak ke jam 12, aku rasa supporter yang sampai lagi ramai dari lineup. Haha! Citer Tahan ni aku rasa, yang siapkan ration dah dari awal lagi pewai. LOL.

Credit Pic: Razreen Ashraf
Oh disini aku nak mengucapkan beribu ribu terima kasihlah kepada senior2 GSB yang turun ke LRT Gombak menghantar kami malam tu. (Nopal, Amar, Nina, Din, Afiq, Acap, Bad - siap bagi bekalan mashmelow dan surat cinta, Nizam, Isma) Rasa macam sedikit sebanyak semangat dari kalian bersama-sama mengiringi perjalanan yang belum mampu terbayang oleh akal kami.

Sabtu, 29 Ogos 2019

Van bergerak sekitar jam 1 pagi dari LRT Gombak, selepas mendapat amanat2 dari Nizam selaku presiden gsb yang baru. Mendebarkan, namun turut mengujakan. Dengan langkah yang berat dan bercampur baur, perjalanan dimulai. Perjalanan Gombak ke Merapoh tak mengambil masa yang panjang, kurang 4 jam, sekitar 4.30 pagi kami tiba di sebuah surau di Pekan Merapoh.

Sementara menanti Subuh, kami pun bersama-sama membahagikan ration makanan dan peralatan untuk memudahkan proses declare barang-barang tersebut di Taman Negara kelak. 4.30 pagi tu duk klentung klentang kat kampung orang duk bahagi ration. Ahaha!


Siap packing ration, susun bagpack, masukkan balik dalam van, salin baju dan solat subuh. Lepas Subuh jalan depan sikit untuk sarapan pagi. Rupanya, abg guide dah tolong bayarkan kat makcik kedai makan dan minum untuk 19 orang. Jadi kita masuk kedai makan dengan nyaman2 jer.

 

Lepas habis makan naik van dan bergeraklah kami ke Taman Negara Sungai Relau untuk declare barang dan memulakan pendakian. Sini antara checkpoint last kalau nak pi melepaskan hajat dgn bertamadun (rasanya dekat kuala juram pun ada toilet). Tapi nampaknya perut gue tidak memberi kerjasama, jadi sebelum pergi berjaya buang air kecil je. 

8.30 pagi. Bersama dengan kumpulan kitorang masa declare ni adalah geng cikgu, budak lagi, student Intitut Pendidikan Guru (IPG). Memang stamina padu teroks.

Masa declare barang, aha muka ada sinyum
Pelajar contoh masa sekolah ni, dengar briefing pun salin nota tau
10.30 pagi. Lepas declare barang, dengar taklimat then bergeraklah kami ke kuala juram dengan menaiki 4wd untuk memulakan pendakian. Naik 4wd ni aku rasa ada lah dalam 30 minit. 



11.15 pagi. Sampai di Kuala Juram adalah lokasi terakhir nak guna toilet formal. No more after this, at least for 7 days. Wahaha! Tapi aku dah gi kan masa kat Sg Relau tadi, jadi jimat dah kat situ. 

11.45 pagi. Setel proses toilet, buat regangan ringan sikit, taklimat abg guide (abg peja n abg mail), simple taaruf, doa, bergambar then off we go. Dekat tengahari juga baru start pendakian rupanya. Ahaha.


1.15 petang. Lepas melintas beberapa sungai yang airnya seperti warna teh o, kami pun berhenti makan tengahari. Air sungai yang last ni boleh tahan dalam dia. Atleast untuk aku lah, ada part tu tenggelam sikitlah ke paras pinggang. Kalut aih, terus laju2 nak cross, sayang beg punya pasal. Makan tengahari ni, dah siap2 pack. Beli dengan makcik sarapan pagi tadi. Nasi putih gulai ayam. Tempat ni sebenarnya aku pun taktau nama apa, tapi sebelum kuala luis. Dekat sini jugak baru tau ada 1 lagi kumpulan yang dah masuk before kitorang, geng2 pegawai tadbir diplomat (PTD). 

Into the jungle
Nasib baik ada tali nak seberang sungai ni
air dia tak jernih sangat tau, macam teh o gitu
2.15 petang. Lepas dah siap makan lunch, pendakian pun diteruskan. Nak tanya aku trek macam mana? Aku rasa at most, day 1 ni adalah mencanak je tak ingat. Tapi for the detail, serius dah kabur2 dari ingatan. Hahaha. Terlalu perit pengembaraan 7 hari ini. Lepas makan lunch ni, aku jalan saing2 tokie. Sian tokie mengantuk siapkan ration. 

Trek dia, canak teruk. Meski demikian, nampak kamera tetap duduk dengan style ya.

4.00 petang. Dalam perjalanan yang perlahan tu, kami tiba jua di Lata Luis jam 4 petang. Dah nampak Reen, Azira, Fani ngan Along. Tapi, aku ngan tokie malas nak tunggu lama sebab kitorang jalan berdua pun dah habis slow, jadi lepas selfie dengan Reen n Paa, perjalanan di teruskan. This one super canak.

Lata Luis - Razreen, Paa, Tokie
Keupayaan untuk tidur dimana-mana
5.30 petang. Akhirnya kami tiba jua di Kem Korr! Ingatkan jadi yang last, tapi sebab dah bypass geng2 layan air terjun stop kat lata luis tadi, dapatlah sampai sebagai golongan pertengahan. Hehe. 

Yang baju merah2 hujung tu la geng2 IPG, bakal2 cikgu belaka.

Masa sampai tu sembang ngan Razreen, kita nak solat jam berapa. Lepas tengok keadaan sekitar, semua sibuk mempersiap fly tidur dan memasak. persefahaman pun disepakati untuk solat jam 6 petang. 

Dah jam 6, tengok keadaan seperti tak juga bertenang. Maka aku pun ajak tokie solat dulu. Habis je solat, ada suara menegur tindakan kami solat dulu tanpa menghiraukan orang lain yang sedang bertungkus lumus memasang fly dan memasak. Takde lah dia marah kita orang solat tu, tapi dia harap kitorang dapat sama-sama tolong, sama-sama siap dan solat bersama-sama. Pergh padu bak ang! Panas telinga aku. Terus melompat aku dari ground solat dan mencari pancang. Hagituh! Mantap bukan? 

Kam antara individu yang sinonim dengan dapur. Aku memang kagumlah dengan orang yang auto pilot terus pandai memposisi diri ni. Bilalah aku nak jadi manusia yang berguna ni. Sering terasa sampah. Aduh. 
Hari tu ada menu pisang goreng untuk minum petang, tomyam untuk makan malam. Mi goreng dan nasi putih untuk breakfast dan lunch esok. 

Oh dan malam pertama kami di gunung di sambut dengan hujan. Macam biasa beg aku dah selamat aku bungkus kat luar, aku plak tertidur setelah jemaah maghrib isyak bawah fly. Sedih plak hujan, teringat masa tok nenek. Memang down. Hujan, sejuk dan lapar. 

Bila bangun, eh makanan dah siap. Hahaha. Disebabkan aku antara orang terakhir yang makan, maka sempatlah aku makan sambil terdengar dengar gosip2 tak puas hati/ komen2 membina. Tapi aku dengar je lah. Tak kuasa nak menyampuk. Down sebab hujankan tadi, kenalah menjiwai situasi.


Oh ya, maka tamatlah hari pertama yang melelahkan. Afterall, beb, hari pertama survived!

Day 1, checked ✔

#gemaselangorbackpackerz
#triptahantakmenahan
#pewaibergema

11 September 2019

Pre Tahan 2.0

Projek Tahan ni dah start since hujung 2018. The idea came after Trip Silipat Thailand (which is aku tak ikut pun trip ni). In fact, pada permulaan cerita aku memang excluded dari senarai pun. Sebab dari awal lagi aku dah pernah mention kat Tokie yang aku takde intention nak pi Tahan. Tapi tu lah kan, macam mana jalan takdir berputar dan aku teruji dengan kata-kata sendiri. Wuhu.

Semenjak dari itu, maka series of training pun giat berlangsung. KorGa, Datuk, Angsi, Gasing, Tok Wan, Tok Nenek, GapUluSemangkuk sehinggalah Basic Camping yang berlangsung beberapa hari sebelum Trip Tahan. Persediaan fizikal di perkukuhkan tak lupa juga persediaan peralatan dan ration makanan.

Tahan ni, banyak juga drama sebelum tarikh. Line up tarik diri, normal lah ni kan? Cuma yang gelabahnya, yang biasa (baca: hardcore) handle camping pun tarik diri. Ok tu satu hal, hal yang lebih meruncing, bila isu jugak dengan guide Taman Negara. Hahahaha, ni kelakar. Hampir-hampir route Merapoh - Kuala bertukar nak jadi Kuala - Merapoh. Huarghhhhh.. Kritikal part ni sampai terpaksa gaklah mengganggu ketenteraman Nizam yang sibuk menjalani ibadah haji. Huhu.

Ala kulli hal, thats how the journey begin! 

Bersama ketidaksempurnaan kita, kita mulai juga pengembaraan yang telah kita susun.
Perjalanan ini, bukanlah perjalanan untuk menawan puncak Tahan.
Tetapi perjalanan ini, adalah perjalanan kita untuk menawan diri kita sendiri.

#gemaselangorbackpackerz
#triptahantakmenahan
#pewaibergema

05 September 2019

Hiking

Ada orang mendaki sebab minat. Sebenarnya kalau aku naik gunung, most of the people yang aku jumpa memang yang ni lah. Passion.

Tapi bagi aku sendiri, bukanlah sebab passion sangat. Sebab letih kut hiking ni. (tapi berbaloi lah dengan view yang priceless itu)

Pada aku, hiking ni.. tempat aku bertemu pelbagai jiwa manusia yang baru. Selepas penat jumpa perangai2 manusia yang ditemui sehari hari. Bila kita jumpa orang yang sama setiap hari, memang letih dan menyakitkan hati. Jadi sebelum lebih sakit hati dan tak dapat dibendung lagi. Baiklah kita shift sikit kita punya fokus untuk kehidupan yang lebih tenang dan aman.

Aku suka hiking sebab aku dapat jumpa banyak jiwa2 yang positif, lantaran menyemarakkan semangat untuk terus hidup. Dari setiap peribadi individu yang aku jumpa di gunung memberi sedikit harapan untuk aku, sisi hidup mereka seolah memberi pengajaran untuk aku. Ada banyak sebab untuk aku tidak mengalah dengan hidup. Dan ada banyak sebab untuk aku berubah menjadi lebih baik.

Too stressed in our daily life is so not good. Lagi2 di zaman penyakit mental dan kemurungan semakin menjadi jadi ini. Divert sikit your lifestyle supaya mata hati kita lebih luas dan terbuka memandang kehidupan.

This is a start, to the long story of 7 days journey. Stay tune..

bersambung..

#triptahantakmenahan
#pewaibergema