Almari kecil di sebelah 'sliding door' itu nampak berselerak.
Dia yang usai mengerjakan solat Asar berhenti seketika. Menyusun Quran dan Mathurat yang berantakan. Mungkin semua yang membaca tergesa-gesa mengejar bilik mandi dan dewan makan. Maklum sajalah hidup di asrama, semuanya berebut-rebut.
Selesai menyusun, dia mengambil sebuah naskah nipis tertulis perkataan MATHURAT dan nama sekolah. Baris-baris ayat dari naskah itu ditelusuri. Habis membaca, ayat demi ayat dari terjemahannya pula dibaca. Saat membaca dengan masalah memenuhi minda, butir jernih sering saja bertamu pada tubir mata..
Senggang masa selepas Asar itu, masa terbaik untuk dia bersendiri, asing dari rakan2, dan tidak terkejar untuk prep atau makan malam. Hanya dia dan Dia. Terasa rapat dan akrab. Terasa berdosa pada segenap anggota. Terasa bersungguh untuk membaik.
Dan hari ini telah 6 tahun berlalu.
Rutin itu telah sedikit2 terhakis..
Hari ini, Al-Mathurat masih yang sama.
Sejadah masih yang sama.
Kain Sembahyang masih yang sama.
Waktu Asar juga sama.
Cuma,
Jiwa yang ada hari ini tidak sama lagi dengan yang dulu.
Ah, betapa aku rindu T_T
Siri Mengenang Zaman Remaja.
Masih di Bumi Tuhan.
Alhamdulillah.