Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

20 March 2013

Google Analytics Course

Oh hey!! Esok nak masuk ofis semula.. *yawn* hei tulang2 yang berat dan malas.. sila beri kerjasama!

Ok, seperti tajuk.. course tersebut telah berlangsung selama 3 hari (Isnin - Rabu) di iTrain Centre, di Megan Avenue 1, Jln Tun Razak. Dekat sangat dengan Ampang Park LRT Station. Ikut exit Plaza OSK tu, kemudian jalan lebih kurang 5 minit. Sebenarnya hari ni baru aku perasan berhampiran dengan Megan Avenue ni ada car park yang memberi khidmat, RM4/day (Kesahihan kabar ni maybe boleh dapatkan dari penduduk tempatan) Bila calculate, ia adalah lebih murah dari tambang tren. he he he. tapi nak menyampaikan ke Jln Tun Razak dari PJ. ok, saya pilih naik public transport!! :P

Berbalik kepada tajuk.

Basically training ni adalah untuk ajar how to use Google Analytics or GA ni dengan lebih efisyen. Oh ya, fyi.. GA ni digunakan dalam industri e-commerce dan SEO website yang tumbuh seperti cendawan belakangan ini. Basically untuk trace back Revenue syarikat.. atau performance SEO keywords. etc etc..

Kelas sangat seronok, sebab speaker dia pun oklah.. boleh faham. Tapi disebabkan aku memang totally new with those jargon.. dan tak pernah handle pun analytics ni before.. Jadi, ia sangatlah mem-blur-kan sometimes.

Im not going to give a lecture about this by the way. Maybe u can subscribe for yourself? the course..  Hey, its cool. Try it out!


Till then, jaga iman dan jaga amal! We are not staying 'here' for a long time.

13 March 2013

Berhati-hati memilih pemimpin


Assalamualaikum semua, sempena mode nak pilihanraya ni.. aku kongsikanlah ini untuk kalian. Aku jumpa di milis. Moga beri satu pencerahan untuk kita semua. Satu kayu pukul untuk kita keluar mengundi dan menyumbang sesuatu untuk anak bangsa =). 

Begin with end in mind. Selepas semua kelelahan di dunia ini, kita semua akan menghadapNya kembali. 
Fikir-fikirkanlah. 
Berhati-hati.

[FromMilis]
Berhati-hatilah jika kita memilih seseorang menjadi pemimpin termasuk juga berhati-hatilah dalam bersikap terhadap apa yang diputuskan atau diperintahkan oleh para pemimpin.

Apakah para pemimpin yang sesat bisa menolong pada saat dihisab ?
Description: Description: Description: D:\Qari\Default\Graphics\qs1221a.jpg
Dan mereka semuanya (di padang Mahsyar) akan berkumpul menghadap ke hadirat Allah, lalu berkatalah orang-orang yang lemah kepada orang-orang yang sombong: "Sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindarkan daripada kami azab Allah (walaupun) sedikit saja? Mereka menjawab: "Seandainya Allah memberi petunjuk kepada kami, niscaya kami dapat memberi petunjuk kepadamu. Sama saja bagi kita, apakah kita mengeluh ataukah bersabar. Sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri." (QS:14:21)

Apakah harus menyalahkan syaitan juga ?
Description: Description: Description: D:\Qari\Default\Graphics\qs142122.jpg
Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekedar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu." Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih. (QS:14:22)

Waktu di dalam neraka, apa yang dilakukan para pemimpin sesat dan pengikutnya?
Description: Description: Description: D:\Qari\Default\Graphics\qs336668.jpg
Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul." Dan mereka berkata, "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar." (QS:33:66-68)
Description: Description: Description: D:\Qari\Default\Graphics\qs0738.jpg
Allah berfirman: "Masuklah kamu sekalian ke dalam neraka bersama umat-umat jin dan manusia yang telah terdahulu sebelum kamu. Setiap suatu umat masuk (ke dalam neraka), dia mengutuk kawannya (menyesatkannya); sehingga apabila mereka masuk semuanya berkatalah orang-orang yang masuk kemudian[538] di antara mereka kepada orang-orang yang masuk terdahulu[539]: "Ya Tuhan kami, mereka telah menyesatkan kami, sebab itu datangkanlah kepada mereka siksaan yang berlipat ganda dari neraka." Allah berfirman: "Masing-masing mendapat (siksaan) yang berlipat ganda, akan tetapi kamu tidak mengetahui. (QS:07:38).

Allahu ’alam.
[538]. Maksudnya: pengikut-pengikut 
[539]. Maksudnya: pemimpin-pemimpin

11 March 2013

Sg Chilling again

Disebabkan telah 2 tahun sejak pendakian Broga bersama rakan sekerja.. Maka, sebaik sahaja turun dari Sg Chilling aku mendapat idea untuk mem-propose tempat ini sebagai macromac outing trip (tak sangka selepas 2 tahun (baca: Broga and Mun's Wedding)

aku suka jugak hang out macam ni, bleh kenal macam-macam orang.

Maka, tanggal Ahad lepas bersamaan 10 Mac berpagi-pagian la kami mengutip orang dan berkumpul. Sepatutnya 6.30 berkumpul di R&R Rawang nampaknya tinggal perancangan sahaja. Berbekalkan pengalaman nan sekali ke Sg CHilling itulah, aku perkemaskan. Dan menerus kuat untuk membawa semuanya. Kezia pinjam kan GPS, yang aku tak tau guna pun. lol! Keep suruh aku u-turn and recalculate! Marah betul aku dengan GPS tersebut.

Kami tiba di Sg Chilling jam 9 pagi (ikut masa mendaftar di kaunter masuk) Aku rasa dah alert kan semua tentang kami akan masuk air dan perlu beware dengan peralatan elektronik! Nampaknya tak berapa nak alert. So, dengan bekalan plastik, solotep dan gunting yang aku ada, semua pun duk memeket smartphone memasing sehingga lebih kurang 15 minit kemudian baru gerak.


masa tulah nampak.. ada yang takut air deras (oh tapi airnya memang sangat deras dari sebelum ni..mungkin disebabkan oleh hujan disubuh harinya) so siap hold tangan orang depan dia tanak kasi lepas. ahaha..cute. Ada yang berkeyakinan tinggi lepaskan tangan orang depan end up hampir hanyut di bawa arus.

Overall it nice, mula-mula rasa macam takut jugak handle event for multi racial ni.. tapi bila dapat feed back dari some people. i think, worth it jugak la :)

Antara komen:

"Kenapa u tak remind saya, yang sungai ni akan curi selipar saya" - mangsa selipar dihanyutkan arus
"U tipu I, u tau kan i takut macam ni" - konon mangsa

Perjalanan yang sebelumnya diambil 45minit - sejam, kali ni ambil masa 1 jam 45 minit.. Sedangkan sebelum tu anggota rombongan 69 orang, dan kali ni hanya 14 orang :P


Till then. Pen off!

09 March 2013

tulis saje

Ehem,

bila review balik performance tahap menulis di zaman bekerja ni. teruk betullah. satu bulan boleh contribute 4-5 post je? tu pun da sangat untung kalau dapat kan. sedangakan kalau tengok balik masa zaman student. peh, kalau boleh tetiap hari nak update blog. LoL! Even cerita lebih kurang sama je kan. 

Sebenarnya ada kaitannya dengan turun naik iman dan tahap motivasi. Chi masa zaman student lagi bagus I think. ehem, bukan sebab saya da tua ok! hehe

Ada banyak benda yang perlu tulis tapi aku tak tulis pun lagi here. Almaklumlah, Blog ni da macam jurnal online kan. Agak2 nak trace tarikh je mesti bukak blog. 

Ni kena point date la kan, nak store.

23 Feb - Seminar Wanita & Syariah, Masjid Bulat Seksyen 14 (Wanita IKRAM PJ)
24 Feb - Santai Sg Chilling, Kuala Kubu Bharu. (Gema Backpackerz Selangor, GB)

Aku dah cakap kan aku sebenarnya takdalah tua sangat, tengok da umur-umur macam ni baru la nak sertai aktiviti-aktiviti orang muda ni through GB! haha. 

Oh ya bytheway,

hari ni sepatutnya ada aktiviti mencula (Berlangsung pada setiap hari Sabtu sebelum terjadinya pilihanraya - contact me if berminat dan nak bertanya lanjut). Sangat menarik ye! Teringin sangat nak pi. Dari minggu ke minggu, tapi rasanya tak dapat kut hari ni. Tambahan pula ada jemputan perkahwinan di Soromban. Hai nak kahwin dah kawan ku sorang ni..

Dan esok! InsyaAllah, mohon Allah mudahkan.. 2nd trip of Macromac&Friend outing! (yang first ofkos la masa pergi Broga last time kan?) Ehem.. pegi mana kali ni? Will update tomorrow perhaps? Konsep: Satu Malaysia! 


Till then, happy weekend.. weekenders!

07 March 2013

Mind Reflection

Ada satu masa dahulu, lama dahulu.. aku pernah menyertai satu kursus keusahawanan anjuran Karisma,  IMPAC. Rasanya program tu around 2008.

Ia merupakan satu program yang sangat unik rasanya. Motif utamanya adalah untuk memperbanyakkan lagi anak muda berjiwa Abd Rahman bin Auf mahupun Uthman b Affan. Usahawan yang bijak berniaga dan tak kalah dalam iman kepada Allah :)

Punyalah banyak ilmu yang dikongsikan tapi ada satu yang selalu aku terkenangkan. Tentang keberkatan rezeki.
"Jika antum nampak satu pen, antum pulak tengah rushing dan perlu tulis satu perkara ni. Urgent. Antum guna tak pen tu? Sedangkan antum tak tau pun siapa owner pen tu"
Waktu tu kan student, bila dengar tu macam, zass! kena sebijik! yelah kadang-kadang da lewat masuk kelas kan, kena tanda attendance lak tu.. main sapu je pen sesiapa je lah kan. tak tau pun sapa owner, main guna je.

Banyak benda, adalah kita rasa tak endah, dan mungkin tak perlu endah. Tapi sebenarnya sangat penting untuk di endah. Sebab apa? sebab setiap amal kita memang dicatat oleh malaikat kiri dan kanan. Takut kan?

Ada 2 kisah yang aku rasa sesuai di jadikan sumber untuk kita bermuhasabah dan koreksi diri.
1. Kisah tentang seorang penjual kayu api yang menggunakan serpihan kecil kayu api untuk mencungkil gigi (baca panjang)
2. Kisah Umar Abd Aziz yang memadamkan pelitanya kerana pelita milik negara, sedangkan dia mahu membincangkan tentang masalah peribadi keluarganya. (baca panjang)

Banyak benda yang kita kena ubah sebenarnya. Bila hidup kita semakin jauh dari zaman sahabat, apatah lagi di zaman Rasulullah bersama menunjuk betul atau salah.

Ok, this is just a token to ponder. Reflection.