Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

09 May 2011

kadang-kadang

kadang-kadang,
hidup anda yang seawalnya tenang,
boleh juga menjadi murung di petang hari.

hidup.
tentang naik dan turun,
jatuh dan bangun.

Iman, bertahanlah bersamaku.

08 May 2011

Sunday.

hari ni, ada yang aku korbankan untuk aku setelkan kerja-kerja tertangguh. Meskipun masa yang panjang dirumah..nampaknya tak berhasil untuk fully utilized.

tetapi,
berjaya juga menyiapkan surat jemputan dan pemplet. Alhamdulillah.

*come on Sarah, u can do better.

source: stumble.

ok, ada beberapa jam sebelum esok. terus berusaha!

07 May 2011

Kenduri Kak Jannah

Salam dan selamat petang.

nak dijadikan cerita. waktu aku baca je kad kak jannah ni tulis tempat kat kompleks sukan PKNS kelana jaya. aku pun bajet orang kelana jaya, lepak je dari rumah keluar jam 12.15. almaklumkah bukan jauh pun dari rumah. bila baca kompleks sukan je, terus aku teringat kompleks sukan yang dekat dengan Stadium MBPJ dan ada satu pejabat MAS ni.

dalam tambah tolak 10 minit sampai lah aku ke kompleks sukan. dan dengan yakin send sms ke Kak Kiah yang aku dah sampai. elok je aku parking, turun kereta, satu banner besar menyambut. Syazwan dan Farah. aku ingat ada dewan lain kat dalam, sekali tanya pakcik guard memang salah tempat rupanya.

berpusing jugakla mencari, dekat 3 kali ktorg berpusing kat tempat yang sama. hehe. walhal, kompleks sukan PKNS ni betul² berhadapan kastam. bersamaan kalau lalu LDP tu (menghala Damansara), memang sebelah kiri jalan boleh nampak. Ahaha. akhirnya lebih kurang ketika azan Zuhur berkumandang, maka kami pun tiba di Jalan SS7/20.

Sampai² je kat perumahan bersebelahan kompleks, jalan da jadi sesak. nampak lah kemah², hiasan kaler merah, bunga² da macam kedai bunga. meriah! kirorang da turun, sebelum masuk nampak 2-3 orang pakcik jadi penyambut tetamu pakai baju kaler merun. Kak Siti dengan ringan mulut bertanya "Ni kenduri Muadz dan Jannah ke?" Lalu pakcik cakap, bukan. sambil bagitau direction nak gi dewan kat hujung perumahan.

patah je balik. nampak muka puteri dan kak djah, siap bawa hadiah besar lagi hampir salah rumah macam kami jugak. hehe, maka kitorang pun bersama-samalah meneruskan perjalanan menuju ke Dewan Sri Delima.


pengajaran: semak semula alamat dengan google map :)

06 May 2011

tentang jumaat

hari ni hari Jumaat.

Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9)

kalau budak sekolah, mesti seronok. sebab apa? sebab hari ni kelas abes awal kan?

kalau orang lelaki, pun gembira jugak. sebab dapat pegi solat Jumaat berjemaah di masjid. seminggu sekali dapat berjumpa dengan jiran sebelah ofis yang selama ni jarang bertegur sapa, dalam pada masa yang sama menambah zikir dan fikir melalui khutbah jumaat oleh khatib.

kalau orang perempuan camner? aku dengar ramai yang suka hari Jumaat sebab break dia panjang, 2 jam. So orang laki pi solat Jumaat, yang perempuan panjang kaki gi shopping complex la kan. Oh, jangan dilupakan pula, ada juga perempuan² yang menggunakan masa singkat tu untuk menambah ilmu agama. ahha~

para pekerja plak? harusla gembira, sebab esok da mula hujung minggu. Lepas lari dari keserabutan kerja. kankan?

erm.
apa lagi yang significant dengan Jumaat? yes! betul dan tepat sekali. orang selalu buat demo lepas solat Jumaat. senang nak kumpul orang. lagipun, bukan senang tau orang bekerja ni nak dapat pelepasan gi demo. So, kesempatan break panjang perlulah digunakan sebaiknya.

aku dengar hari ni ada demo di Masjid Negara. Lepas solat Jumaat. pasal apa? pasal amarah rakyat bantah fitnah. susah betul nak duga kan hati manusia ni. nampaknya sudah terbukti benarlah kata-kata nabi saw, bahawasanya pada akhir zaman itu akan tersebar luasnya fitnah. Nauzubillah.


    Sabda Rasul SAW lagi berhubung dengan fitnah yang bermaksud: "Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya ‘harju’. Maka mereka bertanya: Wahai Rasul, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh."


demo ni, kalau korang pernah pergi, perasaan semangat dia tu lain macam. rasa nak pergi beperang gitu. sebab dalam gerombolan yang besar kan.

err.
ok berbalik pada topik kita tentang hari jumaat ni kan. yang aku sedih sekali bila hari Jumaat. aku lihat ramai para lelaki muslim yang melalaikan kewajiban ini. tengok saja di kedai2 makan, atau kenderaan awam, atau shopping complex. mana-manalah. kadang2 aku rasa macam tanak datang ofis pada setiap hari Jumaat. perasaan berdosa setiap kali bertemu Jumaat. T_T

kadang² aku terpikir, kalau dunia berterusan begini. bagaimanalah kehidupan akan datang. lelaki² ini nanti akan bernikah, akan mempunyai anak. lalu, generasinya bagaimana? Nauzubillah.


Sabda Rasulullah SAW:
"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).

peringatan untuk kita juga, supaya tidak terlibat dengan fitnah akhir zaman:

Sidang Jumaat yang dihormati sekelian,

Rasul SAW memberi tahu umatnya tentang fitnah kehilangan sifat amanah dan paling susah untuk mendapat seorang yang bermaksud beramanah. Sabda Rasul SAW bermaksud:

"Seorang manusia masing-masing membuat janji dan hampir tidak terdapat seorang pun yang menunaikan janjinya."

Seterusnya Rasul SAW menjelaskan bagaimanakah amanah Allah Subhanahu Wata’ala disia-siakan. Suatu hari seorang Arabi datang menemui Rasul SAW dan bertanya, "Bilakah akan berlaku kiamat?" Maka baginda menjawab, "Bila amanah di sia-siakan maka tunggulah kiamat (kehancuran)." Arabi itu bertanya lagi, "Bagaimanakah amanah disia-siakan?" Rasul SAW bersabda, "Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat (yakni kehancuran)." 

05 May 2011

bismillah wa biiznillah..

erm nervous. hari ni merupakan salah satu hari diantara hari-hari yang melibatkan events bulan Mei. oh my bad! aku rasa aku ada masalah ruju' yg super dahsyat. T_T. (Oh Allah Forgive me when I'm whine)

tapikan orang kata tak baik berteleku lama sangat bila menyesali apa yg terjadi. improve it, yang sedang terjadi ni teruskan sehingga kehujung, dan beri peluang kepada diri untuk membuat pembaikan.

kehidupan kan sebuah sekolah. ujian datang dan datang lagi. Jika kita belajar dari kesilapan, makanya kita akan membaik. tapi jika kesilapan yang sama kita terus ulangkan berkali-kali? pastikan, akhirnya kamu sedar! sebab kalau ulang kesilapan berkali-kali mungkin di sebabkan kamu ni slow leaner. baru pusing sikit soalan dah kalut tak tau nak jawab. but slow leaner at last learnt something also. Janganlah, kamu ulang kesilapan dan tak sedar2.

minta dijauhkan nauzubillah!

dulu kita bekerja beramai-ramai. hari ni entah kenapa aku terasa keseorangan. rupa-rupanya aku terlupakan yang Allah sentiasa ada untuk aku. Astaghfirullah!

p/s: terima kasih Allah untuk segala dokongan susah senang sakit jatuh aku selama ini. hari ini, aku terus bernafas di bumiMu! ^____^ terus kuatkan aku wahai Allah!