Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

19 March 2011

Wacana

Blog oh blog. aku lihat ramai rakan-rakan seperjuangan blog ku dikalangan Karisma-Umian sudah slow je update blog sekarang (oh except adik Fareha.hehe). Adakah semuanya sudah tersungkur? Hurm, aku pun berperasaan yang sama gak sebenarnya. selalu je macam xde idea.. macam sekarang.

sebenarnya ada. tapi tu lah, tu lah tu. bila bab nak menulis, jadi macam bermasalah pulak nak mengarang. so aku share je lah ek, apa yang aku buat semalam. Sort of dairi pulak.

Pagi semalam, aku nampak Dr Hafidzi post kat wall FB dia pasal Wacana Teori Kebangkitan Islam di Malaysia: Sempena Revolusi Timur Tengah, dan dia jadi panelis. Oh, bertepatan dengan spirit ingin tahu + baru ikut Slot Sejarah dia + memang tak buat apa pun malam semalam. maka aku pun gerak dari ofis (which is blkg UIA je pun) jam 7 malam. Alhamdulillah senang lak bas semalam kan, azan maghrib sampai sudah aku di UIA.

Oh by the way, yang lebih menariknya tentang wacana anjuran Persatuan Ulama Malaysia ni, dia menggabungkan 4 wadah yang agak berpengaruh di Malaysia iaitu ABIM, IKRAM, PAS dan Hizbur Tahrir (HT). Masa aku sampai tu, para ibu-ibu HT ni dah ada kat masjid, berjemaah sekali la kami. Jauh, dorang datang dari Bangi, Gombak. Ok, majlis start lebih kurang jam 8.20 mungkin.

Mula-mula tu, audiens takdek la ramai sangat. First round tu, soalan dia tentang pandangan setiap wakil wadah ni tentang kebangkitan di Timur Tengah ni.


Sdr Julfitri,ABIM: menganggap NGO Islam sebagai the 3rd force. Menurut Richard Nixon (Seize The Moment) Kalau kita nak kuasai dunia, kita kena takluki 4 blok dunia iaitu, Mesir, Turki, Pakistan dan Indonesia. Beliau menegaskan bahawasanya rakyat boleh dididik dengan pendekatan pendidikan. Dekat Mesir 80% adalah gol. miskin, di Malaysia 80% adalah gol. sederhana, jadi kita tak expect perkara yang sama terjadi di sini.

Dr Sharifuddin,HT: Kejadian kebangkitan di Mesir dan Tunisia, bukan seperti yang kita inginkan. Dimana ia terjadi kerana tekanan ekonomi. Sekiranya berlaku penukaran kepimpinan, sistemnya masih sama. Maka, keinginan untuk menyambung kembali kehidupan Islam tak tercapai. [Analogi air dan minyak] Kita lebih perlukan revolusi pemikiran.

Sdr Subki,PAS: Bersetuju dengan tindakan PUM membuat wacana yang melibatkan various jamaah, sekaligus dapat membentuk Strategic Alliance.  Berkali-kali mengingatkan, bahawasanya kita berbeza jamaah bukan bermakna kita bersaing, tetapi saling melengkapi. Meskipun ada jalan revolusi, tetapi Pas memilih jalan aman dengan memilih ruang demokrasi untuk menaikkan ISlam. Pas dah banyak habiskan masa di bahagian politik, jadi bagi ruang yang terlepas, mintak kawan2 lain cover.

Dr Hafidzi,IKRAM: [dimulakan dengan fakta2 sejarah yang ambe tak tertangkap :P] Menganggap apa yang berlaku di Timur Tengah sebagai satu permulaan. Mendapat sebuah negara bukan dalam tempoh sehari, sebulan atau setahun. Malah bertahun-tahun, lihat sahaja sirah berapa lama masa diambil untuk Islam tu mendapat negara Madinah. Beliau memetik kata-kata Yusuf Qardhawi dalam Solat Jumaat di Dataran Tahrir "kebebasan berfikir adalah lebih utama dari perlaksanaan syariah", ini menunjukkan pendekatan membina dan mendidik memerlukan kita pandai bersama dengan masyarakat, bukan against mereka.

Ok sampai sini sajalah. Lepas tu bila bukak soalan, memang hangat betul. Semua penanya soalan dah macam panelis dah. Terus pusingan kedua pun xdek, rumusan terus. Itupun dah terlebih masa since janji ngan guard nak tutup dewan jam 11. 11 beberapa minit, habis lah talk.

Info: aku agak 1/6 atau 1/8 je perempuan semalam. (biasala tajuk gini memang catchy di pendengaran lelaki. perjuangan. malam pun satu hal. susah pada mak2 mithali ni nak keluar)

Info2: overall, wacana tersebut membuatkan aku melihat dengan lebih luas dan realistik. tQ!

3 comments:

WUZARA said...

Salam...

Saya turut hadir ke wacana tersebut dan sempat juga memberi pandangan berkenaan apa yang terjadi di timur tengah sana.
Semoga lebih banyak wacana sebegini, agar mampu membuka minda masyarakat dan rasa kebersamaan.

SI PENGEMBARA JALANAN said...

walaweh..u went alone ey?? bagus tullll.....SEMANGAT!!!!!!!!!!

Merentas Horizon said...

wuzara: betul betul.

si pengembara: biasa la kak, membaca dan mengkaji dah kurang. nak tambah lebih sket kena la dengar org ceritakan. hehehe