Firstly, off FB dan Twitter tidak bermaksud kalian kena off blogger gak. Hehe..
hari ni aku nak berceloteh mengenai dunia semasa. dah beberapa post asyik pasal diri sendiri je kan. macam xmengikuti perkembangan semasa langsung lah.
kalau kita tengok di sekeliling kita hari ni. dunia dah lama-kelamaan makin aneh. dah berubah. ko tengok saja pada harga mihun sup yang kau beli. dulu, masa zaman aku matrik kat penang dulu.. harga bihun sup baru RM2.50. tu hat kira yang paling mahal dah tu, beli kat kafe pentadbiran. kalo kat kafe kediaman bleh dapat murah lagi. yang tu, dahla mangkuk dia besar, ayam lak satu bahagian kut. memang tiap hari jumaat aku pasti akan membelasah bihun sup disitu. hehe. sekarang? tak dinafikan, kuantiti bihun masih banyak, bleh dapat semangkuk besar. tapi ayam adalah 1/3 dari sebahagian ayam potong 16. harga dah jadi RM4. betapa dasat dah kita punya tahap ekonomi.
tu baru sentuh sket ja bab kewangan (almaklumlah, baru lepas beli mihun sup utk lunch. hihi).. bab sosial? pasal buang bayi, pasal anak luar nikah, ada korang baca pasal ni?
Kelahiran di luar nikah membimbangkan
Monday, 21 March 2011 18:32 MS FiSabPUTRAJAYA - Malaysia menyaksikan kecenderungan peningkatan anak-anak lahir di luar nikah dengan 234,674 kes yang tercatat antara tahun 2006 dan tahun lalu, Jabatan Pendaftaran Negara mendedahkan.
Menggambarkan situasi yang membimbangkan, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Alwi Ibrahim berkata, tahun lalu 52,982 anak-anak daripada 510,462 kelahiran berdaftar lahir di luar nikah. (dahsyatnya!!! lebih drpd 10%!!)
ha itu satu hal. baru ni yang isu hangat dekat blog2 sarkas tu, pasal satu artis remaja yang dok rasa hot sgt nak beri kelainan dengan mengayakan fesyen dedah sana sinu, ala-ala red carpet Hollywood.. seksi bagai gitu, xyah dok tanyalah apa pasal anak luar nikah makin bertambah tiap tahum.
bab politik? banyak kes politik yang aku tak sempat nak catch-up. yang sempat.. org duk mintak DS Anwar Ibrahim bagi DNA isu si Saiful tu lah. pastu tup tup la ni, keluar lak isu Datuk T dan video seks pemimpin pembangkang. Oh, sudah2lah tu wahai dunia politik Malaysia. come on la, benda macam ni pun nak gembar-gemburkan satu Malaysia. aib kut, hakimi la cara elok, aktor dalam video tu dah satu hal. yang satu hal lagi, pi buat tayangan perdana tu panggil semua wartawan siap.. apa masalah hangpa sbnqnya? (aduh tiba2 panas hati gua)
take a glimpse bout our world.
+kat Jepun ngan masalah loji nuklear.
+tanah arab seperti Bahrain, Yaman dan Libya (ada yang tertinggal ke?) semua sedang bergelut dengan penentuan kebenaran. mahukan negara yang merdeka dari kehidupan jahiliah.
+Palestin, sampai sekarang masih bergelut dengan rejim zionis
come on Malaysia. takkan lah kita masih duk bertekak pasal isu-isu yang... ah malas aku nak sebut. tak langsung melambangkan keberanian dan ketokohan seperti pahlawan silam. hurm~
Moral of the story: Lets back to basic. Iman dan Islam.
(lari-lari masuk bilik, bukak semula kitab sejarah yang dah berhabuk tu.apa consequence kalo melayu sama melayu, Islam sama Islam duk bertekak sesama sendiri.)