Lately, aku ada la dapat friend request dari junior² Taayah (which is aku tak kenal pun). Tapi aku approve sajalah. layankan, mana tau dia kenal aku kan? dan mungkin add sebab nak jemput ke kenduri kawen? kan bagus dpt makan free (hehe.ok ayat last tu joke je ok)
ok seperti tajuk, pagi ni aku ke Jabatan Imigresen, confirmla bukan sebab nak amik pass atau visa pekerja asingkan.. I takde maid k, harap maklum. separuh hari dah dihabiskan kat sana pun.
masuk ofis, sembang² sket ngan boss, update makluman. then, setelkan sket² masalah client pastu dah packing balik. boleh ckp plus minus sejam jelah ngadap cik laptop ni.
here the snapshot..
Jabatan Imigresen
Lunch: Nando's before
Lunch: Nando's after
Akhir-akhir ni, aku rasa aku semakin.. semakin.. LOST (terima kasih azi untuk pencerahan panjang lebar anda tentang perkataan 4 huruf ni..) T_T
pernah korang dengar ayat ni? betul² mengganggu ketenteraman aku.
[At-Taubah:24]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)
sebelum berakhir, aku nak mintak korang semua tolong ingatkan aku, jika aku dah nampak menyimpang dari jalan kebenaran. definitely, zaman bekerja sangat-sangat amat berbeza dari zaman belajar
wahai harta (yang sebenarnya hak Allah) dan wahai rumah sewa (juga pinjaman dari Dia), janganlah kamu sekalian menjadi perkara yang lebih aku cintai. please, kita clash k?
assalamualaikum.