Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

05 December 2013

Tugas yang berat.

Sebabkan dapat tahu ada orang yang silent reader blog ni.. maka berkobar-kobar pulak nak update blog ;P rasa macam perlu bertanggungjawab pulak.

Semalam, diadakan perkongsian program yang aku tak dapat pergi 23 November lepas ..

"Rasa macam meeting UM pulak" - Ismail.

Aku pun perasan, dari kami 6 orang.. 4 dari kami adalah orang yang sama yang kami jumpa tiap kali mesyuarat bulanan while in our University Life.  *Oh, those good all days!You knew that i missed u.much.*

Now.. 2 dari 4 tu dah kahwin dan dah ada anak pun..

Ok, paling gigih adalah Samihah.. anak kecil dia belum pun sampai 2 bulan.. dan anak sulung dia next year akan masuk 3 tahun dan dia datang ke sharing session nih T.T ok nangis. gigih. Semoga Allah terus melindungi sahabat-sahabatku ini, diberi kekuatan dan kesihatan juga.. :) (dalam diam I admired her much) Ismail juga gigih. macam macam jadi kat dia, anak dan isteri. Tapi, tetap keep moving. Orang-orang power ni biasa mesti ujian hebat. kann?

Bagi aku, nak datang meeting ke nak pegi program ke.. untuk orang bujang macam aku ni.. tinggal nak berlawan dengan rasa malas je. kalau aku kat tempat samihah.. aku pun tak tau.. akan sampai kah aku ke program. woaha!

Kadang-kadang orang bertanya.. kenapa da anak berderet pun masih sibuk sibuk lagi nak buat kerja-kerja luar camni. Duduk rumah je lah jaga anak, jaga suami.

Aku macam tak berapa berkenan sikit lah dengan pandangan macam ni. Sebab berbaur selfish sangat. Hanya mahu uruskan diri sendiri sahaja. Pedulik lah orang lain. Sedangkan negara kita dan dunia hari ini dah makin tenat ni.. dan.. later on anak kita tu, akhirnya akan terjun ke dalam masyarakat jugak. Kalau kita tak berbuat sesuatu.. apa agaknya akan terjadi kepada anak anak kita?

Ya, senang untuk kita salahkan kerajaan. salahkan sesiapa keatas kebobrokan teruk yang terjadi keatas Malaysia dan dunia hari ini. Tetapi kenapa tidak kita mulakan langkah mula dari diri kita sendiri. Orang yang melangkah walau satu tetap akan bergerak berbanding kita yang hanya disini sambil menuding jari ke arah orang lain. "Ini semua kau yang salah!"

Ingat satu, kalau tidak kita, siapa? Kalau tidak disini, dimana? Kalau tidak sekarang, bila?

02 December 2013

A Brighter Side

budak praktikal tu ditukarkan ke cubical baru. cubical baru itu, betul-betul berhadapan dengan boss. sebelum dia di arahkan berpindah, baru sahaja dia menyampaikan kerisauan yang menjengahnya,

"lambat-laun sy yg end up dekat depan tu? harap2 tak payah la" - KMT

tak sampai beberapa masa, dia diarahkan pindah. dan aku hanya tergelak sebenarnya bercampur terkejut. aku rasa dia berat hati. tapi sebelum berpindah, dia ada berkata,

"oklah, akhirnya saya dapat duduk bawah aircond" - KMT

betapa memandang ke arah sisi baik sebenarnya banyak membantu kita untuk terus bergerak. meninggalkan yang perih, dan hanya fokus untuk mencapai yang terindah dan bahagia!

Abaikan herdikan dunia kerana dunia sering mengajar kita sisi buruk seperti busuknya jiwa kebanyakan manusia di dalamnya.

Ya Allah, mohon hatiku juga sepertinya.
Mampu memandang air yang separuh penuh didalam gelas, berbanding yang separuh kosong pada gelas yang sama.

Bahagia itu adalah sebuah pilihan. Berusahalah untuk memilikinya.

25 October 2013

Birthday. Suprise o!

Ok am turning 26 this year!.

kat ofis diorang buat suprise birthday party =,= ok segan cheq k!..

Gambaq2 hari yang happening tu, boleh tengok kat FB je lah ye :P malas plak nak tempek 2-3 kali.

Mcm takdek keje je kan nak tulis post ni.. tp actually incase di masa depan aku terlupa.. so boleh lah recheck blog ni :)

Pagi aku di'belanja' orang, so malam tu aku pi belanja anak buah usrah saje :P



till then.

22 October 2013

Ragut.

Death is something happened when we least expect it to happen, so do accident.

the story begin.

"Kan dah cakap, jangan main phone sambil jalan"
"Lain kali free gear"

kata-kata macam ni adalah antara 'nasihat' yang biasa kedengaran selepas berlakunya kemalangan. Pada aku, ada benarnya. Tapi aku cadangkan, mungkin boleh lambatkan sikit lah nasihat tu. Mungkin beberapa hari selepas kejadian? Sebab sebenarnya sesetengah nasihat adalah common sense, atau kita dah tahu pun. Keadaan orang yang baru lepas kemalangan adalah need some motivation so boleh move forward, jangan letak kan kata-kata yang boleh bikin mereka down! T_T

ok terus kepada cerita. pagi tadi aku datang sedikit awal dari kebiasaan. mungkin sebab bangun awal sikit hari ni tambahan pula tiada penyediaan makan sarapan di rumah.

Dalam perjalanan tu, siap-siap aku call kakak sekerja minta belikan sarapan. Dah terbayang bayang makan sarapan di ofis bersama rakan sekerja. Rasa macam jarang dah buat, sebab selalu sangat datang ngam ngam.

Masa aku nak parkir tu, aku nampak Goh. Dia senyum-senyum saja kat aku, aku pun balas angkat 2 jari tunjuk *peace* saja. Ye lah dalam kereta apa saja yang boleh aku buat kan. Goh berjalan dengan Shelley. Shelley kemudian masuk untuk punch card, hanya Goh seorang yang tinggal kat luar sambil tangan pegang Note 2 nak balas we chat.

Kereta aku dah ngam masuk parkir, tapi aku tak keluar kereta lagi ingat nak ejas sikit lagi. Rapat sangat dengan kereta Goh. Masa ni lah aku nampak ada satu motor yang mencurigakan. Dia jalan bergerak menghala kedai mamak hujung sana bangunan, tapi kemudian u-turn. Aku tengok orang ni, macam bukan orang ofis. Nampak agak selekeh, lepas u-turn dia naik sedikit atas koridor depan ofis.. aku kemudian ingat staff baru nak parkir motor tak pun orang nak tanya jalan. Rupanya dengan satu kerlipan mata, diorang dah rampas Note 2 Goh. erk?!

Aku macam, eh eh..

Aku tekan minyak ala-ala nak langgar motorist. tapi lepas tu aku break. apa kes? diorang macam nak tumbang sket, tapi aku rasa diorang profesional kut. Lepas nak tumbang tu.. steady je terus pecut. Aku panggil Goh naik, then kami kejar .. tapi apakan dia. Dia motor kan. Selit sana sini dah hilang.

Goh nampak pasrah, cuma sedikit ralat aku rasa. Sebab dia keep on saying.. "my picture.." ya dia baru cuti panjang last week and all the image of the vacation ada dalam tu. tsk.

"kenapa u tak hon?" - Goh.

Ok my bad! aku memang ada masalah nak tekan hon. Ini pun masalah gak ni. tak suka hon orang kat jalan, end up bila urgent case otak tu tak laju nak tekan hon.

and that's it.. how the story goes, in split second smile can change to frown. sweet become a bitter taste.

Pengajaran dari kisah?
cuba korang senaraikan sendiri lah eh. KBKK.

tapi ada satu perkara, mula-mula aku regret sebab tak langgar je mamat2 tu. Tapi bila aku fikir dalam-dalam ada hikmah jugak. Buatnya kalau betul aku langgar, then dorang bengang and pecahkan kereta aku pulak.. dah satu hal.

dunia-dunia, seriau!

18 October 2013

Life is like roller coster

Ok serius rindu giler nak taip panjang-panjang. dulu tahan lah tulis separuh jalan, padam. sekarang idea berlambak terbang-terbang dalam otak. tapi tak sempat2 nak tulis. bila sampai kat laptop plak, idea pun dah hilang.

so, check this beautiful write up ni dulu. nicely written. Copy from FB Dr Zarina Zakiah ^__^

* * *

"eh. si xxx da mgandung anak ke 4. kau bila lagi?" senyum.
"kau da beli rumah tak? nnt pastikn rmh tu under nama kau. nnt jadik apa2..at least kau ada rmh". senyum. 
"pergh...dulu sama2 classmate.dah proceed 2nd year master prgm. tak kan kau tak nak amek apa2. chronic mo aje ke?" senyum
"kau gemuk. apa kehal?" senyum
"weih. standard apa weih pakai saga aje?" senyum.

How to escape from rat race.

First of all; why be rat when we are human being?
know our own potential. and always began with the end of mind.

Kalau tujuan hidup nak ada anak 8 dgn badan macam model, kaya rumah siap ada swmg pool n taman tema n phd bduyun2...itu tak mjanjikan kbahagian hidup. tenang ke?ada je rasa weih maybe Enot lagi gempak n bagus. buka facebook, tgk enot beli beg Charcol bnilai jutaan dgn tudung tkini. terus down. 

Yes; the grass is ALWAYS SEEMED greener other side.

but wait a minute: do we really work our lawn to be better? why busy looking to other side?

back to reality. read this loudly : Darjat orang bersyukur lebih tinggi dari orang bersabar.

aku pun rasa debaran. rumah teres dah nak cecah rm1juta. gila apa nk bayar monthly rm5k. mujur asben tarik tangan n cakap kita happy apa duduk rumah sederhana.dpt beli rmh setingkat pun happy. pakai kete saga pun happy. serderhana is the key word. Aku ni haaa. dah tua bangka;di takuk lama tak sambung study. ada limitation. dah lama tak rasa rush. rusty giller. 

lame oh lame. org yg fakir miskin duk fikir nk makan apa, si pelacur fikir mcne nk stop mjual maruah. ada ibu2 yg kena sepak terajang suami setiap hari. tak terbela. org tak dpt carik nafkah. org sakit tlantar lagi.sanggup lagi kita mgeluh cakap kita ni kekurangan itu ini. haish.
yg penting ada dalam maksud hadis: org yg paling baik adalah yg mberi kbaikan dan manfaat pada orang lain.

Gives and we shall received.
bersyukur banyak2 and Allah akan bagi lebih banyak!

life is like roller coster.
so, enjoy this ride of joy. feel this excitement of uncertainty. because in the end,it really does not matter what happen in the future because we trust WHO hold the future. cheers!

* * *

amacam?  chill leh..

satu bersyukur.
dua bersabar.
tiga terus berusaha dan berdoa.