disebabkan opis yang begitu sejuk mengalahkan suhu musim sejuk di korea (bajet pernah ke korea), aku yang berkulit tipikal Malaysia amatlah tidak mampu menahan kesejukan tersebut.
aku decide nak buat air panas. disebabkan dalam fasa nak kurang kan caffein, maka aku rasa kopi/ bercirikan neskepi haruslah dielakkan. Aku selak drawer ada teh ahmad perisa lemon. ahha~ nice timing.
bancuh la seuncang teh ahmad. lalu duduk la siap siaganya aku dengan kaki dah tambah pashmina kasi hilang sejuk. minum seteguk, macam tak boleh brain air tanpa gula. dek kerana malas, aku buka drawer sekali lagi. ada gula gula cloud 9 perisa caramel. mihmih.
satu uncang teh ahmad perisa lemon + 2 biji gula-gula cloud 9 perisa caramel.
selamat mencuba :)
jangan muntah dengan rasa dia yang autentik itu k!
*rupanya gula-gula dan gula tak sama !==
2 comments:
kreatif! tetibe terigt citer coffee prince. haha
weyh tak sedap. mohon jgn cuba. hahaha..
Post a Comment