Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

22 March 2011

Tumpang gembira

Assalamualaikum dan selamat petang.

*sebenarnya aku tengah menunggu Pn Jiha ni update blog dia. tak siap-siap maka aku update blog aku je la dulu. huhu~

boleh kata minggu ni merupakan minggu yang membahagiakan. banyak peristiwa menarik berlaku kepada rakan-rakanku. ^__^ ah, seronok.

1. sabtu perkahwinan Dora dan ahad perkahwinan Sal. (ok bleh rujuk 2 post sebelum ni.)
2. awanis sudah pulang ke tanah air. selamat sudah dia mengerjakan umrah. tak sabar nak sembang panjang. dengar kata tak berapa sehat. ah, kita dera dia biar lagi sakit tekak dia kena bercerita. lol! (jeles ada gak. nak gi  gak! mak, sponsor bleh? ok, xdpt g umrah pun xpe, doakan aku dimudahkan nak g haji k!hehe)
3. samihah dah deliver baby boy. sekarang tengah tunggu Jiha update. dari tadi refresh page dia. hehe (ok, now die da update! welcome to the world baby Arsyad) almaklumlah, mummy2-to-be ni kena la gi mendapat fresh info from mummy yg dh melahirkan. tadi tghari Jiha gi melawat miha di klinik dengan Rabi dan Raihan.
miha, nnti pasni mkn byk2 sket tau, nak breastfeed baby nanti. sian, kena tahan kat wad.

ok tu je update hari ni ye kawan2. jumpe esok! (esok awanis da start kerja.paksa dia lak update blog, best gak paksa-rela org ni.hehe!)

21 March 2011

Goodbye my Almost Lover

Aku tujukan title tu khas utk dora yang telah pun menamatkan zaman bujangnya pada Jumaat lepas. kamu sekarang sudah menjadi fulltime lover kepada encik suami.

pasal aku, takpe.. nanti aku cari lain. (T_T)

ok, pengembaraan hari sabtu dan ahad lepas memang syiok. tak tipu punye. tapi aku saspek, kalau ahli rombongan lagi ramai.. pasti lagi meriah. bak kata satu pepatah the more, the merrier. kankan?

timeline:
10.30 - bergerak dari KL Sentral dengan aimi dan ana nordin (terima kasih daun keladi kepada ana nordin dan myvi putih beliau)
12 lebih - exit Ipoh, amik zira razak. dan meneruskan jalan kg ke Kuale.
1 lebih - tiba di Stesen bas kuale, amek Azi (yang menunggu Nora dan Ain yang tak kunjung tiba)
1.27 - berkumpul di jambatan Sayong. (ada nora, ain, mashidayu, muni, rashidah, syaimaa')
1.30 - sampai le kerumah Dora nye. Jumpa ekin sakdi dah nak balik. salam-salam then terjah. ok, nampak Dora, kurus gile k. sampai aimi xkenal pun tu dora. aku pun rasa ni dora tapi awat cengkung beno, tapi bila dia freakin'-out "ecah!" ok betul lah tu dora. ahaks.


apa yg specialnya kenduri dora ni? ofcourse sebab suasana kampungnya! makan berhidang ok! xde buffet2 ni. gotong-royong, xde caterer2 pun. hehe. klasik! lain2? tema is kelabu-hitam. err dora, sejak bila hg suka kaler hitam? habaq mai sket. ok, doorgift? labu sayong la! kata buat kenduri kat sayong kan.. hehe. after makan, bergambar time. then bersurai dekat jam 4 kut.

kami ke rumah arina yang terletak di kuala. have a chit-chat di petang hari (sebab hujan xdpt nak meronda.oh tmbahan semua keletihan bergambar.lol) dan malamnya baru keluar gi makan, after makan, arina bawa pusing istana, tapi malam kan.. xnampak apa. hehe

esoknye? pagi-pagi merayau. photography session again! pastu makan laksa kuale. then baru gerak ke Tapah dalam jam 11.30pagi. dalam jam 1 kitorang tiba di Dewan Merdeka Tapah.


kenduri lagi, Its Sal's turn. makan-makan, gambar-gambar. Then dalam jam 2 lebih kami pun bergerak pulang. Ana dan arina ke utara, aku, ana, aimi dan syaimaa ke selatan.

dan terpisah dgn aimi di KL Sentral. Aku ke KJ dan aimi ke SA.

pada mana-mana yang tak berkesempatan join the journey, bleh la usha2 FB dorang. banyak gambar jangan bimbang. lain kali hangpa pi la kenduri yang lain plak. k!


Ana, Arina, Aimi.. jumpa lagi lain kali na! Thanx korang!

Much Love,
♥ Ecah.

19 March 2011

Journey to Kenduri Kawin.

In advance.

aku mahu ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada, my Roomate masa sekolah dulu, Pn Eliza Dora Abd Halim. ^____^ .

+ slmt pgntn baru dora!kawen da hg.
+ smg yg terbaik utk hg k.
+ the journey begin!

ok dora ni, masa f1 adalah bersamaan usrah-mate. tuptup f2-f3 dapat sebilik. Mau tak rapat.. die ni dari zaman sekolah dah gaya mak-mak. So, memang sesuai dah la kawen pun. :P Buat pengetahuan korang gak, Dora ada lah pakej: pandai masak + menjahit + mengemas + cun! wohoo!  (tapi kena expect lah bhgn teknologi slow sket..biasa la tu mana bleh perfect sangat)

Memang dari skolah lagi aku selalu terfikir, sapa lah orang yang bertuah akan jadi husband dia nanti. Now, harinya pun tiba.. pastilah tidak dapat melepaskan peluang (tambahan, lama gila kut tak jumpa hang Dora!)

So, pagi satgi aku dan 2 orang rakan lagi akan bergerak ke Kuale Kangso. Dora, till we meet there huh! Pastu tido sana semalam, kemudian esoknye bergerak ke rumah Sal pulak!

Ye, Norasfa Salwani pula akan melangsungkan kenduri kahwinnya esok! (Ok, sapa lagi nak kawen? habaq mai lekas) Sal adalah jiran sebelah bilik masa f2 dan f3. Dalam otak aku semua yang lucu je pasal dia ni. Sebab dia memang humor punya orang. Oh, rasanye macam ada satu scene je yang terakam kat otak.. tolong hg hias rumah sukan masa f5. tengah-tengah malam bawa ke pagi gak tu berdua lepak tengah padang menghias rumah Tun Fatimah. :)

Sal, Selamat pengantin baru! semoga perjalanan baru lebih mengujakan!!

Ok rakan-rakan sekalian, jumpa disana! OMG, barang tak packing lagi ni, baju tak bilas, kerja-kerja kena setelkan before gerak. *serabut*

Till then, jumpa lagi semuanya. Much Love From Me.

Wacana

Blog oh blog. aku lihat ramai rakan-rakan seperjuangan blog ku dikalangan Karisma-Umian sudah slow je update blog sekarang (oh except adik Fareha.hehe). Adakah semuanya sudah tersungkur? Hurm, aku pun berperasaan yang sama gak sebenarnya. selalu je macam xde idea.. macam sekarang.

sebenarnya ada. tapi tu lah, tu lah tu. bila bab nak menulis, jadi macam bermasalah pulak nak mengarang. so aku share je lah ek, apa yang aku buat semalam. Sort of dairi pulak.

Pagi semalam, aku nampak Dr Hafidzi post kat wall FB dia pasal Wacana Teori Kebangkitan Islam di Malaysia: Sempena Revolusi Timur Tengah, dan dia jadi panelis. Oh, bertepatan dengan spirit ingin tahu + baru ikut Slot Sejarah dia + memang tak buat apa pun malam semalam. maka aku pun gerak dari ofis (which is blkg UIA je pun) jam 7 malam. Alhamdulillah senang lak bas semalam kan, azan maghrib sampai sudah aku di UIA.

Oh by the way, yang lebih menariknya tentang wacana anjuran Persatuan Ulama Malaysia ni, dia menggabungkan 4 wadah yang agak berpengaruh di Malaysia iaitu ABIM, IKRAM, PAS dan Hizbur Tahrir (HT). Masa aku sampai tu, para ibu-ibu HT ni dah ada kat masjid, berjemaah sekali la kami. Jauh, dorang datang dari Bangi, Gombak. Ok, majlis start lebih kurang jam 8.20 mungkin.

Mula-mula tu, audiens takdek la ramai sangat. First round tu, soalan dia tentang pandangan setiap wakil wadah ni tentang kebangkitan di Timur Tengah ni.


Sdr Julfitri,ABIM: menganggap NGO Islam sebagai the 3rd force. Menurut Richard Nixon (Seize The Moment) Kalau kita nak kuasai dunia, kita kena takluki 4 blok dunia iaitu, Mesir, Turki, Pakistan dan Indonesia. Beliau menegaskan bahawasanya rakyat boleh dididik dengan pendekatan pendidikan. Dekat Mesir 80% adalah gol. miskin, di Malaysia 80% adalah gol. sederhana, jadi kita tak expect perkara yang sama terjadi di sini.

Dr Sharifuddin,HT: Kejadian kebangkitan di Mesir dan Tunisia, bukan seperti yang kita inginkan. Dimana ia terjadi kerana tekanan ekonomi. Sekiranya berlaku penukaran kepimpinan, sistemnya masih sama. Maka, keinginan untuk menyambung kembali kehidupan Islam tak tercapai. [Analogi air dan minyak] Kita lebih perlukan revolusi pemikiran.

Sdr Subki,PAS: Bersetuju dengan tindakan PUM membuat wacana yang melibatkan various jamaah, sekaligus dapat membentuk Strategic Alliance.  Berkali-kali mengingatkan, bahawasanya kita berbeza jamaah bukan bermakna kita bersaing, tetapi saling melengkapi. Meskipun ada jalan revolusi, tetapi Pas memilih jalan aman dengan memilih ruang demokrasi untuk menaikkan ISlam. Pas dah banyak habiskan masa di bahagian politik, jadi bagi ruang yang terlepas, mintak kawan2 lain cover.

Dr Hafidzi,IKRAM: [dimulakan dengan fakta2 sejarah yang ambe tak tertangkap :P] Menganggap apa yang berlaku di Timur Tengah sebagai satu permulaan. Mendapat sebuah negara bukan dalam tempoh sehari, sebulan atau setahun. Malah bertahun-tahun, lihat sahaja sirah berapa lama masa diambil untuk Islam tu mendapat negara Madinah. Beliau memetik kata-kata Yusuf Qardhawi dalam Solat Jumaat di Dataran Tahrir "kebebasan berfikir adalah lebih utama dari perlaksanaan syariah", ini menunjukkan pendekatan membina dan mendidik memerlukan kita pandai bersama dengan masyarakat, bukan against mereka.

Ok sampai sini sajalah. Lepas tu bila bukak soalan, memang hangat betul. Semua penanya soalan dah macam panelis dah. Terus pusingan kedua pun xdek, rumusan terus. Itupun dah terlebih masa since janji ngan guard nak tutup dewan jam 11. 11 beberapa minit, habis lah talk.

Info: aku agak 1/6 atau 1/8 je perempuan semalam. (biasala tajuk gini memang catchy di pendengaran lelaki. perjuangan. malam pun satu hal. susah pada mak2 mithali ni nak keluar)

Info2: overall, wacana tersebut membuatkan aku melihat dengan lebih luas dan realistik. tQ!

17 March 2011

Online Banking

Salam semuanya. Sihat hari ni?

ok tajuk hari ni adalah online banking. Hangpa pernah dengar dak? Of course la kan.. dunia modenisasi ni mana bleh lari dengan kemajuan, apatah lagi online banking (ini sejenis bentuk kemajuan kan?kan? dunia di ujung jari)

Contoh online banking yang anda semua familiar? Maybank2you, CIMB Clicks, Ambank Online dan macam-macam lagi la.. (a year back aku cek BSN xde online lagi, nowadays dah ada tau. MyBSN Internet Banking)...

Ok tu lah serba sikit.. kebagusan online banking adalah..
1. anda tak perlu lagi beratur panjang nak bayar bil, nak bayar hutang ptptn, bayar sewa rumah, mahupun nak transfer duit kat sedara mara dikampung
2. tak perlu jumpa orang (kira bagus ke tak bagus ni?lol.)..
3. oh lupa pula, topap pun online banking je. selain dari mudah, kita jugak boleh jimatkan pembaziran kertas dari kertas topup tu. bagus2. kan?
4. menjimatkan masa. Kalau korang sejenis manusia yang bizi atau perasan bizi, sambil ber-program pun boleh bayar bil tau (kalau ada ekses internet lah)
5. tak perlu lagi risau pasal air atau api kena potong sebab tak bayar bil ^___^
6. amat mudah untuk korang menderma! Alhamdulillah..

Aku start ber-online banking ni bila start kerja 2009.

Masa mula2 memang excited, lagi-lagi bila dah pandai browse kedai-kedai online. T_T haha! Tapi masa tu, ada beberapa site dia belum berapa nak advance. So, banyak yang terima kad kredit je untuk payment, tak pun paypal.

Lately, aku tengok banyak site yang dah buat kolaborasi dengan bank online ni. Paling koman dia akan bagi korang payment choice, mastercard or visa card (kad kredit) dan maybank2u or CIMB Click (online banking)..

Dan tadi aku baru register member card King's Confectionery. Nasib popular tak allow online banking boleh bayar ngan kad kredit je.. Kalo tak hangus..

Apa kah maksud semua ini?

Oh, bahaya.. bahaya..

So kawan-kawan semuanya! Everything come with pro and cons. So, berhati-hati! Kawal nafsu anda! (Sambil urut dada dan remind mata suruh berhenti melayan site-site yang offer online payment!Wargh!)

Till then, daa.. assalamualaikum.