Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

24 May 2011

Framework

hari ni aku nak membebel sket pasal mende alah ni. rimas betul. antara Code Igniter ngan Symfony, mana bagus? ke korang rasa Yii is more preferable?

aku rasa, memilih Code Igniter atas pandangan org yang pernah menggunakannya saja. memang bias.
memikirkan Symfony atas orang yang pernah menggunakan Symfony juga adalah bias. hurm.

aku dah try baca both documentation. truly, zzzzz.. apsal aa? apsal nak baca teks dalam net mesti mengantuk. adakah sebenarnya IT tak sesuai dengan aku? satu persoalan yang aku pun kurang pasti.

*nota disini: sapa boleh nak ajar framework untuk PHP sila maklumkan aku, roger aku k!
perlukan pedoman ni, hampir hilang arah @_@.

23 May 2011

ketik pantas

Assalamualaikum dan selamat petang.

akhirnya, kucuri juga sedikit senggang masa untuk menulis. Alhamdulillah, Sabtu lepas aku berkesempatan join Konvoi Pembebasan Palestin (Masjid Wilayah - Masjid Shah Alam). Apa yang boleh aku katakan, ia sungguh² suatu pengalaman yang berharga (Ya Allah, sampaikan aku kepada Al-Aqsa T_T) Solat Maghrib di Masjid Shah Alam, dengan bacaan Imam Masjidil Haram, Syeikh Maher Al-Mu'aiqiliy. Rasa macam syahdu sangat. Priceless!

ok itu cerita konvoi, tapi aku tak sempat nak duduk sampai habis program (konsert dan deklamasi puisi oleh Dato' A. Samad Said). Malam semakin larut kan. esoknya pula mengisahkan tentang mesyuarat, malam ni pun akan ada mesyuarat lagi. Jadinya memang mencuri masa betul untuk menulis.

*ok, pengalaman di escort oleh Marshal dari Kelab Scooter Malaysia paling priceless. Ada rasa macam PM sudah. Nak² tengah jalan minyak abis, so 2 org brothers ni escort kitorang ke Petronas berhampiran. Sorang naik Ducati Scooter, sorang lagi (aku syak) VTS 200.
*gambar? nantilah aku letak next post. Mungkin 2-3 hari lagi, sebab aku kemungkinan akan merempat untuk beberapa hari dan tidak kembali ke pangkal jalan. ahha~

Ni aku kasilah satu gambar Marshal yang escort Kump A.

Ok, selamat bekerja dan jumpa lagi ^____^

20 May 2011

doa

meskipun doa adalah senjata bagi mukmin, tapi sedar tak sedar berapa kerap je kita berdoa untuk kawan-kawan kita?

yang sering kita doakan, kesejahteraan keluarga, kelurusan iman, didoakan semoga mati dalam iman dan segala serba serbi yang lebih menjurus kepada diri kita sendiri. nampak selfish kan? doa untuk diri sendiri saja. perkara begitu seharusnya tak terjadi (ouch!) .. kerana sesungguhnya seluruh umat Islam itu hakikatnya bersaudara. (Al-Hujurat:10) Jadi, as long as dia orang Islam haruslah kita doakan mereka. kerana, bayangkan mereka itu adik kita atau mak kita, mestilah kita nak mereka baik2 dan sentiasa dalam lindungan Allah kan?

hurm macam tulah. sebelum buat apa2 sepatutnya pun kita harus berdoa pada Allah, doakan pilihan kita adalah tepat, doakan Allah bersama-sama dengan kita membuat keputusan, dan ofcourse doakan orang sekeliling kita juga sama-sama kearah kebaikan seperti kita juga inginkan kebaikan.

ok, ini sebenarnya peringatan TERBESAR untuk aku, sebab sering culas dalam mendoakan saudara seIslam yang lain. dengan berdoalah langkah pertama kita menyemai kasih sesama Muslim :)

So, mari menyubur cinta sesama manusia, mari mula saling mendoakan kebaikan saudara-saudara kita, rakan-rakan kita, cikgu-cikgu, boss-boss dan Muslim keseluruhannya untuk kehidupan yang lebih baik.

*lastly, jomlah esok ramai-ramai kita menyertai konvoi pembebasan Palestin! tanda cinta kasih kita pada bumi Aqsa, pada saudara² kita disana ♥.

19 May 2011

bahagia

semalam, jumpa kak jannah. muka beliau serius berseri-seri. inai pun masih di jari kan ^____^, (cakap pasal kak jannah pun da rasa nak tersenyum)

Scene 1
sesampai je rumah makcik, aku tengok ada swift merun parking depan rumah. aku pun dah aneh, kak jannah pakai kereta husband dia ke. sekali yang keluar tudung lilit², bukan style kak jannah ni.
what?? kak maryam? WOW! Alhamdulillah, pasni boleh lah datang awal selalu :)

Scene 2
aku: akak apa perasaan lepas kahwin?
kak janah: rasa complete (sambil muka.. senyum sampai pipi) <-- ok rasa nak tersenyum sekali.
kak maryam: tapi kitorang tak rasa separuh pun (kemudian gelak bersama aku, memang tak matang)

Both telah habis master dan berhasrat untuk sambung phd. wah! ada rasa aneh, bahagia? tepat. lagi satu, ok xpelah just forget it!

miha da ada baby, kak Kiah pun da MO kat Kuantan. terharu. T_T melihat semua orang membesar, ada rasa bahagia mengakar di hati.

Aku doakan, semua pembaca merentas horizon juga bahagia dengan kehidupan kalian. bahagia itu, bukan apa yang orang nampak, tapi apa yang kita rasa. semua kita berhak memilikinya. ^____^

18 May 2011

Time Tracker

aku terjumpa quote ini di stumble lama dulu;

"This is your life, do what you love and do it often. 
If you dont like something change it. 
If you dont like your job, quit."

Lagi satu, minggu lepas aku ada install extension chrome, nama dia Time Tracker. Kegunaan extension ni adalah, bolehlah kau nak revise apalah yang kau buat di internet sepanjang hari ni kan. So, for the first time iaitu hari ini, facebook tidak menduduki tempat pertama. Ahaks!


Ok, itu ajelah aku update hari ni, nanti lain hari aku update panjang², mood aku nak menaip hari ni tak melambung sangat. tak berapa nak gembira. nanti esok² aku mengarang panjang-panjang.

semoga kalian baik-baik sahaja ♥.