Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

25 November 2014

7 Eleven.

Masa aku tengah tunggu Ann bayar barang dia kat 7E, aku nampak ada sorang brader nak masuk kedai. Tangan kanan dia pegang kunci (mungkin kunci kereta), tangan kiri dia aku tak nampak. Aku syak dia sedang pegang sesuatu dan sorok di belakang badan.

Sebaik sahaja dia melepasi aku, aku lihat. Eh, dia kudung!

Aku start amazed.. macam mana lah dia pandu kereta? Power betul. Aku follow dia sampai dia ke kaunter. Kalau tertangkap sedang usha, pastilah lekas-lekas aku pandang Ann yang berada berhampiran.

"Dik, kasi Malboro satu"

Ok. hmpfh... (nak kena amazed gak tak part yang ni?)

1 comment:

siskahaidan said...

okay tak jadi nak amazed.