Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

12 February 2010

hari ini 12 Febuari 2010

Alia kata pagi ni pagi yang indah.. ye ke? hurm, memang agak indah sebenarnya.. sebab bila aku tengok cahaya matahari pagi tadi. Subhanallah!! (ye, hanya bilik saya dan ruang tamu sahaja yang menghadap matahari terbit..ser0nok)

meski demikian hari aku sebenarnya dah terganggu dengan kejadian xbest pagi ni =( ..
yeah~ macam org selalu kata, kalau pagi sudah kacau the whole day akan kacau.. kan??
ye tepat sekali. Itulah yang sedang berlaku

[Maka, aku mau bermohon supaya ALlah masih beri esok untuk aku dapat melihat pagi yang indah bermula lagi.. disebalik jendela bilikku yang turut membawa hiruk-hingarnya kota ini]

sekian dulu.

*Kak Zira, selamat hari lahir untuk kamu!!Ku doakan kamu menjadi mujahidah.. Ameen..

10 February 2010

RapidKL

hari ni mau kisahkan tentang bas RapidKL pula. Untuk beberapa ketika, aku suka mengatakan..
"ala bawa RapidKL, simple giler.. dah la bas auto. nak masuk gear pun tekan button je"
tapi hari ni naik bas, rasa..
"susah gak jadi pakcik bas.semua benda kena urus sendiri"
dialah nak bawa bas,dia juga yang kena print tiket(kalau time tu ramai org, parah gak) pastu kalau ada yg byr guna syiling, kena lak make sure duit cukup.. itu belum kira nak kawal bas yang bagak besar tu.. hurm. tbe2 kagum lak ngan pemandu bas. haha!

mari compare sedikit.
perjalanan dari Kelana Jaya - Universiti Malaya.
Naik Kereta : 20 mnt (tidak melalui jam)
Naik pengangkutan awam : +-2jam. (tmbah melalui jam)

hehe ^_^.. so di bandar ni, dapat anda saksikan, mengapa agak sukar rely on public semata.. kena ada kenderaan sendiri jugak! (tapi kalau ada kereta sendiri, kena menempuh jam pun payah gak kut..)

*Dr Anand bagi 24hb untuk 2nd appointment for RCT.
*dibekalkan dengan Ponstan dan Amoxycilin.
*buat masa ni, jadi penagih dulu.

08 February 2010

Kemarau


kata orang.. sakit itu penghapus dosa.

masuk ni dah 3 minggu aku diserang penyakit kronik ni.
banyak betul dosa aku.

kebelakangan ni keadaan semakin memburuk.. terlalu.
hampir saja aku lupa.. bagaimana rasanya bahagia..

pada kawan2 yang pernah aku marah dan sakitkan hati.. aku mintak maaf.
pada mana2 yang aku selalu xlayan.. maaf juga.
jika banyak hutang ku.. lekas kabarkan, biar aku langsaikan segera..
pada Allah, aku mohon diberikan peluang untuk keadaan dan aku membaik seperti dulu..

doakan aku,
moga esok mengakhiri kemarau ini..
biar esok turun hujan.
biar aku rasa sekali lagi, betapa nikmatnya sihat ..
dan betapa manisnya bahagia ..

oh aku rindu!rindu untuk tersenyum dengan jujur.

05 February 2010

info.gigi.


hai. salam rakan2 sekalian..

ini aku mahu kabarkan sesuatu..
aku ada masalah pergigian yang serius..
Terima Kasih Allah, kerna masalah ini, aku ada ruang untuk share pada kalian tentang ini..

pernahkah kalian merasa sakit gigi dibahagian geraham?tapi kalian tidak tahu dari mana puncanya?? kalau dibelek2.. tiada cavity pun.. mungkinkah kerana gigi bongsu mahu tumbuh?? ya banyak persoalan yang menyinggah kan??

jadi, ayuh kenangkan.. jika ada diantara gigi yang telah 2-3 kali di tampal dek dentist.. ada kemungkinan berlakunya pertumbuhan bakteria dibawah tampalan lama.. lalu menghasilkan sakit di seluruh kawasan sebelah muka (tempat gigi berada..) dan anda pun akan confuse dimanakah punca rasa sakit itu..

inilah yang baru aku discover sekejap tadi..

mana aku dapat?ini,

When the pulp becomes inflamed.. pressure begins to build up in the pulp cavity exerting pressure on the nerve of the tooth and the surrounding tissues. Pressure from inflammation can cause mild to extreme pain, depending upon the severity of the inflammation. Often, pulpitis can create so much pressure on the tooth nerve the individual will have trouble locating the source of the pain, confusing it with neighbouring teeth[sumber:http://en.wikipedia.org/wiki/Pulpitis]

kalau sakit dan belum sempat jumpa doc, bleh ambil ibuprofen (aku pun xpenah tau ubat ni yang mana satu..) Info ni aku tau dari sini,

if the pain is prolonged and severe, painkillers such as ibuprofen (eg Nurofen)may provide some relief. Remember even if the pain goes away, without treatment it will eventually become worse. [sumber : http://www.netdoctor.co.uk/achesandpains/toothache.htm]

tapi lepas makan ubat.. jangan lupa jumpa doc gak.. takut akan lebih teruk sakitnya dimasa mendatang.. paling2 kena buat RCT atau cabut jer terus..

*bagus aku nasihat orang..tapi aku pun xpergi lagi jumpa doc. kihkih (semoga Dr Anand sudi menjadikan aku patient beliau.. )

sharing is caring.thanks untuk kesudian membaca..

04 February 2010

hakikat seorang pendosa

kata mahukan syurga,
namun .. bagaimana amal?
apa kabar iman?
apakah ada sinar taqwa?