Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

11 April 2012

Seperti mimpi

"sedang kita berseronok dan gembira hari ini, sebenarnya ramai lagi yang sedang berduka dan bergelut dengan kematian di tempat lain."
Ayat ni nampak klise kan? dan rasa biasa sangat dah baca. Aku pun rasa yang sama. Aku selalu jugak kaitkan dengan kehidupan aku sehari-hari yang kadang-kadang begitu bergembira dengan apa yang aku ada pinjam sekarang. Keluarga, kesihatan, harta dan rakan-rakan. Tu tak kira lagikan dengan nafas percuma tiap-tiap hari ni.. Bila aku kenang-kenangkan semua ni, aku cuba kaitkan dengan keadaan saudara Muslim di negara-negara lain seperti Palestin dan beberapa tanah Arab yang masih dilanda krisis, memang menginsafkan.

Tapi kali ni, aku dah mengalami dan menghadap sendiri maksud dari kata-kata tersebut. Melihatkan saudara sendiri yang mengalami perubahan keadaan diri (semakin lama semakin teruk) Dari kacak hensem bergaya, kemudian sakit-sakit. berulang kemoterapi, hospital rumah kedua, beberapa kali di tahan wad, dan pada saat-saat akhirnya mengalami kesukaran bernafas kerana keadaan paru-paru yang lemah (hanya 1 per 4 masih berfungsi dengan baik) serta kesakitan pada seluruh tubuh disebabkan sel kanser telah menjangkiti bahagian badan secara menyeluruh.

Bila pada satu sisi, manusia sedang sibuk bertanyakan apa keputusan terbaru Arsenal vs. M.city, dan pada satu sisi lain pula orang ternanti-nanti siapa bintang paling popular tahun ni, pada masa yang sama abang long sebenarnya sedang bertarung dengan saat-saat terakhir dalam hidup beliau. Petang itu aku melihat dia sedang tidur, dan rasa tenang kerana tidak kedengaran bunyi rengekan betapa sakitnya derita yang ditanggungi. Pada hakikatnya, dalam tidurnya aku tidak tahu apa yang beliau mimpikan. Semuanya rahsia Allah.

Abang long, semoga tenang disana. Berakhirlah keperitan selama 3 tahun menghidap kanser rektum. Semoga segala keperitan dan derita menjadi penghapus dosa.


Ahmad Razib b Abdul Majid
(29.12.1976 - 9.04.2012)


Semuanya macam mimpi, meskipun 3 tahun telah berlalu dari masa-masa awal kansernya di kesan. tetap terasa macam mimpi. sebab selama ni, aku selalu tak percaya dengan kata orang kanser tak dapat diselamatkan. sebab aku lebih percayakan cerita-cerita tentang mereka-mereka yang akhirnya bebas kanser. aku selalu berharap itu juga penghujung cerita bang long. tetapi ternyata, perancangan Allah melebihi segalanya. Dia Maha Tahu yang terbaik untuk abang long. Al-Fatihah. 


9 April merupakan ulang tahun kelahiran Mak Uda (mak abang long), dan sudah pasti hadiah ulang tahun kelahiran kali ini menjadi sesuatu yang tidak boleh dilupakan oleh Mak Uda. 

p/s: meskipun pada asalnya banyak yang nak tulis, macam biasa.. sampai je laptop segala bayangan-bayangan nak menceritakan terus hilang bersama-sama masa dan panjangnya perjalanan. 

05 April 2012

sorotan beberapa kisah

Assalamualaikum.

Can I jot down today post a lil bit journal like? Haha. Ok abaikan, memang begitu pun hakikatnya blog ni. Tak perlu nak can i sangat lah kan.

Sebenarnya dari masa meeting terdetik nak memblog, tiba buka lappy sangkut lak di FB, kemudian kisah Fatin Liyana yang baru balik Korea, dan tak semena-mena stalk Farah Lee. Ah, memang melalut betul. So, gitu gini tengok dah delay sejam dari masa asal..

To the point,

Beberapa hari dalam minggu yang lepas sebenarnya banyak perkara yang terjadi. Aku pun tak berapa pasti macam mana nak put into word. Meski demikian, tetap yang aku harapkan ada ibrah dan sesuatu yang kalian dapat selepas membaca entri yang akan menjadi agak panjang ini. (Kasi peluang aku lepas gian..)

Jumaat lepas, aku sebenarnya telah mengambil cuti.. khas untuk menghabiskan masa hujung minggu bersama rakan 13-13 yang salah seorang lagi akan menamatkan zaman bujang tahun depan. Plan asal telah dirancang sebulan yang lalu, untuk ke Melaka. Tapi tu lah, mana kita nak tau apa akan terjadi di masa depan.

Ada program IPT berlangsung pagi Sabtu tu. which is aku salah seorang ad-hoc. Makanya, plan sedikit berubah dimana kami pun memulakan kembara Jumaat dan Sabtu di sekitar PJ/KL dan Sabtu petang baru gerak ke Melaka. Dan seperti yang termaktub didalam AlQuran, kita merancang, Allah juga merancang. Abang long (pernah diceritakan dalam entri lalu) masuk ICU, tengahari Jumaat. Maka secara tak rasminya, keputusan yang sukar aku putuskan untuk tidak mengikuti kembara tersebut, dan pulang ke kampung halaman. Apapun terjadi family first. kan?

Ketika di program IPT, aku menjaga checkpoint bersama seorang kakak se-usrah, dia menceritakan betapa berusaha kerasnya beliau dalam menonjolkan peribadi muslim beliau terhadap persekitaran dunia kerjayanya.
"Kita biasa dengar orang bercerita tentang futur, Tapi bila kita tengok orang ni slow je dalam dakwah selepas mula bekerja. Kita takleh simply cakap oh dia ni da nampak tanda-tanda nak futur. It just, everything need time. Adaptation in work process, and show our best to our boss, its also part of dakwah." Ok banyak lagi la yang beliau sampaikan dan aku rasa betul juga apa yang beliau katakan.

Perkara yang sama pun ada diperkatakan oleh seorang lagi rakan. work load! ..

Tadi sebelum bermesyuarat, aku berjumpa dengan rakan baik di Universiti. Pun bercerita masalah. Tapi masalah bukan berkaitan usrah dan dakwah. Masalah rakan sekerja. See, semua orang pun ada masalah.

Sebenarnya, dalam dunia ni memang banyak sangat masalah, banyak sangat kerja, sama ada kerja pejabat. masalah bersama rakan-rakan, ahli keluarga dan masyarakat juga. Banyak yang tak terhingga, sama ada kita nak terus beralasan dalam menghadapinya, atau bear with it dan terus beurusaha untuk menyediakan ruang kepada diri kita menjadi lebih baik.

Hari-hari mendatang nampak macam makin susah. T_T pilihan semakin banyak; antara menjaga hati manusia, atau menjaga hati sendiri.. dan yang terbaik pastilah mengejar redha Allah meskipun dicelahan ranapnya hati-hati manusia.

Berdiri di tapak yang sama selama bertahun-tahun aku rasa juga menyesakkan, sudah masanya aku berfikir tentang hidup supaya dapat bergerak lebih laju dalam melangkah. Doakan.

* Maaf kepada pencinta Bahasa Melayu sekiranya entri ini tidak mememartabatkan bahasa ibunda.
** Dalam banyak siri luah perasaan diatas, aku lebih banyak menjadi pendengar dari memberi respon. tak sempat. So. aku spill kat sini pun ok kan? Esok kerjakan? Jadi aku stop sini dulu

Sekian, wassalam.

29 March 2012

Awkward.

Hari ni kemas-kemas semua barang yang berlambakan di atas meja dan dalam drawer. Minggu depan akan berpindah ke compartment sebelah. Dan secara rasminya telah berpindah ke anak syarikat yang lain dari yang asal. Perasaannya lain sikit la. Sebab kat sini boss dia young and dangerous kan. Jadi sesuai la dengan staff yang muda-mudi ni. Oh, boss baru bukanlah old pun, masih young but more dangerous!! Ahhaha..

"Saya tak sedihlah, perasaan dia cuma we've build a team then kena transfer to others. Macam tu sajalah" - Joseph 

So, disebabkan esok aku akan merasmikan cuti tahun aku untuk 2012, maka aku kenalah berkemas hari ni. Dengar-dengar diorang nak pindahkan barang hari Sabtu. Ini cuma internal transfer saja. Jadi tak perlu kecoh sangatlah.

Ok, nak ceritakan awkward moment adalah apabila anda tiba-tiba pergi melawat rakan anda yang baru bersalin sendirian (anda pula telah bertahun-tahun tidak berhubungan dengannya secara akrab). Sangat awkward ok. Cerita sepanjang terpisah tu banyak yang aku pun tak pasti hitam kelabu dan putihnya, jalan cerita yang aku boleh nak tanya pun hanya masa kami rapat dulu. Bosan jugak cerita lama kan.

Baby tidur saja. tapi.. ok lah, as long xdengar baby nangis. ^___^.

p/s: orang cakap bau baby wangi, tapi asal aku cium bau minyak urut je. haha!

21 March 2012

Dinner

Seharusnya hidup kita semakin hari semakin berkembang, melebar luaskan jaringan, memperbesarkan sayap-sayap perjuangan. Tapi ternyata kebanyakan dari kita semakin lama hidupnya semakin menguncup.

Hari depan, sering tak terjangka.
Hari depan, tabahlah menghadapinya.





Dikongsikan 4 keping gambar sempena Program makan malam pejabat.

Sekarang, perasaannya sangat mengantuk, kan? (perasaan kenyang telah hilang sebaik sahaja sampai dirumah)
So, good nite and Assalamualaikum!

p/s: kali ke-2 makan bersama keluarga besar Macromac, berbeza perasaannya. (Usah dikenang pada yang pergi)

15 March 2012

Que sera sera


When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

When I was young, I fell in love
I asked my sweetheart what lies ahead
Will we have rainbows, day after day
Here's what my sweetheart said.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

Now I have children of my own
They ask their mother, what will I be
Will I be handsome, will I be rich
I tell them tenderly.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

Dulu masa kecik mak a.k.a cikgu bahasa inggeris disekolah ada mengajarkan lagu ni. Jadi sort of sentimental value juga la.