Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

09 September 2014

Soul Pancake

Give the world reason to dance

Ok, i got attached to this new Youtube Channel. (Ok, hari tu wasap, kemudian FB, now adalah youtube. hedo sangat k) So yummeh.. ^.^

Nah, give u all try to taste it.


By the way after hopping one - two video, i start to wonder, who actually is this kid president? Then i found the link below..


And, this is amazing. Create something that make the world awesome!

May this positive vibe, give you better spirit today.

Keep moving peeps!

08 September 2014

Lain orang, lain cita cita

Dalam hidup ni ada macam macam jenis orang. Kita boleh dengar tentang hidup mereka. Tentang cita-cita mereka. Sedikit sebanyak, ia ada yang akan memberi motivasi pada diri kita. Betul, cubalah! Anda akan rasa macam move sikit.

Tapi, perlu diingat. itu cita cita dan apa yang mereka nak capai.. bukan kita. Dengar untuk berkongsi semangat, untuk berkongsi cita2, aku ingatkan.. find yours first. Kalau sama its ok, kalau tak sama.. please dont try to compare yourself. merana~

erm,

contoh terdekat, Edah. passion dia adalah hiking. tengok pada equipment dia pun boleh tau. Yang lebih amazing, dia baru dapat tau last trip to Rinjani, Indon adalah 18 Sept ni. Dan petang tu dia tau, malam tu juga dia book flight (dia tau tu pada 5 Sept). Group yang dia pergi tu, sorang pun dia tak kenal. dia tau deal tu, kawan atas kawan.

Aku macam, jawdrops. Aku pun ada la keinginan sikit. Tapi, mungkin tak seberani dan sepantas itu nak buat decision. Tapi, takkan aku nak hold dia suruh tunggu aku kumpul duit dan bina keyakinan dulu kan kan? Support her, then find our goal.

Kadang rasa macam asal aku ni selalu lambat buat keputusan. Aku pilih untuk menerima diri aku seadanya :) Setiap orang lain lain kan.

ok, cukup la mengarut pagi ni.

07 September 2014

Terapi 2

Apakah niat kami ke Taman Jaya? Nak sambung jogging? pergh fit sangat tu. Bersenam ni mana boleh paksa sangat, kang injured siapa susah? Lepas naik bukit, pi jogging? Memang tak la..

Sebenarnya Edah tu la..
#recap perbualan dia sebelum berundur diri dari makcik umo 67.
"Ni lah orang melayu, lepas bersenam pegi roti canai"
"Eh, taklah i pun sama. Sana Raju punya roti canai so fluffy, but now getting expensive. lama tak pergi"
"Oh ya ke? berapa dia jual roti canai dia?"
"i dont know now, long time didnt go anymore"
"oh, ok takpelah auntie, we go first. See u again later :)"

Dalam perjalanan ke kenderaan.
"Kak, kita sambung kat taman jaya, jogging seround pastu pekena laksa dia"
"Nak jogging lagi?"
"Taknak jogging tak pa kak, tapi laksa tu kena. Kita jumpa taman jaya ye kak"
Dah agak dah budak ni.

Sampai Taman Jaya, makan sarapan kami, mee rebus, mee rojak, laksa. Habis main course sambil berborak layan rojak buah plak. Nampak tak bukan main lagi, bersenam pastu cover balik makan pun taknak kalah. Lepas makan Edah dapat tau plak pasal ada orang menyewakan roller blade kat taman tu, mula dah eksaited. Aku syak tahap keterujaan dia bertambah ni disebabkan dia jumpa Muqarabin (yang naik everest) hari Jumaat baru ni.

"Jom ar try kak.. saya tak pernah main"
"Akak pernah dah masa kecik, awak pi la try. Lebih kurang je ngan ice skate"
"Kak, segan la saya nak main sorang, jom la teman skali saya belanja eh"

Entah macam mana aku terpedaya dan tumpas jua. Layan juga la si Edah ni main. Yan memang awal-awal takmau, kata dia dulu masa kecik dia pernah jatuh terlentang masa main roller blade ni. Sejak tu, dia tak berani langsung nak try lagi.

Last aku main kasut roda ni, masa sekolah rendah. Betapa lamanye tu. Take time jugak la nak ambil first move tu. Dan, dengan bangganye aku maklumkan, even aku berjaya meluncur atas simen tu, tapi 3 kali jatuh ke belakang, sekali jatuh kedepan. Huargh~

Bagi yang berminat nak try aktiviti ni, boleh lah pi Taman Jaya Sabtu or Ahad. Aku tak sure dia buka all day long ke macam mana, tapi aku pergi tu pagi lah. RM5 per 30 minit. Menurut adik tu, based diorang kat Titiwangsa.

Umur dah makin meningkat ni, aku bagi peluang je mana yang ada untuk aku cuba. Hari tak pernah berulang pada hari sebelum. Masa kita makin suntuk. Lets give ourselves a try. No worried, InsyaAllah everything will be fine.


Things doesnt kill u make u stronger, isnit? Kthnxbye

06 September 2014

Terapi

Bagi seorang manusia yang pekerjaannya adalah berhadapan dengan mesin alias komputer. Maka, terapi untuk mengembalikan rasa sihatnya.. (a.k.a) menghilangkan stress adalah dengan berjumpa manusia :)

Pagi ni berjaya jugak melawan rasa malas dan ingin bermalasan. Jam 7 bergerak ke bukit gasing. Setelah dihitung kira, ikut trail landai dari bawah sampai ke peak mengambil masa 50 minit. then 10 minit rileks kat atas layan bergambar. Hmm, standard lah kan?  Dari puncak Bukit Gasing boleh lah nampak pembangunan kondo baru kat belakang Pantai Dalam. Lepas puas bergambar, bergerak lah turun.





gambo over belaka menangkap gambar alam.

Sikit lagi nak sampai bawah, terserempak dengan adik ni dengan ayah dia. Ayah dia baru nak start trekking, tapi adik ni da buat hal pulak dia nangis taknak masuk lagi kedalam, so kitorang pun offer la kat pakcik tu, tunggu kan anak dia kat luar hutan. Sambil menunggu abah dia pi masuk bukit gasing, kami pun duduk la dengan adik tu kat taman permainan kat bawah tu. Adik tu layan perasaan kat buaian. Edah yang bermulut manis dah lepak kat tepi batu refleksologi dengan makcik cina, nampak rancak perbualan diorang.

Lebihan masa tu, aku pun practise la sikit2 lunges dan plank. Pastu Yan ni suruh aku buat sit up. What?! tak naik kut aku buat !== grr.

"Yan, awak try buat lah" pastu Yan tunjuk contoh. pergh, stedi beb! *nangis sebab tak dapat buat sit up*
"Wah hebat lah" tiba-tiba seorang kakak cina ni bersuara, sekali imbas aku agak umur dia dalam 30-an. Dia memang duduk berhampiran sejak kitorang sampai tadi.
"Saya tak boleh buat, even one pun. Perut dah buncit" Aku sambil tu usha sikit perut kakak tu, pastu aku dan Yan saling berpandangan. Dua-dua pun macam, 'kalau perut kak macam tu dah buncit, perut kami taktau la level apa'

!==

Lepas tak berjaya buat, aku paksa Yan habiskan 10 sit up, success! Sebab frust aku pun layan plank jap. (30 saat je mampu, adeh!)

"Ini untuk apa?" kakak tadi masih berminat dengan aktiviti kitorang.
"Nak tegangkan perut" - Yan
"Yang ni saya pertama kali tengok, hari ni saya sangat lemah. Banyak benda tak nak buat, tapi saya nak cuba yang ini" kakak cina turun dari duduk dan mula membuat plank macam kami.
Impressive, dia boleh buat seminit dalam percubaan pertama. *nangis lagi kuat*
"Saya tak rasa anything dekat perut, tapi my lower back got ache" beberapa kali dia duk tanya betul tak posisi dia, takut sebab salah posisi then dia sakit di tempat yang salah. Kitorang pun senyum je. Haha! Dasar! buat sebab disuruh buat (untuk training), bila orang nak detail menggagau.

Lepas habis bersenam ringan dan abah kepada adik tadi pun dah sampai, kitorang pun bergerak meninggalkan perkarangan Bukit Gasing, menuju ke Taman Jaya.

*chinese is no doubt the best race when it comes to health. Da several bukit aku pergi, memang dominasi dia cina lah. Kuat bersenam diorang ni. Makcik yang sembang ngan edah tu, 67 tahun umur dia. Takda joint problem! ok, salute!
**Tapi Sarah, kenapa kau malas?! Buncit! Kbai, bersambung esok :P

05 September 2014

random rant

Ronda FB, terserempak status senior sekolah. Sorang kakak, tua setahun. Ke Sydney berbekalkan monopod dan GoPro.

aku macam, *jawdrop* WHAT???

aku terus menjelajah air asia plak. ok pergi balik 1.2k. (set date setahun akan datang)

hmm..

sebenarnya aku adalah tak seberani itu.

Sekian.

nota kaki: ok malam ni wedding dinner cath n jackson tan! looking forward to see PJS Office friend. :)