Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

29 September 2015

Tazkirah Hati untuk Pemuda masa depan

Aku dapat cerpen ni melalui salah satu group wasap yang ada. tapi ternyata menusuk. 
tusukannya dalam. dan,

hurm, baik korang bacalah sendiri.. senang citer.

Smoga bermanfaat.


*   *   *   *   *

Watak:

Hafiz: A boy. The very tiptop bab agama.

Nur: A girl. The very the solehah (baru hijrah).

Table usrah dibuka. Satu demi satu perkongsian dikupas.

Tiba satu soalan, "Abang Hafiz, cane nak jaga hati?" 

Hafiz sengih. Typical random one.

"Jaga hati, ye? Hati ni.. tempat jatuhnya pandangan Tuhan pada kita. As we know, Dia tak tengok rupa, harta, darjat kita. Dia tengok hati. Back to the question, hati kita akan terjaga hanya bila kita jaga 3 anggota ni. Iaitu, mulut, telingat dan mata. Yes, including ikhtilat. Betapa ramai yang mampu jaga aurat sempurna habis, tapi ikhtilat aci redah? Tak dapat kira dengan jari dah. Sebab ramai sangat. So, nak jaga hati, bukan senang. Perlu mujahadah. Perlu ada tembok yang memisahkan antara hati kita dengan ajnabi sebelum sampai masa. Elakkan tengok dan dengar benda-benda maksiat. Contohnya, orang tak tutup aurat and so on. Iman kita bukan tinggi mana. Jadi, jaga lah."

"Mesti abang Hafiz tak pernah terbuai hati dengan ajnabi kan. Sebab abang selalu jaga pandangan bila tengok perempuan tak tutup aurat."

Hafiz sengih.

"Brothers in Islam, ingat yang jaga pandangan tak tengok perempuan seksi ni memang confirm terjaga hati ke?" Hafiz serius.

"Lelaki yang jaga pandangan, akan diuji dengan hadirnya perempuan solehah, yang menutup aurat betul-betul."

Hafiz pejam mata. Istighfar banyak kali. Sebak.

Few years ago..

*****************************************

Hujan. Hafiz bergegas ke stesen bas untuk berteduh. Tiba-tiba bunyi macam.. suara apa mendayu-dayu ni. Haih banyak kali Hafiz istighfar. 

Hafiz tengok sekeliling. Tiba-tiba ternampak seorang gadis berpayung. Terus dia tundukkan pandangan. Tapi suara tu jelas kedengaran. 

Nur selesaikan bacaan Quran dengan doa. Hujan masih takde tanda-tanda nak berhenti. Nur  tengok sekeliling. Tiba-tiba dia ternampak Hafiz. Hafiz tunduk..

Tiba-tiba Nur rasa tak selesa. Sebab nampak macam berdua-duaan. Lagipun Hafiz pakai hoodie dengan cap. Mau tak seram. And so.. dia redah je hujan tu.

Hafiz pandang sekilas. 

"Cantik." Tu je yang keluar dari bibir kaku Hafiz.

"Argh! Istigfar Hafiz!" And so.. dia terus istighfar lagi dan lagi.

Esoknya..

Hafiz pergi library. Saja nak lepak. Kat bilik roommate duk memekak lagu Korea. Kat library, heaven, takde orang nak kacau.

Nur buat muka selambe masuk library tanpa pass-card. And she succeed. Ambik port paling cun, tepi tingkap, tersorok, aircond betul-betul atas kepala. And she started to recite the Surah Al Fath. Suara slow, maintain. Nak kena ingat surah ni sebelum esok. 

But.. Hafiz pasang telinga.

"Macam kenal suara ni.."

Rupanya port Nur lepak dengan port Hafiz bersebelahan je. Cuma tembok dengan rak buku. 

Tiba-tiba ada suara halus dalam hati Hafiz untuk tegur minah sebelah tu. Boleh buat member tasmi' bacaan. At first, was was. Lastly, terjerat.

"Assalamualaikum?"

Nur teruskan bacaan. Tak dengar barangkali.

"Err miss?" Hafiz try lagi.

"Already a MADAM!" Nur bangun dan blah.

Waktu tu Hafiz rasa macam nak terjun bangunan. Pangg kena atas dahi aaa. Dah bini orang dah pun. Banyak kali dia istighfar..

Nur sengih. Bagi dia, tadi tu was just an attempt nak mengorat. Ha ha. But then.. "Mungkin dia ada niat lain? Bukan niat nak ngorat?" Dup!

And so.. takdir.

Hafiz dan Nur dipertemukan dalam satu meeting. Program forum "Islam hanya di IC" both representing each's club.

Nur dengan perangai cepat lupa dia memang dah tak ingat dah Hafiz. 

Hafiz.. maunya tak ingat. Memang kena kaw kaw atas dahi haritu. Dah tobat dah, takmo dah.

The meeting went well. Hafiz interact professionally still jaga syariat sama je dengan Nur. Both menjaga. Tapi Hafiz, still rasa terpukul.

Satu hari atas sebab kerja, Hafiz WhatsApp Nur. Pung pang pung pang sampai pukul 12. 

Nur selambe je read tapi tak reply, bluetick, online.

"Sokay. Reply tahun depan pun takpe MADAM Nur." -Hafiz.

Nur dumbfounded. "Aik? Dia ni tak faham ke dah pukul 12 ni. Ishhh"

The next morning, "for your information, I'm still a
miss. And semalam dan exceed the limit. You know right. Never mind. Proceed dengan urusan kerja." -Nur.

Hafiz baca sekali dua, tiga, empat kali. "Budak ni biar betul. She must be lying to me that day. Sebab nak jaga diri." Hafiz sengih.

Program dah selesai. And the usahasama dah habis. Hafiz berkira-kira nak WhatsApp ke tak and at last..

"Sorry kalau ada buat salah pape." 

Nur reply, "K"

Hafiz reply, "K? Potassium?"

Eh mamat ni. "Ingatkan cyanide." Nur replied.

And so.. bermulalah kisah baru. Saling  berbalas WhatsApp. Saling berkongsi idea cerita sirah-sirah Nabi. 

That term ((romantik islamik))

Satu hari, Nur cari port untuk hafaz Quran. Lately she felt so not good. Hafaz tapi tak lekat kat kepala. Port cun, atas kerusi bawah pokok.

Dan takdirnya.. 

Port cun tadi exceli port dak-dak usrah duk lepak berbulatan gembira. Tetiba.. dia terangkut sekali masuk bulatan.

Nur tanya kak Yuliza, the naqibah.

"Akak. nur hafaz Quran, tapi tak lekat. Cane eh?"

"Lupa nak baca Bismillah kot."

Gelak berjemaah ..

Dah stabil semua, kak Yuliza tanya, "Cuba throwback, ada tak nur buat something yang Allah tak redha?"

Nur senyap.. Dup! Ada.. kot?

Kak Yuliza sambung.. "there must be something yang kita buat sampai Allah tegur kita macamni. In a way we could not tell."

Nur: "nur.. ada suka sorang mamat ni."

Kak Yuliza senyum. 

Nur: "Tapi.. nur dengan dia takde pape pun. Just kawan."

Kak Yuliza: "Kawan macamana tu?"

Nur: "Kiteorang selalu share kisah-kisah agama. Helping each other. Sebab nur kan baru je hijrah. Dia tu memang sejak sekolah lagi dididik agama."

Kak Yuliza: "Let me ask something, selalu contact?"

Nur: "Selalu la jugak. Sebab kiteorang buat program kerjasama."

Kak Yuliza: "Jujur. Discuss urusan kerja je?"

Nur senyap..

Nur start rasa bersalah. Dia tau je, selama ni dia deny the fact that ikhtilat still exist even dalam kerja. Selagi boleh elak, kena elak.

Kak Yuliza: "Sister, do you love him?"

Nur: "Kind of.. no. But yes. Hm"

Kak Yuliza: "If you truly love him, jangan jadi penyebab dosa dia bertambah. Betul, cinta tu fitrah. Tapi, kalau FITRAH disalurkan di jalan FITNAH, tu boleh jadi dosa. Cinta tu asalnya suci. Kita, manusia yang cemarkannya dengan jadikan cinta tu cinta haram, cinta fitnah, cinta dosa."

At 3.00 a.m Nur bangun. Qiyamullai.

Semua benda dia buat rasa tak kena. Atas sejadah dia menangis dan menangis.. sampai Subuh.

*****************************************

After a few weeks, Nur buka phone. Beratus misscall. WhatsApp jangan cakap. 100++ check satu satu, mostly nama sama je yang tertera kat phone.

Nur tekadkan hati. She must help Hafiz.

Nur: "Hafiz, kau selesa ke dengan keadaan camni?"

Hafiz: "Eh hilang ke mana? Apakepelik soalan tu?"

Nur: "Random."

Hafiz: "nur, are you okay?"

Nur: "And if I said I'm not, what will you do?"

Hafiz: "nur.. what? Tell me. Please"

Nur: "Aku tak selesa. And I guess, you too. I want the old you."

Hafiz: "Apa ni nur.. cuba cakap bahasa Hafiz faham. Jadi macam dulu? Dulu cane?"

Nur: "Waktu hati Hafiz masih terjaga. Saya taknak jadi penyebab dosa awak bertambah. So please, be like the old you, yang terjaga hati."

Hafiz speechless.

Hafiz: nur give me time."

Nur: "Take your time. Jangan contact saya lepasni. If its true that you love me, come, meet my dad and make me yours. Salam."

Nur nanges.
Hafiz nanges.

Both hurts.

"What hurts the most is probably, letting go the person you love the most."

Hafiz WhatsApp Izaha, "Brother, need some help."

Izaha: "Sure. How?"

Hafiz: "Meet me. Port biasa at 2.00 p.m. Urgent!"

Hafiz dengan muka serabut mengalahkan orang mati bini duduk sebelah Izaha. Izaha sengih.

Izaha: "Stress pikir pasal Ummah ke duh?"

Hafiz geleng. Muka serius, tegang sangat.

Izaha: "Okay, silap timing. So wassup?"

Hafiz: "I knew a girl, and I'm in love."

Izaha: "Firstly, tahniah sebab berjaya buktikan yang kau lelaki sejati sebab suka perempuan."

Hafiz jeling. 

Izaha: "woo woo hold on. So the problem is?"

Hafiz: "Silap step."

Izaha: "Already langgar the pant
ang larang?"

Hafiz: "Kind of.. I know but its just.."

Izaha: "Benda dosa memang seronok buat."

Hafiz speechless.

Izaha: "Look.. kau belajar agama, kau dakwah situ dakwah sini. Tapi ha
ti tak jaga. Its like, ketuk tin kosong? Bunyi je kuat. Isi? Kosong."

Izaha sambung: "May I proceed? Kang aku proceed, lebam mata aku."

Hafiz: "Proceed."

Izaha: "Kau suka dia? I mean betul betul betul suka dia?"

Hafiz: "Sangat? I thought of making her as my wife dah."

Izaha: "Then I bet, you must be so serious."

Hafiz: "Truly."

Izaha: "But this is not the right way. There's still gap between you and her. Ikhtilat. Kan? Eventho both of you dah tunang pun, still, ikhtilat still exists."

Hafiz: "Aku just nak tolong dia dalam hijrah dia je."

Izaha: "Tolong sampai buai hati dia? Sampai dia jadi lagha? Useless. Allah tak berkat! You shouldn't be worrying of future. Allah dah tulis cantik siap-siap dah kau berjodoh dengan siapa, maybe anak sultan ke sape ke. Who knows? If you truly love her and thought of making her as your wife, then please don't mess with her heart now. Hold dulu. Lepas nikah, sukati."

Hafiz betulkan duduk.

Hafiz: "But I'm.. not contacting her, makes me suffer."

Izaha: "Elok je aku tengok kau hidup sebelum kau jumpa dia dulu." 

Izaha sengih 

Izaha sambung: "Aturan Allah tu perfect. Terpisahlah jauh mana pun, kau kat Malaysia, dia kat Zimbabwe pun, kalau dah jodoh, takde sape boleh halang. But now.. prepare yourself first. Jangan nak semakkan sangat hati dan fikiran dengan masalah cinta. Ummah needs us, too. Wake up brotha! Hafiz, aku respect kau sebagai orang yang jaga agama. Tapi, kalau kau buat ceni, jadi fitnah buat agama. Buat diri kau, diri dia. So please. Respect each other as someone yang menjaga agama. Orang tengok kita weyy, sebab kita belajar agama. Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Got me not?" 

*Izaha siku bahu Hafiz*

Hafiz: "Aku dah lama tak tahajjud."

Izaha: "Sebab?"

Hafiz: "Tak terbangun."

Izaha: "Allah taknak kejut kot?"

Hafiz: "hmm.. "

Izaha: "ops! .."

Izaha sambung: "Last ayat-ayat cinta, jaga hati, jaga agama. Kita bawa imej Islam. So wherever we are, orang akan tengok.. So, behave! Practice Islam."

"Abang Hafiz? Are you there?"

Hafiz: "Ah uh oo here here. Haha sorry. Kat mana tadi?"

"Cane nak jaga hati?"

*Hafiz sengih* "Jaga hati.. dengan alert yang Allah tengah perhati dan malaikat akan mencatit. Barulah ada rasa malu bila nak terbuai dengan benda dosa."

The end. 

Conclusion: wahai awak yang jaga agama, benda dosa memang seronok buat. So beware. Jaga hati, jaga iman, jaga ikhtilat. I was just sharing stories. Not my story to be exact, but I guess that is what happened these days. Take whats good, ignore whats bad.

Muhasabah diri bersama. Burn bersama-sama. Moga bermanfaat. Perbaiki diri bersama-sama. InshaAllah.

Cc : org yg mbawa agama. Bawa panji2 islam.

idea oh idea

masuk kereta.

start enjin. kereta bergerak. layan mp3 nasyid lama.
atau lagu-lagu pop anak remaja.
idea menulis pun datang menderu bak air bah.

laju!
kira-kira di jalin-jalin mampu siap satu post jugak lah.

sampai rumah.
letak beg.
buka laptop, fb.

lepas setengah jam browse,
"eh kenapa nak buka laptop tadi eh"

lupa dah semua idea.

kbai.

25 September 2015

hidayah seorang mekanik :)

The matter with time.

Menjejaki umur yang makin meningkat. bisnes kita dah tak main-main macam few years back. (walaupun hakikat sepatutnya jadi muslim memang takde masa nak bermain-main)

Umur makin meningkat, semakin singkat masa kita di dunia.
Tak lama dah akan di jemput untuk kembali menghadap Sang Cinta.

Tadi pagi suddenly aku tengok cerita Mekanik (1983). Biasanya aku tak gemar tengok cerita lama, (macam cerita P. Ramlee, not in my list, ahaha), tapi tak dapat di nafikan.. aku memang paling suka tengok TV bahasa apa pun, boleh layan. Asalkan tengok TV, and itulah the most aktiviti yang aku akan buat waktu cuti sekolah/semester dulu kala (selepas aktiviti chatting di laman sesawang)

Berbalik pada cerita mekanik, aku layan sebab rasa macam travel back using time machine, to the time we didnt even exist yet (Aku lahir 87). Selain editting style yang belum cukup matang macam sekarang, enjoy the movie sebab few years back aku pernah search tentang Mimaland. Taman Tema terbesar di Malaysia once upon a time, dan telah ditutup pada 1993 sebab kejadian beberapa kes (kematian, dan leaking pada pool). Citer mekanik ni antara filem yang sempat buat rakaman berlatar belakang kan Mimaland.

Hero citer ni, haruslah hero kegemaran ramai tahun 80-an, Azmil Mustapha.

Sebenarnya not much pun yang aku nak komen pasal Mekanik. Sebab cerita dia takde lah outstanding sangat, aku cuma amazed dengan how Azmil has changed nowadays.

Hidayah Allah kan.

Aku pernah pergi ceramah yang Azmil adalah the speaker. Dan masa tu dia ceritakan how the Hidayah came. Touched.

Berkali-kali kisah saat hidayah singgah dan manusia menjadi lebih baik menjengah jendela hidup seorang Sarah. Dan berkali kali juga aku duduk tersentak. Mereka menjadi lebih baik dari kita yang sejak sekian lama membesar dengan kehidupan yang baik yang telah ibu ayah sediakan.

Mengapa?

Adakah benar hidayah telah sampai pada kita? atau sekadar ikut ikutan.
Nauzubillah.

Menghayati kembali pengorbanan Nabi Ibrahim a.s,
moga jahiliah yang telah lama beraja dalam diri
berjaya kita korbankan dalam jalan menuju tuhan ini.

Salam Aidil Adha.

xoxo, Sarah.

20 September 2015

detik cemas.

Tadi jam 8.50 malam aku dan kak siti barulah terhegeh hegeh nak balik kampung. walaupun asalnya da plan nak balik sabtu siang, malam jugak sudahnya bergerak. Sebabkan siang tu masa pergi kenduri akikah anak sofwah aku yang drive, maka malamnya aku kasi chance lah kak siti plak drive kan. PJ ke Sg Buloh, Kuala Selangor dalam sejam je.

Maka aku pun standby load makanan yang banyak sekali ye. Hehe, sebagai co-driver kan kena la banyak stok makanan. gitu. Permulaan perjalanan rancak lah aku makan, lepas je tol setia alam, aku dah sedar tak sedar. ahaha. Aku perasan kak siti pun nampak mengantuk sikit. Bila dah area Kapar, aku minta exchange. Dalam pada aku berkhayal, kak siti speed cam biasa, jalan meru kan panjang dan sibuk. Tiba-tiba dia brake.

jeng jeng.

Okey, live eksiden in front of the eye. Aku yang benarnya tak perasan, sebab aku main henfon/ mengantuk/ tengah makan. Tapi bila kak siti brake mengejut, aku terus tengok dia, muka dia terkejut. Aku kalih pandang ke depan, nampak ada perempuan kat bawah kereta depan tengah menggelupur. Pastu ada asap2. Fresh eksiden. Ok, terus aku ngan kak siti hilang mengantuk. Kak siti lak terus2 nak keluar dari kereta nak tolong mak cik yang eksiden. Sebab kereta depan tu lelaki, pastu dia tengok xde pempuan lak kat situ. Tapi seb baik kereta dari arah bertentangan minta kak siti ke tepi. Baru perasan belakang kitorang jalan dah jem teruk. Terus letak vijay ke tepi. Park dan keluar ke scene.

Balik kampung pun aku nak pakai kot labuh, feel2 detektif sikit lah memalam nih. Memula kitorang keluar jumpa isteri dan anak perempuan kepada kereta viva. Aku tengok kereta dia kemek gak la belakang. Anak dia nangis2, dia cakap dia pun nangis lepas berlanggar. Beberepa keterangan di ambil, then kami terus kepada tapak kejadian. Nak tengok keadaan makcik yang tersadai atas jalan tu kan.

Bila sampai kat tapak kejadian, tengok-tengok dah ada kakak yang tolong makcik tu. Makcik tu nampak tak stabil, beberapa kali cuba bangun, tumbang balik. Dan beberapa kali gak menggelupur. (Ok yang ni aku teringat masa Fikri eksiden dulu, gitu gak le perangainya) Kak siti kata maybe brain shock. Hmm, boleh jadi! Tak lama lepas tu terus sampai ambulans dari Hospital Tengku Ampuan Jamaah, Klang. Laju! Kereta depan kitorang cina yang pandu, aku rasa dia pun tengah trauma. Kesian gak kat dia dah la pandu sorang. How la bear the feeling kan. Ambulans mai, then diorang angkat makcik tu naik ambulans, anak dia pun naik sama. Anak dia aku tengok macam tak serius tapi bila tengok bebetul, ada darah mengalir dari telinga. Hmm. serius gak nampaknya.

"Bagus jugalah ambulans kali ni, sekejap dah sampai. Dulu saya pernah call setengah jam pun tak sampai lagi" brader india. Brader ni yang tolong pinjamkan telefon kat adik tu sebab dia nak call ayah dia bagitau eksiden. Masa in the middle, ayah dia sampai dah. Kira bila dia ngan mak dia naik ambulans, ayah dia la duk setelkan nak repot semua ngn abg viva ngn abg cina tu.

the story.

kenderaan yang terlibat: viva, motor, vios
saksi: myvi (vijay)

kejadian tu start time tu boleh cakap semua kereta yang tersebut kat atas tengah speed. Untuk makluman citer ni kat lorong kanan k. Menurut kak viva, motor tu memang duduk kanan dan macam nak ke kanan. Jadi viva ni terus la speed. Sekali tiba-tiba motor ni ketengah (masuk lane kereta) of course bila tengah speed, mana nak break kan, a.k.a break pun tak berguna. Maka terlanggar lah motor tu. [Kak siti cakap, masa dia tengok kejadian tu memang dia dah agak kompem eksiden] viva sempat ke depan sikit, before motor tu tergilis di belakang kereta dia, bila langgar je, pembonceng (mak penunggang) terus tercampak. Moto terseret ngan viva. Makcik tu pulak terlambung ke kereta vios (belakang viva) sebelum jatuh bergolek ke tanah. Kak siti yang sedang drive dan berjarak dalam 3m dari kereta depan terus break.

Lepas ambulans gerak, semua himpunan pelbagai warna baju pun bersurai. Sementara pihak terbabit masih nego pasal nak report ke polis. Peh, pelbagai situasi. Serabut aku tengok. Satu pihak mungkin tengah fikir sapa salah, dan apa nak report polis. Satu pihak lagi mungkin tengah debar memikir family yang baru eksiden. Satu pihak lagi aku tengok tengah blur. Dan aku rasa pihak blur tu akan paling banyak menanggung kerugian. Wuhu~

Tengok macam situasi dah ok, kami berdua pun minta diri dari kakak viva, on the way ke kereta nampak kereta vios tu. Dia park tepi dulu supaya tak halang laluan, dia nya dah ke jalan semula untuk sambung perbincangan. Teruk gak kereta dia, dari kerosakan tu aku ingat, makcik tu dah terlambung ke boot depan kereta dia. Sebabnya, cermin depan dah retak, dan boot depan kemek. Lampu depan belah kanan dah hilang da tercabut tah mana, Aku kira da hancur atas jalan.

T.T teringat time eksiden dulu. Lahai sedihnya.

Semoga selamat belaka.

Amin.

Untuk pembaca semua, berhati-hatilah selalu, jaga jarak, jaga speed. Jaga-jaga! ^_^

17 September 2015

Pine Tree dan Twin Peak

Sempena cuti 16 September semalam. Bersamaan setahun selepas CBL. Maka aku pun mengikhlaskan hati menyertai trip Gema Selangor Backpackerz ke dua bukit tertulis pada tajuk

Ke Bukit Fraser

Paginya lagi aku dah terlambat. Kata kat adik2 nak pick up jam 5 pagi. Sekali terlajak jam 5 pagi baru tersedar. Gitu gini, ambil adik2.. 5.30pagi gerak ke R&R Rawang. Sampai jam 6 pagi, solat subuh dan sarapan. Pukul 6.30pagi makan, memang tak lalu. Beli sepinggan bihun. Ada lah 4 suap jer jalan.

2 kereta telah bergerak awal ke Kuala Kubu Baru. Maka pagi tu, 5 kereta bergerak sekali dari R&R Rawang. Perjalanan memang panjang. Dulu masa pergi ke Sg Chilling dan Bukit Kutu, aku rasa macam dah jauh dah. Bukit Fraser lagi jauh rupanya.


Sampai di bukit Fraser dalam 8 lebih, semua park depan masjid di Bukit Fraser tu lah. 27 orang semua, 14 lelaki + 13 perempuan. Buat bulatan, baca doa sat. Then tuan presiden cakap akan warm up sambil jalan ke pintu masuk Pine Tree. 9 pagi bergerak naik.

Pine Tree Hill

Sampai pintu masuk pine tree dalam 9.23 pagi. Perjalanan bermula dengan beberapa siri tangga menurun. sobs. Sabar jerlah. Aku masuk-masuk dah terbayang-bayang dah macam mana nak keluar satgi ni. Kena panjat tangga. Tapi aku lupa kira berapa banyak siri tangga yang terdapat kat sana.

Naik, turun, naik, turun. Berenti jap, penat. Jalan lagi dan lagi dan lagi. dan last sekali beberapa minit before sampai peak, kena rock climbing sket.



Kira-kira jam 12.20 sampai lah kami ke puncak Pine Tree. Puncak ni kecil je, tak boleh nak beramai-ramai sangat pun. Rehat sekejap kat atas ni 10 minit, kemudian turun balik dan bergerak ke Twin Peak jam 12.30 tengahari.

Twin Peak


Perjalanan dari Pine Tree ke Twin Peak tak jauh mana, 30 minit saja. Jam 1 tiba di Twin Peak. Sejuk. Pemandangan tak nampak sangat, memandangkan kabus menyelubungi.

Tak lama lepas sampai, hujan rintik-rintik muncul. Semua pun get ready dengan baju hujan masing-masing. Semua da siap pakai raincoat/poncho hujan turun selebat lebat nya. Maka semua pun berlari mencari perlindungan. Mana yang tak bawa tu, duk bawah pokok renek pakat la semua yang ber'poncho' ni duk lindung dari hujan.

Nasib hujan tak lama. dalam 20 minit mungkin, kemudian berhenti. Barulah semua masuk ke dapur dan mula memasak untuk makan tengahari. Aku ambil sekeping sandwich telur dan beberapa suap rojak buah (ha, memain tau rojak buah di puncak), sebab penat naik tak abis, jadi selera makan merudum.

Lepas makan, semua get ready solat berjemaah. Jamak Zohor dan Asar. Habis tu, adalah tazkirah dari Ustaz Nazirul.

Kekuatan orang islam ada 3:-
1. Akidah
2. Ukhuwah
3. Silah (Kekuatan)
- duk kaitkan hiking dengan membina kekuatan peribadi


Siap mendengar tazkirah, semua berkemas dan duduk dalam line V untuk menyanyikan lagu negaraku, sambutan hari malaysia di puncak kanggg.. Lepas beberapa tangkapan gambar, selfi etc etc dan 2 jam duk atas tu, jam 3 petang kami bergerak turun.

Nizam pesan, kalau dalam 6.40 petang tak sampai pintu masuk lagi. Yang depan sekali kena stop dan tunggu semua yang belakang sampai. Then gerak rapat2 bersama-sama. Ok noted.

Lepas 30 mnt pertama, kami tiba semula di simpang ke Pine Tree. Turun dari tempat rock climbing tu, aku dengar nizam bagitau ada orang injured kat belakang, jadi mereka akan lambat sikit. Aku teruskan langkah dengan Midah. Zumba n d geng da berlari laju kat depan, belakang dia ada Helmi, Hidayah & Pikah, Hadila & Ainina, lepas tu aku n Mid. Aku sebenarnya pun dah separuh weng tapi taknak duduk dekat sangat dengan sweeper nanti lagi weng.

Separuh jalan, Mid punya peha da start sakit. Aku pun pintas dia gerak solo. Lama juga la aku gerak solo, sampai la sweeper aku kembali. :) is. Dalam 30mnt-sejam sebelum tiba ke pintu masuk aku beriringan ngan is je. Pesan Naufal sebelum start hike kadang-kadang muncul juga,
"Pastikan jangan jalan sorang, atleast berdua, terutamanya gegirl"

Toward the end, memasing kami berdua layan pewai. zzz.. Dan akhir nya beberapa minit nak ke 6.30petang sampailah kami ke pintu masuk. Layan tangga, memang menangis. Sampai jer terus letak beg, berbaring kat lereng bukit berhadapan pintu masuk. Sakit pinggang.


Dari pintu masuk nak ke car park pun aku rasa ada lah kena berjalan dalam 20 minit jugak. Maka, sampai jer kat masjid Is cakap "akak saya rasa nak turun ni pun dah penat kak, jom kita ambil dorang kat sana naik kereta nak?" bernas juga idea is ni. Maka 3 biji myvi pun menuju ke pintu masuk.

Sinar keceriaan nampak jelas terpancar ye dari geng-geng sweeper nampak kereta dah berbaris kat pintu. Alhamdulillah, tertebus sikit rasa bersalah tak tunggu diorang yang injured. T.T

Sampai masjid, mandi, tukar baju, solat. Dalam 8 lebih bergerak keluar dari Fraser Hill. Sampai pekan KKB untuk dinner pun dah 9 lebih.

Begitu begini gerak balik. Boleh pulak kitorang salah jalan menuju ke Tg Malim. sobs. Then ambil PLUS dari Tg Malim patah balik PJ. Makanya sampai lah PJ jam 11.30 malam. huhuhu.

Terima kasih semua untuk memeriahkan cuti umum saya semalam.

Panjang umur, jumpa lagi nanti, InsyaAllah. :)