Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

09 November 2010

Kadang-kadang..

kadang-kadang, dalam hidup.. kita cenderung untuk melihat sisi baik dan bahagia orang lain. Lalu membanding-bandingkan dengan diri kita.

"bestlah dia dapat tu..kite ni apa la yg ada"

biasa terjadi macam ni kan? tengok kawan dapat pointer bagus. xbanyak sedikit pasti terdetik cemburu. aku rasa ini fitrah, cuma kena pandai mem'buffer' hati .. luruskan elok2 misi hidup InsyaAllah cemburu kita kemudian hari pasti cemburu yang membuahkan kebaikan.. kan? kalau kita dah jealous dia bagus mesti kita usaha nak jadi bagus gak kan?perhaps lebih bagus lagi.

bila dah kerja, tengok kawan kerja bagus.. jual nasi lemak pun dah rasa.. "ah bestnyer kalo aku jadi cam die". tengok kawan kawen, dorang dah nak ada baby dah.. semualah nak jealous, asal lebih sket je ada lah terdetik rasa-rasa anasir jahat nih.. biasa kan jadi manusia yang macam ni? normal ni. jangan sedih sangat. usahakan lebih sikit. extra-lipat-ganda pun xpe. InsyaAllah Dia akan bantu..

Tapi,

ada satu. yang sering dan jelas kita tahu tapi taktaulah kita pernah ingat untuk berusaha untuk nya atau tidak. itulah dia tentang kepastian mati.

Jom Muhasabah.

4.30pm

+tengahari semua+

akhir-akhir ni, perasaan mengantuk selalu saja hadir.. tapi, macam kalo time skolah dulu.. time cikgu ajar tu ngantuk dia haih, xbleh ditahan-tahan, elok2 ja bila cikgu keluar.. terus segar-bugar. ha, macam tu lah perasaan aku sekarang nih.. tadi bukan main lagi mengantuknya. sampai naik sakit2 kepala plus kelat2 gak la biji mata punya nak tahan mengantuk. elok2 lunch hour.. hurm.. haram. hilang dah semuanya..

apa sebenarnya terjadi dengan diri ini?
jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.

ok. alang2 nak tulis post ni kan.. setelah 4-5 hari berehat dari blogging.. nampaknya macam2 dah berlaku pada persekitaran aku. so,

firstly. untuk rakan yang dikenali sejak 2nd year sebenarnya. tapi tak rapat pun. kenal time handle program pemarak gitu. atlast, sekarang dah jadi penghuni iman villa. tahniah untuk kerja yang baru sahaja kamu peroleh itu. Tahniah eizreen!!

2nd. tahniah untuk Farah Idayu yang telah selamat menjadi isteri. semoga perjalanan hidup lebih luar biasa hebat dari zaman belajar dulu.

3rd. untuk Ulfa Amin, kabarnya akan menamatkan zaman bujangnya disember ini. Maaf xdapat hadir. yang penting kebahagian kamu yang tetap ku doakan.. ~

4th. sapa pegi taayah untuk program Hidayatul lil ula?? sile2 lah tunjuk sket gambar2nya. Maaf Reen, kamu xreply sms. Jadi saya pun hilang keyakinan untuk pergi. hehe

5th. for those UMian dan NaimB(USM) yang akan menghadapi exam.. Good Luck dear! Semoga berhasil melampias usaha kalian sebaiknya.

*ingat nak cuba2 melayan kantuk. tapi bau laksa dari Awanis nih.. pergh, xbleh tahan..

till then,
1.20pm
PhileoD

04 November 2010

pagi.

baru lepas stalk blog Aku dan Glasgow. sungguh, aku tak tipu.. memang aku jeles ngan budak2 study oversea ni. sbb? 1. tak payah susah2 kumpul duit nak bercuti.. time blajo pun da macam percutian. kn? 2. aku dgr group usrah kat sana hebat2. teringin nak merasainya. ^^,

ok. sekarang jam dh nak dekat pukul 2 dan aku baru habis makan nasi. muahaha! ye jgn xpercaya dan cuba checking ayat. true la jam hampir 2 pagi ni. Buat macam mana, orang rumah dah masak, kena lah menjamah. hehe. (menjamah ke melahap sampai penuh sepinggan)

sebenarnya tadi, aku ada satu perkara nak kongsi dengan korang semua. mustahak. paling mustahak. tapi, banyak sangat benda di buat along the way, membuatkan spirit nak menulis dah berkurang 50%.. So, xpe nantilah aku update perkara tersebut. hehe.

Dasar bloggers, entri mcm ni pun nak uplod ke? tahpape..

ok, sampai sini dulu, till then.

1.57pagi,KJ

03 November 2010

Kangan.

Bangun pagi ditemani azan Subuh yang sayup2, laptop masih terbuka. kerja langsung terbengkalai.

dan merayapi blog atiqah dahalan.

Allah,
rindunya!

dulu, baik-baik sahaja semuanya.

5.55am,
KJ

02 November 2010

Libang libu

PJ memang cantik kan?

boleh la bagi entri ke-2 untuk hari ni kan..

akhirnya kerja aku memang dah terbengkalai. actually tinggal part terakhir, tapi cara tu xdapat approval dari inchik bos, kena la re-calculate.. dan aku dah habis 'rasa' untuk bermula semula (untuk hari ni la) ..

dan cik bos pun dah datang tadi menjenguk progress.. aku tunjuk la yang terdaya aku lakukan.. lepas tunjuk terus rasa ringan sket.

rehat jap.blog-hoping sket. kasi lebih segar mata dan minda..

terbaca entri sorang kawan.. dia ni tengah tunggu posting jadi cikgu.. sekarang buat perniagaan jual nasi lemak kecil-kecilan. sehari jual 40 bungkus.

hurm..

takkan aku nak meniaga nasi lemak gak kn? disebabkan stress. ah! masak pun skali skala ada hati nak meniaga masakan.

ok. abaikan.

"hope for a better tomorrow then.."

Sekarang dah nak balik rumah.. moleklah kiranya aku menghabiskan entri ini dengan sebuah lagu yang tak kurang popularnya satu masa dahulu..

"Destinasi cinta yang kucari..
Sebenarnya terlalu hampir..
Hanya kabur kerana dosa didalam hati.."
-Mestica-

Maka, mungkin dosa yang menghijab kita dari rasa cinta, cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada keluarga.. cinta kepada perjuangan..

cinta kepada kerja??uhuk.

5.18pm
Phileo D.