Sebenarnya Edah tu la..
#recap perbualan dia sebelum berundur diri dari makcik umo 67.
"Ni lah orang melayu, lepas bersenam pegi roti canai"
"Eh, taklah i pun sama. Sana Raju punya roti canai so fluffy, but now getting expensive. lama tak pergi"
"Oh ya ke? berapa dia jual roti canai dia?"
"i dont know now, long time didnt go anymore"
"oh, ok takpelah auntie, we go first. See u again later :)"
Dalam perjalanan ke kenderaan.
"Kak, kita sambung kat taman jaya, jogging seround pastu pekena laksa dia"
"Nak jogging lagi?"
"Taknak jogging tak pa kak, tapi laksa tu kena. Kita jumpa taman jaya ye kak"
Dah agak dah budak ni.
Sampai Taman Jaya, makan sarapan kami, mee rebus, mee rojak, laksa. Habis main course sambil berborak layan rojak buah plak. Nampak tak bukan main lagi, bersenam pastu cover balik makan pun taknak kalah. Lepas makan Edah dapat tau plak pasal ada orang menyewakan roller blade kat taman tu, mula dah eksaited. Aku syak tahap keterujaan dia bertambah ni disebabkan dia jumpa Muqarabin (yang naik everest) hari Jumaat baru ni.
"Jom ar try kak.. saya tak pernah main"
"Akak pernah dah masa kecik, awak pi la try. Lebih kurang je ngan ice skate"
"Kak, segan la saya nak main sorang, jom la teman skali saya belanja eh"
Entah macam mana aku terpedaya dan tumpas jua. Layan juga la si Edah ni main. Yan memang awal-awal takmau, kata dia dulu masa kecik dia pernah jatuh terlentang masa main roller blade ni. Sejak tu, dia tak berani langsung nak try lagi.
Last aku main kasut roda ni, masa sekolah rendah. Betapa lamanye tu. Take time jugak la nak ambil first move tu. Dan, dengan bangganye aku maklumkan, even aku berjaya meluncur atas simen tu, tapi 3 kali jatuh ke belakang, sekali jatuh kedepan. Huargh~
Bagi yang berminat nak try aktiviti ni, boleh lah pi Taman Jaya Sabtu or Ahad. Aku tak sure dia buka all day long ke macam mana, tapi aku pergi tu pagi lah. RM5 per 30 minit. Menurut adik tu, based diorang kat Titiwangsa.
Umur dah makin meningkat ni, aku bagi peluang je mana yang ada untuk aku cuba. Hari tak pernah berulang pada hari sebelum. Masa kita makin suntuk. Lets give ourselves a try. No worried, InsyaAllah everything will be fine.
Things doesnt kill u make u stronger, isnit? Kthnxbye
No comments:
Post a Comment