Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

10 March 2010

.st0p?maybe.

.st0p?maybe.for a while?also should be ok.

aku mahu update.tetapi hanya berasa tidak layak.kerana butir bicara tidak langsung merangsang buah amal buat pembaca.lantas apa masih perlu menganyam kata?

*jalan yg masih panjang ini.semoga kuterus melangkah bersama kalian.jangan biar aku tersungkur lalu tidak bangun2 lagi untuk melangkah..

+memberi ruang bermuhasabah+
.sekian.

06 March 2010

.foto.

cuba teka anak sapa ni?
santai kan ..
Ok nama beliau Alfie.
nyum2x.. udang sungguh lazat.

*post untuk share pic saja. Cik Hati sedang tidak sihat jadi dikhuatiri postnya tidak ber'isi' nanti.

3.14pm
(okeyh aku edit sket.. malas nak tmbh entri baru,)
ketika aku sedang khusyu' melayan hidup.. terdengar ketukan yg kuat di luar pintu. Bergegas cari tudung dan buka pintu. Oh, ada orang sedang buat kaji selidik.. aku tolong jawab lah soalan2 beliau .. tp ada satu soalan. dah mendaftar mengundi? dan mengundi kawasan mana..membuat aku tertanya-tanya.. dah nak ada pilihanraya lagi ke masa terdekat nih??

Lalu beliau bagi kupon no.103 belakang die ada cop UMNO Bhgn Petaling Jaya Utara. suruh ambil beras..


aku menurut perintah.. inilah berasnya.. sambil aku gembira mengendong beras pulang.. seorang uncle bersuara..

"kirim salam kat mak ye dik.terima kasih datang" aku xsempat nak angkat muka tengok siapa lah pakcik tu.. ntah2 ketua umno bahagian.. ke ADUN?
[ehemm..mesti dia bajet aku amik beras bagi pihak mak.. heh~]

fuh.dahsat betul aku punya pengetahuan am.haha!

Sekian,salam hujung minggu ^_^

02 March 2010

.Amin.

Tengok ini Amin. Tido pun tersenyum..

Ini gambar paling baru. Sabtu lepas, ketika sesi gotong-royong mengecat.

kepada Amin,
Selamat Hari Lahir ke-15

+jadi anak baik!
+belajar weyh!ko kan nak PMR..
+diet sket Min, kasik cute cam zaman mude2 dulu..

.. sekian ..

26 February 2010

.Ayah.

Alhamdulillah, perancangan untuk pulang ke Kg Gajah dipermudahkan (setelah trpksa membatalkan niat pulang ke kampung disaat akhir CNY hari tu) Disebabkan ambil bas jam 9 malam, maka aku sampai Teluk Intan jam 11.30 malam. Tapi memang balik kali ni sangat sekejap perjalanan. Mungkin sebab, aku masuk bas terus tido. Sedar kali pertama bas keluar highway, sedar kali kedua.. bas dah sampai Hospital Teluk Intan. Hehe..

Ok.
Maka sampai rumah lepas borak2 regangan mulut ngan mak n kak CT, trus sambung tido.
Pagi ni pas Subuh, aku dengar mak ngan ayah berperang mulut di pagi hari. tapi sebab layan tido lagi syok.. maka aku abaikan dulu.

Bila hari sudah pagi baru ku tahu..
Mak sudah dengan tidak sengaja membakar ubat ayah. hehe.. mak ingat botol ubat tu dah kosong.. (minyak ikan kod kapsul tu, kalau goncang memang xdek bunyik la kan..) jadi mak buang di tempat biasa kami bakar sampah. Disebabkan bebelan ayah, pagi tadi juga mak mencari semula ubat tu di tempat bakaran sampah. ya, telah jadi abu. Maka ayah lancarkan perang.

"Awak ganti balik ubat saya tu.."

"Nanti saya gantilah balik ubat awak tu.Saya bayar, awak beli lain.."

"Tak nak.. nak yang tu jugak.."

Hahaha.. terpaksa ku gelakkan.. (kadang2 aku rasa ada gak perangai macam ni..hehe)

Kesimpulannya, banyak perangai Amin yang melucukan di ambil dari perangai ayah sebenarnya..

25 February 2010

Aurat : telitikah kita menjaganya?

Bismillah...

Dari Atha bin Abi Rabah, ia berkata, Ibnu Abbas berkata padaku,
“Maukah aku tunjukkan seorang wanita penghuni surga?”

Aku menjawab, “Ya”

Ia berkata, “Wanita hitam itulah yang datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata, ‘Aku menderita penyakit ayan (epilepsi) dan auratku tersingkap (saat penyakitku kambuh). Doakanlah untukku agar Allah Menyembuhkannya.’

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, ‘Jika engkau mau, engkau bersabar dan bagimu surga, dan jika engkau mau, aku akan mendoakanmu agar Allah Menyembuhkanmu.’

Wanita itu menjawab, ‘Aku pilih bersabar.’ Lalu ia melanjutkan perkataannya, ‘Tatkala penyakit ayan menimpaku, auratku terbuka, doakanlah agar auratku tidak tersingkap.’

Maka Nabi pun mendoakannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Subhanallah. Ia adalah seorang wanita yang sangat khawatir bila auratnya tersingkap. Ia tahu betul akan kewajiban seorang wanita menutup auratnya dan ia berusaha melaksanakannya meski dalam keadaan sakit. Inilah salah satu ciri wanita shalihah, calon penghuni surga. Yaitu mempunyai sifat malu dan senantiasa berusaha menjaga kehormatannya dengan menutup auratnya. Bagaimana dengan wanita zaman sekarang yang di saat sehat pun dengan rela hati membuka auratnya???

Saudariku, semoga kita bisa belajar dan mengambil manfaat dari wanita penghuni surga tersebut. Wallahu Ta’ala a’lam.


Dikutip dari kajian Al-Ustadz Agus Su'aidi

*ayuh renung2kan. Apakah aurat kita hari ini terpelihara sepenuhnya.
*Lalu tanyakan lagi, mampukah aku menjadi calon penghuni syurga??