Masa nak masuk sekolah menengah berasrama adalah agak crucial ye untuk anak remaja 13 tahun. Pertama kali berjauhan dengan keluarga. Ahaha~ crucial ke eh? aku rasa adalah dalam seminggu dua tu. Pastu dah berkawan lupa dah kat mak, ayah adik beradik. (Ok, tapi tetiap kali balik kg, nak balik Ipoh balik, banjir gak la.. :P) Aku rasa sedih, mesti mak lagi sedih kan. Hurm. Sejak dari umur 13 sampai la, memang senantiasa berjauhan dari keluarga. Sobss.
i leave them
Masa aku tahun 1 universiti, aku start usrah ngan Kak Sal, tahun dua aku di pas kepada naqibah lain sebab kak Sal pun toward the end of course dia. Ok, kat situ aku sedih gila. Nape kak Sal leave me T.T Untung tau jadi first naqibah ni, sentiasa ada ruang khas pada hati mutarabi. (haruslah kalau kau perform, kalau tak perform i dont think mutarabbi nak ingat u.. huhu) Then, kak sal habis study.
Leavin me.
Bila masuk kerja, aku kenal dengan first officemate, Kezia. Memang dia la tempat aku bercerita selalunya, sebab orang first kita kenal kat opis kan. :) End up dia pun bertukar kerja ke tempat lain. Hari-hari terakhir dia kat opis adalah hari yang begitu mendung pada tahun 2013 tu. Warrghhhh.. Sampai sekarang pun bila aku ingat moment terakhir dia kat opis aku masih mampu bergenang. Ahaha~
Leavin me.
Kat PJ ni, aku bergerak bersama NGO Ikram. Ketika aku macam terkapai-kapai nak handle banyak benda aku kenal dengan Husna. Alhamdulillah, aku kira Allah hantar husna untuk bantu aku dalam banyak hal. You're the best Una! Tapi tapi... sobs, rupanya pun pinjaman. Sat ja Una mai PJ.. lepas tu dia balik Sabak Bernam, Ah!
Leavin me. again.
Nak citer dia, kalau orang tinggal kita lebih sakit sebenarnya dari kita tinggalkan orang T.T
Tapi, ada satu perkara yang aku belajar dari setiap perpisahan. Aku belajar yang akhirnya aku menjadi lebih kuat untuk menerima perpisahan, dan aku jadi aware yang setiap permulaan dan perkenalan akhirnya akan sampai kepada titik perpisahan jua. So, aku belajar untuk redha. Saja Allah nak hit dengan kesakitan paling dalam, supaya sooner or later it wouldn't bother you any further.
kan kan?
Tengok je lah dari sirah, macam mana Allah test Nabi Muhammad saw, dengan kehilangan bapa saudaranya Abi Talib dan isterinya Saidatina Khadijah in the same year! Both adalah penolong paling ampuh Nabi. Sayap perjuangan! Wah peritnya MashaAllah! Nauzubillah, tak dapat aku nak bayangkan. Dan untuk kesedihan yang perit itu, Allah beri hadiah israk mikraj buat nabi.
Maka, pada setiap keperitan hidup baik disebabkan oleh perpisahan dengan yang tersayang mahupun kepahitan hidup yang lainnya, InsyaAllah Allah dah prepare sesuatu yang lebih indah buat kita.
Lets chin up, peep!
Walau semua orang tinggalkan kita atau kita tinggalkan mereka, Allah tak pernah tinggalkan kita :) Jom, balik pada Allah kawan-kawan.
#bauRamadhan #rinduRamadhan #sampaikanlahKepadaRamadhan
*Banyak lagi la senarai leavin me, and leavin them tapi takkan nak list kan semua kut, kan? :P