Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

28 November 2014

Missing

Missing adalah hilang. Missing adalah rindu.

ok. ada rindu.

sobs.

27 November 2014

teh caramel.

disebabkan opis yang begitu sejuk mengalahkan suhu musim sejuk di korea (bajet pernah ke korea), aku yang berkulit tipikal Malaysia amatlah tidak mampu menahan kesejukan tersebut.

aku decide nak buat air panas. disebabkan dalam fasa nak kurang kan caffein, maka aku rasa kopi/ bercirikan neskepi haruslah dielakkan. Aku selak drawer ada teh ahmad perisa lemon. ahha~ nice timing.

bancuh la seuncang teh ahmad. lalu duduk la siap siaganya aku dengan kaki dah tambah pashmina kasi hilang sejuk. minum seteguk, macam tak boleh brain air tanpa gula. dek kerana malas, aku buka drawer sekali lagi. ada gula gula cloud 9 perisa caramel. mihmih.

satu uncang teh ahmad perisa lemon + 2 biji gula-gula cloud 9 perisa caramel.

selamat mencuba :)

jangan muntah dengan rasa dia yang autentik itu k!

*rupanya gula-gula dan gula tak sama !==

Cerita hari sebelumnya.

Aku rasa, memandu pulang ke rumah, sambil layan view matahari nak menghabiskan shif hari ni adalah indah.


layan sorang.
kadang ada nur menemani dengan voice note dia yang lagu mesti nak rock tu.
(haish, hilang sentimental ai tau)

kadang aku biar lagu saujana yang lama-lama dulu. phew, feel dia menangkap. Nak nak sampai selekoh nak dekat ss1, warna langit berubah dan azan masjid Kg Tunku mula memenuhkan ruang udara.

Subhanallah!

Maka, nikmat tuhan yang manakah yang engkau dustakan.

Yeah, u know how much i love PJ.
he he.

barang yang lepas usah dikenang, namun sesekali mengintip dari cermin sisi tiada salahnya. :P

26 November 2014

doa.

Ya Allah,

Ampunkan segala dosa-dosaku,
Ampunkan segala amanah yang aku khianati,
Ampunkan segala janji yang aku mungkiri,
Ampunkan segala nikmat dan kesyukuran yang aku kufuri.

ringkas tetapi indah.
reflection.

untuk doa doa kita yang belum dimakbulkan, mungkin ada dosa-dosa kita yang menghijab. jangan lenguh berdoa. kerana mungkin ada hadiah yang lebih baik dari Dia untuk kita. hadiah dari kesabaran kita yang tak jemu berdoa.

25 November 2014

7 Eleven.

Masa aku tengah tunggu Ann bayar barang dia kat 7E, aku nampak ada sorang brader nak masuk kedai. Tangan kanan dia pegang kunci (mungkin kunci kereta), tangan kiri dia aku tak nampak. Aku syak dia sedang pegang sesuatu dan sorok di belakang badan.

Sebaik sahaja dia melepasi aku, aku lihat. Eh, dia kudung!

Aku start amazed.. macam mana lah dia pandu kereta? Power betul. Aku follow dia sampai dia ke kaunter. Kalau tertangkap sedang usha, pastilah lekas-lekas aku pandang Ann yang berada berhampiran.

"Dik, kasi Malboro satu"

Ok. hmpfh... (nak kena amazed gak tak part yang ni?)