Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

28 March 2010

Sangat Comel!

Ok, semalam ke PWTC [konon2 reunion JKP Balai.heh~].. banyaklah beli buku. Semoga berjaya dikhatamkan..

After balik dari PWTC, straight away ke Padang UIAPJ.. persiapan padang untuk sukan Little Azhar..

Persiapan padang oleh para guru
Aku tolong susun kerusi ja. hehe

Ya, pagi tadi berlangsunglah sukan kanak2 tadika ini. Sungguh! Amat comel mereka nih.. ^_^..

Jom!

Ketibaan para peserta
Perbarisan dan persembahan pelajar
First game : Acara lari 100m
Lama betul aku xbersukan.. [PJ, jom buat program bersukaneka.hihi]

:: Mereka2 yang comel ::






Upacara penyampaian hadiah

[kepada mana-mana yang perasan takde gambo girls.. senyap je ek!haha..]

Sekian.terima kasih!

26 March 2010

Azam baru.

[Peringatan!Azam tidak semestinya pada tahun baru sahaja..ingat tu!]

ye dengan tidak semena-mena.. Samihah menghulurkan telefon.. Pak Cik Nahar telah lost dalam perjalanan menuju Digital Mall..

Fuh?Apakah?
"Ni pak cik kat Jalan Utara nih. Dari Federal Highway, ada simpang empat.. kiri masuk Jalan Utara dan kanan Jalan Timur.."

[dlm hati - erk. kenapa perlu dimention nama jalan.Ku xtahu.Miha!!kamu memang nak kena!]

"Err pakcik pusing balik cari PPUM.."

Peta..ihsan google map

bila aku browse google map. Apakah? Jalan Utara adalah Jln yg betul.. pakcik hanya perlu masuk ke simpang Jln Semangat, sebelum ambil kiri ke Jalan Dato Jamil Rais 15. Ahha~

*Maaf ye pakcik.Saya xberapa menguasai bahasa jalan (kereta).. hanya sedikit-sedikit menghafal nama-nama jalan (bas dan LRT)..

Aku harap kalian dapat, apa yang cuba aku sampaikan,
- jangan jadi selfish, xnaik kereta pun kena belajar nama-nama jalan di sekitar kawasan (paling cikai la kan..) dan jalan yang biasa lalu.
- jadilah manusia yang peka terhadap persekitaran. (Pakcik ada mention dia di Gereja St Paul. Tapi aku xpernah notice gereja tu kt mana, sampailah aku tgk peta diatas..heh~)

Maka, dengan ini.. aku mengisytiharkan azam aku.. untuk menghafal jalan2 di PJ. hurm!! Berusaha!!

Sekian..
(curi2 masa di Ofis.)

23 March 2010

ini tentang hidup kita

aku bagi ini khas untuk rakan2 bekerjaya..

dalam hari-hari kita.. selalu sahaja kita begitu menghormati bos-bos. Khusyu'2 layan fb, bos lalu tutup.. (macam hipokrit tp macam tu lah nak hidup.. ) Selain itu, apa sahaja lah yang bos nak semua kita cuba lakukan.. Bos suruh datang awal, datang awal. Bos suruh jadi workaholic, terus bekerja keras. Pendek cerita, semua suruh, semua buat lah. Sekurang-kurangnya jika tidak mampu, kita usahakan jua untuk buat apa yang disuruh..

Sebab apa? Sebab bos bagi gaji kan? jadi memang patutlah segala yang disuruh, kita lakukan.

Tapi pernah kah kita terfikir, tentang tuhan.. yang sejak kita lahir memberi kita nafas untuk terus menjadi hamba dibumi-Nya ini.. Memberi kita makanan, sebelum kita pandai mencarinya sendiri.. Memberi kita otak untuk kita pandai berfikir.. Sebelum pun kita kenal wang..

Tapi? apakah yang sama kita lakukan untuk Allah yang Esa? Jika ya, mengapa masih solat dilalaikan?

.Kempen Jom Solat!.
Islam is the way of life.
Bukan sekadar agama di Kad Pengenalan.

Sekian.

21 March 2010

.mLm.hurm~

lari dari Zhulian kutemui Uptrend

1.Nabi tidak pernah menyuruh kita mengumpul harta, tetapi baginda juga tidak menghalang kita menjadi kaya.

2.Usaha yang istiqamah akan sentiasa berada pada pandangan Allah.

3.Apabila kita mengatakan kita tidak boleh, maka kita telah membataskan diri kita sendiri untuk menjadi lebih baik.

4.Apabila kita telah dapat anak buah, kita perlu groom mereka supaya menjadi seperti kita juga.. supaya mereka nanti boleh meneruskan kerja2 kita sehebat apa yang kita telah lakukan..

Empat perkara diatas merupakan tazkirah ringkas ringkas ke? dari Bakal Jutawan upTren2U

sekali imbas, mana-mana MLM akan memberi kata2 seperti diatas.. walaupun aku memang tak berminat dengan MLM, tetapi kata2 diatas ada benarnya.. kan?[ramai berkata.. dakwah seperti MLM.. sila prektik kan ayat ini dalam situasi dakwah..]

15 March 2010

.The Tragedy.

ok. (untuk entri b4. jika tertanya-tny apa kaitan ngn Shah Alam ialah, aku bertolak itu dari Shah Alam, rumah Ucu. )

ini kes yang terjadi, pagi itu saat semua kecoh menukar plan perjalanan dari jam 1130 pagi ke 1030 pagi (sebab ada gak yang nak pegi tengok pantai disebabkan ketinggalan trip pertama ke Tg Leman) kami turut terganggu. Aku bergegas menyusun barang2 aku sendiri. Kak Siti juga. Emak dan lain2 juga begitu.. Amin siap dulu, lalu mak menyuruh Amin masukkan barang dalam kereta.

Bapak sudah terlelap di ruang tamu, dan Amin senyap2 ambil kunci kereta. Setelah di unlock kan kereta, beliau dengan baik hati dan tidak rasa bersalah meletakkan kunci tersebut di seat belakang sebelah pemandu bersama topi beliau. lalu menutup pintu kereta. Asalnya di perasankan perlahan, rupa2nya terdapat bantuan angin memaksa pintu tertutup kuat. dan, Honda itu autolock jika enjin tidak start. Ya! Amin memang selalu bijak membuat keputusan kan?

Kereta terkunci dan kunci di dalam kereta.

Apakah? kalut betul family aku kan? satu2nya harapan yang ada hanyalah.. tingkap hadapan tempat pemandu, yang terbuka +- 1 inchi..

Maka usaha2 pun giat dilakukan untuk mencapai kunci tersebut.. nasib ada jumpa dawai di belakang rumah itu.. maka Abg Jol dengan begitu kreatif cuba me'ngail' kunci tersebut.. namun usaha itu ternyata gagal memandangkan gerakan tangan beliau begitu terbatas..

Usaha seterusnya, kami bertukar plan.. mahu unlockkan pintu hadapan dahulu baru pegi ambil kunci.. ketika itu hanya saiz tangan najiha sahaja yang agak2 mampu 'celuih' ruang tersebut.. tapi beliau selalu tak berkeyakianan tinggi.. maka aku try.. tangan aku leh masuk, tapi sampai siku tak lepas.. so, xbleh la nak unlock..

Idea lagi.. abg long kasik satu besi suruh aku cuba cungkil punat kunci pintu pemandu... tetapi tak berhasil.. lalu kolaborasi dengan abg jol lagi. idea beliau yang seterusnya ialah.. buat jerut di satu hujung tali... sambil aku tahankan jerut tali itu di punat tersebut.. lalu abg jol menarik kuat.. cubaan kali kedua membuahkan hasil.. tali tersebut berjaya mengangkat punat kunci..

pintu berjaya dibuka, dan alarm kereta pun berbunyi.. setelah kunci kereta di ambil.. keadaan pun membaik.. semua pun bersiap-siap untuk berombongan mengantar pengantin.. pelan asal mahu ke Tg Leman diteruskan.. hanya untuk bergambar lantaran jam dah 11.30 ketika kejadian. haha!

Moral Value: yang aku dapat dari tragedi ini ialah, selalu lah bukak sedikit tingkap kereta kalian, jika terjadi kes2 terdesak seperti ini.. masih ada talian hayat ^_^

+itu saja.sekian