Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

25 September 2015

hidayah seorang mekanik :)

The matter with time.

Menjejaki umur yang makin meningkat. bisnes kita dah tak main-main macam few years back. (walaupun hakikat sepatutnya jadi muslim memang takde masa nak bermain-main)

Umur makin meningkat, semakin singkat masa kita di dunia.
Tak lama dah akan di jemput untuk kembali menghadap Sang Cinta.

Tadi pagi suddenly aku tengok cerita Mekanik (1983). Biasanya aku tak gemar tengok cerita lama, (macam cerita P. Ramlee, not in my list, ahaha), tapi tak dapat di nafikan.. aku memang paling suka tengok TV bahasa apa pun, boleh layan. Asalkan tengok TV, and itulah the most aktiviti yang aku akan buat waktu cuti sekolah/semester dulu kala (selepas aktiviti chatting di laman sesawang)

Berbalik pada cerita mekanik, aku layan sebab rasa macam travel back using time machine, to the time we didnt even exist yet (Aku lahir 87). Selain editting style yang belum cukup matang macam sekarang, enjoy the movie sebab few years back aku pernah search tentang Mimaland. Taman Tema terbesar di Malaysia once upon a time, dan telah ditutup pada 1993 sebab kejadian beberapa kes (kematian, dan leaking pada pool). Citer mekanik ni antara filem yang sempat buat rakaman berlatar belakang kan Mimaland.

Hero citer ni, haruslah hero kegemaran ramai tahun 80-an, Azmil Mustapha.

Sebenarnya not much pun yang aku nak komen pasal Mekanik. Sebab cerita dia takde lah outstanding sangat, aku cuma amazed dengan how Azmil has changed nowadays.

Hidayah Allah kan.

Aku pernah pergi ceramah yang Azmil adalah the speaker. Dan masa tu dia ceritakan how the Hidayah came. Touched.

Berkali-kali kisah saat hidayah singgah dan manusia menjadi lebih baik menjengah jendela hidup seorang Sarah. Dan berkali kali juga aku duduk tersentak. Mereka menjadi lebih baik dari kita yang sejak sekian lama membesar dengan kehidupan yang baik yang telah ibu ayah sediakan.

Mengapa?

Adakah benar hidayah telah sampai pada kita? atau sekadar ikut ikutan.
Nauzubillah.

Menghayati kembali pengorbanan Nabi Ibrahim a.s,
moga jahiliah yang telah lama beraja dalam diri
berjaya kita korbankan dalam jalan menuju tuhan ini.

Salam Aidil Adha.

xoxo, Sarah.

No comments: