yeay~ Alhamdulillah.
Tahun ni punya RYC done! Subhanallah dan Alhamdulillah. The project was run smoothly. Terima kasih untuk semua penderma, sukarelawan dan AJK yang bertungkus lumus menjalankan amanah ini.
Secara keseluruhannya format program adalah sama seperti tahun lepas,
- ziarah prihatin : beri sumbangan kepada keluarga yang memerlukan
- masak bubur
- street dakwah : menyantuni muslim dan non muslim di kawasan terpilih
- mendengar tazkirah selepas tarawih oleh imam dari gol belia
cuma tahun ni,
takde tolong-tolong menyediakan juadah berbuka. Sebab last year kita makan dalam talam, jadi kita tolong susun talam untuk orang buka. Tahun ni, pass kerja pada caterer saja. Jadi dah ringan sikit kerja.
dan takde juga program motivasi untuk pelajar KAFA. (as last time ada pun sebab kita JV ngan pengurus DUN Kota Damansara.. dan tahun ni takde, so kita banyakkan rumah untuk ziarah, dan buang projek motivasi)
[Tidak semua yang memerlukan itu miskin.]
Tahun ini, aku tak lagi ditugaskan untuk membuat ziarah prihatin di Lembah Subang (yang sungguh memilukan tahap kedhaifannya)
Tahun ini, aku dapat task untuk melaksanakan ziarah prihatin ke Damansara Bestari. Dan fokus bukanlah untuk warga miskin, tetapi orang O.K.U dan ibu tunggal.
Ada 5 rumah yang kami lawati sepanjang ziarah tahun ni. pelbagai kisah masyarakat dan warga emas khususnya. Kisah makcik yang strok sebelah badan, kisah makcik ibu tunggal anak 7, kisah makcik yang husband kena strok, menyara husband dengan jual nasi lemak pepagi. Anak pula, dua orang ibu tunggal, masa dia menyatakan kerja menantunya.. ada getar dan ada butir jernih pada tubir mata. Allahu~ besar dugaan makcik. Semoga sumbangan sedikit ini dapatlah membantu meringankan sikit beban makcik2 semua.
[Inilah cinta hingga hujung nyawa.]
Tapi dalam lima itu, ada satu pasangan yang mencuit hati. Pak Ayob dan isterinya. Pakcik rambut dah putih, pendengaran pun dah tak begitu bagus. Makcik pula mengalami strok, dia cakap lambat-lambat, nak bergerak pun bergetar-getar seluruh badan. Tapi makcik murah senyum. Aku kagumkan dengan Pak Ayob. Selalu kita lihat, isteri yang selalu sabar ketika menjaga suami yang sakit (teringat makngah dan pakngah di kampung) tapi untuk kes pak Ayob. Suami yang menjaga isteri. Kedua-duanya pun telah berusia tua. Tapi saling menjaga. Anaknya ada tiga, masing masing tidak duduk bersama, samada tinggal berasrama mahupun telah berkeluarga.
"Makcik boleh makan sendiri ke pakcik?"
"Boleh macam tu lah.. tapi bersepah sikit lah kalau dia makan sendiri"
"Alahai kesiannya, pakcik tak suapkan ke?"
"Tinggal berdua je, pakcik pun nak makan jugak. Dia boleh makan sendiri."
kemudian menyambung..
"Tapi kalau balik kampung ke, depan ramai orang ke, pakcik suapkanlah. Nampak sikit macam suami mithali ye dak?" sempat pak Ayob berseloroh.
haha.
Sebelum beransur pulang, jom bergambar pakcik!
"ha, mari saya peluk awak sket.. diorang nak tangkap gambar ni"
[Ramai lagi anak muda yang baik.]
Disaat banyaknya masalah gejala sosial mahupun kisah anak-anak muda yang berantakan kehidupannya. Sebenarnya, masih ramai lagi anak muda yang sukakan aktiviti berkebajikan dan kesukarelawanan. Hanya tinggal kitalah yang perlu memperbanyakkan lagi platform untuk mereka bergerak. Kadang-kadang, mereka tak tau dimana perlu bermula.
Bergambar ngan pakcik kedai gambar
Semoga Allah beri yang lebih baik dalam kehidupan pakcik
Kitalah yang perlu memberi ruang, dan menyediakan satu medan yang boleh kita celupkan dengan celupan Islam yang indah.
Semoga amal sedikit ini Allah pandang.
Terima kasih juga untuk adik-adik bulatan. Semoga kita sama-sama istiqamah dalam beramal.
Bi, Edah, Su dan Nina! masih sabar menanti yang lain-lain juga menyertai rentak ini.
Projek 11 Ramadhan 1436H.
Sekitar Petaling Jaya.
Bumi Cinta~~
mihmihmih..