Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

29 December 2010

Abang Long

ye memang betul aku takdak abang pun. tajuk di atas adalah merujuk kepada abang saudara aku, anak kepada kakak mak aku.

aku tak berapa nak ingat bila first time, mungkin ketika aku di tahun akhir universiti, awal 2009.. abang long menggemparkan kami, (keluarga besar Hj Yunus) dia di tahan di wad selepas ditemui pengsan di toilet ofis beliau. berak darah.

sejak saat itu, banyak lagi la rentetan peristiwa yang telah terjadi.. dan dipercayai dia menghidap kanser rektum. tapi tak siapa pun menyokong kenyataan tersebut, dan sampai hari ini kami hanya percaya abang long sakit di bahagian usus. tak tau lah apa nama sakit, sebab bila pegi lain tempat lain pulak kenyataan yang dikeluarkan. ada yang kata buasir, dsb.

sehari ke sehari abang long makin kurus dan cengkung. sakit dah makin menggila.. da berapa bulan dia tak kerja. sakitnya makin teruk.

hari ni,
adalah hari ulang tahun kelahiran abang long dan sekali lagi abg long masuk wad. kali ni dimasukkan sebagai pesakit paru-paru berair. mungkin pembedahan hari ni.

"Ya Allah, kau berilah yang terbaik untuk abang long,
semoga kesembuhan terhadap penyakit ini merupakan hadiah hari jadi terbaik untuk abang long."

kawan² semua mohon doakan yang terbaik untuk abang long!

TQ!

* * * * *
the truth is everyone is struggling,
it just that some people hide better than.

* * * * *

Melihat sekeliling, manusia menjadi sakit,
kemalangan dimana-mana,
dan maut pula datangnya tiba².
Apa sahaja yang kita ada sebenarnya?
nikmat nafas yang hanya pinjaman,
dan usia yang terlalu rapuh hayatnya.

Lalu, masih haruskah kita menjadi angkuh pada tuhan?
masih sudikah kita bertangguh memperbanyak amal?

Ah! benar mati itu satu peringatan yang pasti.. T_T
dan debar tidak pernah kalah dalam berdegup,
tiap saat mati itu aku kenangkan.


PhileoD,
11.40pg
terima kasih Allah, untuk nikmat usia sehingga saat ini.

3 comments:

miss jue said...

ecah, serius ke kanser? baru baca post ko ni. arwah ayah aku dulu kanser rektum. condition dia masa sakit memang sama macam abg long ko ni. tp aku doa abang long ko tak la ada sakit kronik. minta dijauhkan. tp sebgai langkah berjaga2, better bw jumpa specialist.

macam arwah ayah aku dulu, Dr suh buat apa-nth-nama-dia-yg-masuk-kamerakecik tu. tapi ayh aku taknk, bila cek dgn specialist, buat CT scan rupanya ada kanser. nk operate dh x blh sbb dh in btween stage 3 and 4.

pe2 pun, aku doa terbaik untuk abg long ko.

**kanser rektum = colon canser???

Merentas Horizon said...

kanser rektum actually a kind of colon cancer jugak. cuma, colon tu maybe bhgn usus yg lebih atas dari rektum. rektum ni da hujung.

doktor suh dia bedah buang. tapi die xmau. sbb kalau buang, sepanjang hayat kena pakai kantung. dia baru early 30-an.

smlm smbg ngan kwn kte yg tgk buat H/O kt PPUM, die ckp kalau dah teruk kanser mmg bleh efek kt paru2.. T_T

Doakan ek, moga yang terbaik untuk dia. err, arwah ayah hg dulu ada sakit kronik ke?

miss jue said...

yup.. colon canser stage 3 or 4. memang sebelum meninggal bergantung pada kantung sepenuhnya. tp apa yg H/O tu ckp tu btl la. macam arwah ayah aku, dia effect kt hati kalau tak salah.

dan about kantung tu, aku rasa tak ada masalah sebb aku pnh bc berita dalam newspaper yg orang bergantung pada kantung sepjg hidup.

pe2 pun, semoga abg long ko kuat semangat.