Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

19 August 2010

Cerita.

Cepat betul masa berlalu, rasa-rasa baru saja habis belajar di UM tu. Tapi, bila semak2 balik dah setahun lebih meninggalkan UM..

Kawan2 pun dah ramai yang menikah.. yang tgh queue nak bg kad jemputan tu pun aku rasa ramai tu. Tgh tunggu masa je nak distribute. Bagi yang dah menikah tu, tak lama lagi mesti ada berita2 gembira menambah ahli. ^___^ Tahniah untuk siapa2 yang telah sampai seru menjadi ibu diluar sana..

Hening2 begini, dan lewat usia begini..
Mulalah aku memikirkan tentang mati.. Betapa mati itu perkara yang uncertain, dan umur manusia itu sesuatu yang terlalu fragile. yang kita langsung tidak tahu puncanya. Hakikat yang kita hanya tahu, setiap dari kita akan menuju mati..(Doa2kan kita semua mati dalam keadaan semurna iman)

Tentang dosa kita sesama manusia, silap rakan yang selalu kita besarkan..
Tentang amal kita yang belum tahu ikhlasnya dimana. Belum nampak bersungguhnya bagaimana..
Tentang mati kita nanti, bagaimana agaknya? Akhir2 ini, insiden tentang kematian banyak yang ngeri. Mati ditembak, dalam kereta dilebuh raya. Mati terjatuh bangunan. Kemalangan. Sakit yang tiba2. Semuanya tidak mampu di agak oleh akal waras manusia.

Wahai rakan2 semua, ayuh kita mendidik diri.. menjadi lebih baik setiap hari.
Belajar membuang dendam dan amarah dalam diri.
Belajar melahirkan ikhlas dalam setiap amal.
Belajar menjadi pemaaf.
dan belajarlah menjadi penyabar.

dan sungguh, keindahan dan dunia ini hakikatnya sebentar cuma.
akhirat dan hari perhitungan itu juga yang kekal


Selamat menambah amal di Ramadhan ini! Semoga sekolah Ramadhan melahirkan kita yang lebih baik.. Ameen.

Sekian,
4.23am
Kelana Jaya

16 August 2010

Akan Ku Jumpa

Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu

13 August 2010

Bubur sumsum

Pada suatu masa dahulu, saat usiaku kanak2, mak akan membuat bubur sumsum tiap kali bulan Ramadhan tiba. Antara kuih wajib lah jugak.. Lagi satu adalah badak berendam (or mungkin stgh org tak panggil dgn nama ni).. Dua2 ni antara kuih fevret di bulan Ramadhan.

Tapi, after aku masuk asrama dan berpuasa di sekolah saja, maka aku pun dah xberapa ingat... ada lagi ke mak masak kuih2 ni? hurm~

Setelah tamat kehidupan berasrama, dan aku duduk dirumah sewa. Maka, mulalah aku teringat kejadian2 lampau.. Eheh~

Maka, Ini adalah cubaan kali ke-4 atau ke-5 aku membuat bubur sumsum nih. Asalnya, Awanis yang nak buat bubur ni pada malam pertama berbuka puasa ritu.. tapi nampaknya ada byk sgt menu yang beratur nak masak, jadi tertangguh.

Semalam aku iftor bersama adik2 PPUM, dan hari ni Awanis dah kat rumah die.. So, memang taklah dia nak buat kan.. (Ops, tapi beliau pun buat jugak bubur ni kat rumah die, serve for her parents..)

Cara membuatnya ringkas saja.. sapa2 nak cuba bleh search kat youtube, siap step by step lagi.. sukatan pun ada. Try it yourself ye kwn2..

Inilah hasilnya bubur sumsum, yang asalnya dah macam tak jadi dah.. tapi tambah air sket alter itu-ini. Alhamdulillah, sedap gak la masuk tekak ni (er..dan tekak kak CT pun sedap.ok la tu kan?)..

Cara makannya? Tambah lah air gula merah. Nyum2x..
(Nmpk tak menarik sgt sbb pakai gula melaka ni, kalau gula merah. Pergh! Cubalah. hihi)

Sekian corat-coret Ramadhan ke-3 1431H.

Selamat Mencuba! dan selamat berpuasa!

Kelana Jaya.

Tazkirah Jumaat.

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua,
Muslimin semua jangan lupa untuk solat Jumaat ye..

hari ni merupakan hari ke-3 Ramadhan 1431H bersamaan tahun ke-2 aku bukan lagi bergelar student.. Alhamdulillah, puasa tahun ini nampaknya lebih baik dari tahun lepas.. (tahun pertama berpuasa+bekerja,keadaannya?disaster..)dan setakat hari ke-3 ni, aim aku.. Alhamdulillah berjaya dilaksanakan. Harap berkekalan hingga ke penghujung Ramadhan. Ameen.

Ok, hari ini mahu memetik sedutan dari sebuah buku yang indah tulisan Mahmud Al-Mishri iaitu "Wahai Saudariku, Inilah Syurga"

Bab: Katakan kepada Wanita Yang Beriman Hendaklah Mereka Menahan Pandangannya

Wahai saudari, saya katakan kepadamu bahawa apabila engkau ingin mengetahui sebesar apa cintamu kepada Allah dan sejauh mana kejujuranmu dalam mengesakan Allah, maka perhatikanlah sikapmu! Apabila ada seorang pemuda (baik fasiq mahupun soleh) lewat dihadapanmu, maka jika engkau menahan pandangan darinya, itu artinya engkau adalah orang yang cinta kepada Allah. Namun, jika engkau memandangnya, maka ketahuilah bahawa cintamu kepada hawa nafsu dan syahwat lebih besar dari cintamu kepada Allah. Jika demikian, ubatnya adalah menegakkan tauhid kepada Allah.

Antara manfaatnya:
1. Firasat menjadi tajam
2. Pembuka jalan dan pintu ilmu (disebabkan hati menjadi bersih)
3. Menguatkan dan mengukuhkan hati, juga menimbulkan keberanian dalam diri.
4. Membebaskan hati dari jeratan syahwat
5. Menutup salah satu pintu dari pintu-pintu neraka

Di Jumaat yang hening dan mendung ini.. ayuh sama2 koreksi diri.
*untuk butiran lanjut, jemputlah ke toko2 buku untuk mendapatkan bukunya.. ^_____^

Alhamdulillah summa Alhamdulillah..
Sekian, secebis peringatan buat diri.

10 August 2010

Ramadhan datang lagi

InsyaAllah, jika diizin tuhan.. esok akan menjadi Ramadhan ke-23 aku sebagai hambaNya..Mohon Allah terus memberi peluang untuk aku menjalani Ramdhan kali ini..

Aim : Ramadhan menjadi titik tolak perubahan diri kepada yang lebih baik. Nilai tambah diri adalah taqwa, semoga ku temu dalam sekolah Ramadhan kali ini.

Sempena itu, maafkan aku rakan-rakan untuk segala silap dan salah andai pernah terlanjur meluah.. dan terlanjur meningkah..

Aku doakan kita semua berjaya dengan cemerlang dalam Sekolah Ramadhan kali ini sekaligus terpilih ke Program Lailatul Qadar.. ^___^

Good Luck semua!

masih disini,
.Kelana Jaya.