Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

13 August 2010

Tazkirah Jumaat.

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua,
Muslimin semua jangan lupa untuk solat Jumaat ye..

hari ni merupakan hari ke-3 Ramadhan 1431H bersamaan tahun ke-2 aku bukan lagi bergelar student.. Alhamdulillah, puasa tahun ini nampaknya lebih baik dari tahun lepas.. (tahun pertama berpuasa+bekerja,keadaannya?disaster..)dan setakat hari ke-3 ni, aim aku.. Alhamdulillah berjaya dilaksanakan. Harap berkekalan hingga ke penghujung Ramadhan. Ameen.

Ok, hari ini mahu memetik sedutan dari sebuah buku yang indah tulisan Mahmud Al-Mishri iaitu "Wahai Saudariku, Inilah Syurga"

Bab: Katakan kepada Wanita Yang Beriman Hendaklah Mereka Menahan Pandangannya

Wahai saudari, saya katakan kepadamu bahawa apabila engkau ingin mengetahui sebesar apa cintamu kepada Allah dan sejauh mana kejujuranmu dalam mengesakan Allah, maka perhatikanlah sikapmu! Apabila ada seorang pemuda (baik fasiq mahupun soleh) lewat dihadapanmu, maka jika engkau menahan pandangan darinya, itu artinya engkau adalah orang yang cinta kepada Allah. Namun, jika engkau memandangnya, maka ketahuilah bahawa cintamu kepada hawa nafsu dan syahwat lebih besar dari cintamu kepada Allah. Jika demikian, ubatnya adalah menegakkan tauhid kepada Allah.

Antara manfaatnya:
1. Firasat menjadi tajam
2. Pembuka jalan dan pintu ilmu (disebabkan hati menjadi bersih)
3. Menguatkan dan mengukuhkan hati, juga menimbulkan keberanian dalam diri.
4. Membebaskan hati dari jeratan syahwat
5. Menutup salah satu pintu dari pintu-pintu neraka

Di Jumaat yang hening dan mendung ini.. ayuh sama2 koreksi diri.
*untuk butiran lanjut, jemputlah ke toko2 buku untuk mendapatkan bukunya.. ^_____^

Alhamdulillah summa Alhamdulillah..
Sekian, secebis peringatan buat diri.

No comments: