Pagi ni berjaya jugak melawan rasa malas dan ingin bermalasan. Jam 7 bergerak ke bukit gasing. Setelah dihitung kira, ikut trail landai dari bawah sampai ke peak mengambil masa 50 minit. then 10 minit rileks kat atas layan bergambar. Hmm, standard lah kan? Dari puncak Bukit Gasing boleh lah nampak pembangunan kondo baru kat belakang Pantai Dalam. Lepas puas bergambar, bergerak lah turun.
gambo over belaka menangkap gambar alam.
Lebihan masa tu, aku pun practise la sikit2 lunges dan plank. Pastu Yan ni suruh aku buat sit up. What?! tak naik kut aku buat !== grr.
"Yan, awak try buat lah" pastu Yan tunjuk contoh. pergh, stedi beb! *nangis sebab tak dapat buat sit up*
"Wah hebat lah" tiba-tiba seorang kakak cina ni bersuara, sekali imbas aku agak umur dia dalam 30-an. Dia memang duduk berhampiran sejak kitorang sampai tadi.
"Saya tak boleh buat, even one pun. Perut dah buncit" Aku sambil tu usha sikit perut kakak tu, pastu aku dan Yan saling berpandangan. Dua-dua pun macam, 'kalau perut kak macam tu dah buncit, perut kami taktau la level apa'
!==
Lepas tak berjaya buat, aku paksa Yan habiskan 10 sit up, success! Sebab frust aku pun layan plank jap. (30 saat je mampu, adeh!)
"Ini untuk apa?" kakak tadi masih berminat dengan aktiviti kitorang.
"Nak tegangkan perut" - Yan
"Yang ni saya pertama kali tengok, hari ni saya sangat lemah. Banyak benda tak nak buat, tapi saya nak cuba yang ini" kakak cina turun dari duduk dan mula membuat plank macam kami.
Impressive, dia boleh buat seminit dalam percubaan pertama. *nangis lagi kuat*
"Saya tak rasa anything dekat perut, tapi my lower back got ache" beberapa kali dia duk tanya betul tak posisi dia, takut sebab salah posisi then dia sakit di tempat yang salah. Kitorang pun senyum je. Haha! Dasar! buat sebab disuruh buat (untuk training), bila orang nak detail menggagau.
Lepas habis bersenam ringan dan abah kepada adik tadi pun dah sampai, kitorang pun bergerak meninggalkan perkarangan Bukit Gasing, menuju ke Taman Jaya.
*chinese is no doubt the best race when it comes to health. Da several bukit aku pergi, memang dominasi dia cina lah. Kuat bersenam diorang ni. Makcik yang sembang ngan edah tu, 67 tahun umur dia. Takda joint problem! ok, salute!
**Tapi Sarah, kenapa kau malas?! Buncit! Kbai, bersambung esok :P
No comments:
Post a Comment