Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

25 March 2011

Today's Note.

bismillah..

Lately, aku ada la dapat friend request dari junior² Taayah (which is aku tak kenal pun). Tapi aku approve sajalah. layankan, mana tau dia kenal aku kan? dan mungkin add sebab nak jemput ke kenduri kawen? kan bagus dpt makan free (hehe.ok ayat last tu joke je ok)

ok seperti tajuk, pagi ni aku ke Jabatan Imigresen, confirmla bukan sebab nak amik pass atau visa pekerja asingkan.. I takde maid k, harap maklum. separuh hari dah dihabiskan kat sana pun.

masuk ofis, sembang² sket ngan boss, update makluman. then, setelkan sket² masalah client pastu dah packing balik. boleh ckp plus minus sejam jelah ngadap cik laptop ni.

here the snapshot..

 Jabatan Imigresen
Lunch: Nando's before
 Lunch: Nando's after

Akhir-akhir ni, aku rasa aku semakin.. semakin.. LOST (terima kasih azi untuk pencerahan panjang lebar anda tentang perkataan 4 huruf ni..) T_T

pernah korang dengar ayat ni? betul² mengganggu ketenteraman aku.

[At-Taubah:24]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)

poor me, it become harder to fight against myself! T_T Wahai jiwa, bilakah kemarau ini akan berakhir? bila kamu nak berubah ni my dear self?

sebelum berakhir, aku nak mintak korang semua tolong ingatkan aku, jika aku dah nampak menyimpang dari jalan kebenaran. definitely, zaman bekerja sangat-sangat amat berbeza dari zaman belajar yang sangat amatlah ideal nya. T_T

wahai harta (yang sebenarnya hak Allah) dan wahai rumah sewa (juga pinjaman dari Dia), janganlah kamu sekalian menjadi perkara yang lebih aku cintai. please, kita clash k?

assalamualaikum.

No comments: