Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

07 May 2009

Farewell Party

****
erm..
mula-mula perancangannya nak adakan BBQ untuk 3rd year.so called jamuan perpisahan gitu. Tapi ramai sangat yang bermasalahnya. Nak balik kampung la. Dah nak LI kan. Semua ala2 xsabar nak spend sisa2 cuti kat rumah. Last2 Ain ambik langkah selamat cakap balance duit kelab dia akan belikan cenderahati waktu grade nanti. Aku cam sedikit sedih gak sebenarnya. Nak create moment to remember kunun tapi macam terkubur.

Suddenly malam tu Ain bagitau junior ada buat BBQ malam 6hb so jemput sekali senior. Meskipun aku xkenal junior dek slalu sangat clash program kelab ngan Karisma dan Balai 12th, so memang boleh kirala berapa kerat program yang aku pegi. hehe. tapi sebab ada makan, dan aku pun xda buat apa malam tu.. maka aku pun pergi la. Lagipun, inilah ruang yang ada nak berkenalan kan. ^_^

So semalam, jam 8malam aku ngan Awanis pun bergerak menuju ke Bioinfo. Waktu tu macam. Haih, kita xkenal sesapa ni. Takpe2 ain ade. Maka sampai la di Bioinfo dan diorang sedang membakar-bakar.  

Ini lah second year yang ada malam tadi.pihak penganjur.^_^ thanks kalian.
kasi gegar sikit.
syaz ngan nizam tolong bakar ayam,shift keja ngan adik junior

Aktiviti nye apa?aku rasa ni la program paling santai aku pergi. Sebab tentatif pun xda. Kalau ikutkan memang kami datang makan je semalam. Tapi nasib la ada yang membawa UNO. dan ada pak syekh mau jadi penglipulara. Sebenar aku seram gak kalau tiba2 diorang nak buat main music chair ke. Kalau aku kena?er.. xmo.



ya..mari main UNO

Apa manfaat yang aku dapat datang sini?Aku dapat belajar main UNO.haha!xpernah main.

ni antara yang khusyu dengar cerita harith. sampai seram seriau nak gi toilet.ehhe.


pose.

pose ala driver ISB
hehe.penyelaras bioinfo tak kan pose macam ni kut kan.


padamkan bara.dah habis makan.



Ok Itula gambar2 yang berjaya diambil dengan kamera yang tak seberapa.Haihla.kamera aku time2 ni la nak habis batteri.

8.40pagi
7 Mei 2009

06 May 2009

im suprised!

oh once again she touched my heart. 
deeply. 
u make me crying la girl..

*herm,nanti aku citer bila smpai kolej.

3.16pm
DG4 Bioinfo

*************************************
situasi 1
9.00pm [sms]
'ecah,awak nak tempah apa2 x?saya kat luar ni'
'boleh la belikan nasi goreng'
'ok'

10.30pm [sms]
'alamak ecah,jame teruklah xdapat nak beli nasi awak'
mata aku da goyang2.pandang mana pun nampak bantal.
'oh?xpela kte pon da ngantuk'

11.15pm [sms]
'ecah,awak jaga lagi tak?'
'da nak tido'
'eh jangan tido lagi tau.saya nak jumpa awak jap'
haih.mata da berat 10kilo.agak2 15 minit xde babaila..

1130pm [sms]
"ecah.."aimi muncul kat pintu bilik sambil menghulur seketul berger.
bila masa aku pesan beger.
"eh?oh.berapa?"
"xdela saya belanja.sian awak xdapat nasi goreng"
erk??
"oh terima kasih!"
reaksi kosong.memang failed.

situasi2 
2mei [sms]
'ecah,habis exam bila?belik kampung x?saya nak jumpa ada benda nak bagitau'
'xbalik,LI start next week.xsempat'
'oh.nnti nk jumpa after hbis paper'
'on'

6mei
'aimi,nanti dtg DG4 je la ek,sembang sini'
'ok'
aimi masuk mkmal bersama beg kertas paddini.
"ha apa citer?bunyi cam kes besar aje"
"saya xjadi LI kat Korea"
"erk?bia betol?sedihnya"

"haah..sbb kes selsema babi,semalam da kena amik balik pasport"
"ala..sayangnya.."
"okla awak,tu aje"aimi bangun nak blah.
"eh aimi,beg tinggal" aku trus sambar beg kertas paddini aimi yg tertinggal.
"awak ambil la.tu mmg saya nak bg awak"
"haa??"apakah la angin kawanku sorang ni,intai sket dalam beg.sandal??


"aimi,apa ni?"
"hari tu awak cakap awak xde kasut baru"

10april(reverse a month before)
"aimi,cantik kasut.baru beli ek?"
"takdelah da sebulan.murah je awak"
aku tengok kasut ala2 croc yang da lusuh kat kaki sendiri.
"kte ni ntah bile nak beli kasut baru"

argh..Aimi..xde kasut baru bukan sbb aku xda duit.tapi sbb xsempat nak beli.
anda membuat saya tersentuh lagi kali ini.
terima kasih Aiminaim..
and i almost cry..almost..

1.30am
7mei2009

05 May 2009

Final paper.

huh!aku kat sini nak betulkan statement aku yg lepas.
[situasi ni dalam dewan exam]
bila kalian banyak membaca,kalian akan rasa masa macam 
'kenapa cepat sangat habis masa ni'.
tapi bila kalian baca pun xabis.paham pun sipi2.maka korang akan rasa
'bila la nak habis ni'.
mari aku betulkan, yang sebenarnya.. meskipun kita rasa xcukup masa ketika di exam hall, tapi itu xbererti kita baca semua. Boleh jadi, kita akan jadi begini, "eh da baca ni.. tp yg mana satu ye.. apa ea jawapannye".. itula namanye improper data stored in brain. ahaks!

sekian la tentang exam.tak perlu komen lanjut.just share pic of the days..maaf proper pic aku xda. tadi xpast pun kamera ni kat member. aku snap mana yang sempat je..




ni la pics budak2 bioinfo yang berjaya di snap in a rush.
yang ni candid gambar biotek student.haih mereka ni memang sangat skema. gambar candid pun skema juga

Jalan Sultan Ismail.heh.
Ni gambar rumah nak LI sok
Haha.2 pics je.overall okla rumah ni.murah+sesuaila untuk menetap.

the last pic here is me wif aimi.


Sekian corat-coret hari ini,
*penatnya hari ni*

11.30pm
12th Rc

03 May 2009

Kenduri Ucu

 
semalam, sempat gak la rush back to Kuala Selangor untuk attend kenduri, ucu buat, sempena dia nak gi umrah hujung bulan 6 nanti.

teringat lak dulu2, zaman kitorang basuh pinggan reramai lepas kenduri habis. zaman lari2 keliling rumah bersama kakak&abang sedara waktu malam. nak try sapa paling berani la kata kan(apa kes la punya pemainan). main aci nyuruk dalam kandang kambing atok (da xde da pun kandang ni..) penah korang main lumba kasut? taruk kasut dalam parit waktu hujan..tengok siapa punya kasut sampai dulu. pelik2 je pemainan dulu2.

1990-an
nak jadikan cerita, dulu kecik2 kami sedara-mara sangat suka bermain dengan aktifnya (standard la budak kecik kan). waktu tu ucu xkawen lagi. Baru2 lagi keja kat KL dok rumah sama ngan abang die (my paklang)..tapi hujung minggu dia balik kampung.. waktu tu, asal kami main pondok2 ke.. masak2 ke kat belakang rumah mesti kene bebel ngan die lepas tu. tak tau le kenapa. sebab kitorang suka buat sepah ke? haha. tapi dia memang sangat garang la dizaman muda nya..kitorang memang xkamcing betul ngan ucu.
sampai sempat la kitorang membuat konspirasi untuk tidak berkawan dengan anak dia bila dia ada anak nanti. (waktu tu dia bujang trang tang tang lagi..kesian, belum kawin pun anak da kena pulau.hebat betul!haha) macam lucu je. pemikiran jangka panjang kanak2.. tapi biasa la kan, dendam kanak2 bukan lama.

2009
sekarang ucu dah xgarang, malah peramah lagi. ucu dah kawin dan ada anak dua. comel lak anak2 ucu ni, xkan nak pulau kut?Ahaks! mesti la tak kan. zaman kami bermain2 pun da lama tinggal kenangan.. sedara mara seangkatan waktu main pondok2 dulu pun semua da mula memikirkan hidup sendiri. ada yang da punya anak sendiri pun, mana la nak geng ngan anak ucu. hehe.

Jun ni ucu da nak gi umrah. murah rezeki dia, anak2 kecik lagi tapi da boleh gi umrah. bawa anak2 sekali. dengar2 6 ribu lebih gak 1 kepala. anak2 diorang xpasti lak berapa bayarannya. 

sekarang semua pun dah membesar. nak buat kenduri pun da susah nak berlama-lamaan. semua kejap2 aje. ye la kan, semua da ada hidup sendiri. 

*oh gmbar xde lak.semalam sampai lambat, kamera tinggal dalam kereta.heh~

8.05pm
12th Rc

02 May 2009

loss my stuff again

hurm~ satu perkara pelik ialah,kenapa barang aku selalu hilang dengan keadaan aku sedar. dulu payung aku hilang. letak sekejap je kat depan mesin air 12th ni ha nak gi kafe. balik dari kafe hilang. memang terang dan nyata la ada yang mengambilnye sebab payung awanis elok je terletak kat sebelahnye. 

habis exam fisio tadi, aku gi ambil beg. Botol air aku hilang. Memang nyata2 aku letak dekat sebelah beg. Tapi dalam loker tu tinggal beg sahaja. esh2. musykil2. kalu ye pon minat kan, jangan la sampai.. "tak dapat tuannya botol air pun jadi la" haha!

oh di atas itu aku sengaja ingin merapu.. 
merawat hati yang rawan sebenarnya. habis exam tadi semua tegur aku, "ai muka riang gembira je mesti boleh jawab". huh! habis takkan nak masam mencuka kan. dah lepas pun. hidup kena calm, cool and relax bak kata Prof Ramli.(ish prof,sampai hati prof bagi soklan susah mcm td..sob2)
dapat je paper tadi. aku da blank. blank from the start. bahaya kan? heh
ye, secara jujurnya memang ini subjek yang paling teruk mendapat layanan dari aku sepanjang belajar degree di UM ni. aci xendah je. dah la aku banyak fokus bab2 yang awal. tup2 bab2 yang akhir lak yg keluar kan. pastu plak, pattern dari past year question meleset sama sekali.

tiada soalan lebih kurang dari past year. brand new bak kata orang. 

okla. kalau nak membebel atau mengeluh pepanjang pun da xda makna kan? dont blame others blame yourself for not focus in your study. 
hurm, 
kalau sem lepas ada satu subjek yang aku rasa macam..
"kalau aku kena extend tahun,pasti sebab subjek ni" itulah exam Genomik..subjek Dr Amir tersayang. tapi untuk Fisio ni, aku xnak cakap macam tu lagi..
aku nak grade woo!huhu..
walau apa pon result yang keluar nanti, aku harap aku boleh grade.
Ameen!!

one more paper to go!!Jangan ulangi kesilapan yang sama..paper terakhir.much more effort toward it. paper Dr Amir.. Biomolekul.. 

ok.mau beransur ke Sg. Buloh. Meminjam kuat dari saudara di kampung..(walhal last week baru balik rumah..mcm xde kesan je.heh~)

6.30pm
12th Rc