2019, akhirnya mak dan ayah dah pencen! Alkisah dari mak pencen 2016, mak dah suruh kami plan untuk percutian keluarga, tapi tu lah tu, sibuk nak berkawan je manjang, ish ish ish.
5 Disember, Khamis
Pagi tu dapat wasap di grup family,
"Cuba try tengokkan homestay kat Melaka" tulis ayah. Pagi tu aku memang ambil cuti untuk servis kereta, dah 2 bulan delay dari tarikh gara-gara sibuk dengan audit dan uruskan dokumentasi untuk claim company. Tengok je mesej ayah, aku pun usha booking.com, okey ada homestay boleh masuk 5 orang harga around 100~150 dekat area Klebang. Ok ni. Aku tengok ada 2 homestay la atleast available untuk malam tu. Tapi aku takde lah terus book, sambil on the way pun boleh buat kan.
Plan asalnya kami sekeluarga akan tidur di rumah aku kat PJ ni, sebelum esoknya bergerak ke Pasir Gudang. Tapi disebabkan akan sampai awal di PJ, ayah cadangkan why not kita lajak lagi ke Melaka, atleast dah cover separuh dari perjalanan. Aku kira cadangan ayah tu sangat bernas! Jadi balik dari makan lunch dan ambil kereta yang telah siap di servis, aku dan kak siti terus balik rumah, tak kemas beg lagi. Patut sempat je aku nak balik rumah dan kemas beg sebenarnya sementara tunggu servis, tapi sebab ralit layan perasaan kat UM, sedar2 dah lunch time. Ahaha!
Petaling Jaya, Selangor
Baru lebih kurang 10 minit sampai rumah, mak dan ayah sampai juga. Maka dengan sepantas tak berapa nak kilat kami pun masukkan je apa yang ada dan here u go! Sebelum Asar kami pun bergerak ke Melaka. Planning untuk Asar di perjalanan sebab diorang yang lain dah solat jamak tadi. Oh ya, homestay di Pantai Klebang selamat di book sebelum kami meninggalkan Petaling Jaya.
Melaka, here we go!
Bersambung..
No comments:
Post a Comment