Tadi jam 8.50 malam aku dan kak siti barulah terhegeh hegeh nak balik kampung. walaupun asalnya da plan nak balik sabtu siang, malam jugak sudahnya bergerak. Sebabkan siang tu masa pergi kenduri akikah anak sofwah aku yang drive, maka malamnya aku kasi chance lah kak siti plak drive kan. PJ ke Sg Buloh, Kuala Selangor dalam sejam je.
Maka aku pun standby load makanan yang banyak sekali ye. Hehe, sebagai co-driver kan kena la banyak stok makanan. gitu. Permulaan perjalanan rancak lah aku makan, lepas je tol setia alam, aku dah sedar tak sedar. ahaha. Aku perasan kak siti pun nampak mengantuk sikit. Bila dah area Kapar, aku minta exchange. Dalam pada aku berkhayal, kak siti speed cam biasa, jalan meru kan panjang dan sibuk. Tiba-tiba dia brake.
jeng jeng.
Okey, live eksiden in front of the eye. Aku yang benarnya tak perasan, sebab aku main henfon/ mengantuk/ tengah makan. Tapi bila kak siti brake mengejut, aku terus tengok dia, muka dia terkejut. Aku kalih pandang ke depan, nampak ada perempuan kat bawah kereta depan tengah menggelupur. Pastu ada asap2. Fresh eksiden. Ok, terus aku ngan kak siti hilang mengantuk. Kak siti lak terus2 nak keluar dari kereta nak tolong mak cik yang eksiden. Sebab kereta depan tu lelaki, pastu dia tengok xde pempuan lak kat situ. Tapi seb baik kereta dari arah bertentangan minta kak siti ke tepi. Baru perasan belakang kitorang jalan dah jem teruk. Terus letak vijay ke tepi. Park dan keluar ke scene.
Balik kampung pun aku nak pakai kot labuh, feel2 detektif sikit lah memalam nih. Memula kitorang keluar jumpa isteri dan anak perempuan kepada kereta viva. Aku tengok kereta dia kemek gak la belakang. Anak dia nangis2, dia cakap dia pun nangis lepas berlanggar. Beberepa keterangan di ambil, then kami terus kepada tapak kejadian. Nak tengok keadaan makcik yang tersadai atas jalan tu kan.
Bila sampai kat tapak kejadian, tengok-tengok dah ada kakak yang tolong makcik tu. Makcik tu nampak tak stabil, beberapa kali cuba bangun, tumbang balik. Dan beberapa kali gak menggelupur. (Ok yang ni aku teringat masa Fikri eksiden dulu, gitu gak le perangainya) Kak siti kata maybe brain shock. Hmm, boleh jadi! Tak lama lepas tu terus sampai ambulans dari Hospital Tengku Ampuan Jamaah, Klang. Laju! Kereta depan kitorang cina yang pandu, aku rasa dia pun tengah trauma. Kesian gak kat dia dah la pandu sorang. How la bear the feeling kan. Ambulans mai, then diorang angkat makcik tu naik ambulans, anak dia pun naik sama. Anak dia aku tengok macam tak serius tapi bila tengok bebetul, ada darah mengalir dari telinga. Hmm. serius gak nampaknya.
"Bagus jugalah ambulans kali ni, sekejap dah sampai. Dulu saya pernah call setengah jam pun tak sampai lagi" brader india. Brader ni yang tolong pinjamkan telefon kat adik tu sebab dia nak call ayah dia bagitau eksiden. Masa in the middle, ayah dia sampai dah. Kira bila dia ngan mak dia naik ambulans, ayah dia la duk setelkan nak repot semua ngn abg viva ngn abg cina tu.
the story.
kenderaan yang terlibat: viva, motor, vios
saksi: myvi (vijay)
kejadian tu start time tu boleh cakap semua kereta yang tersebut kat atas tengah speed. Untuk makluman citer ni kat lorong kanan k. Menurut kak viva, motor tu memang duduk kanan dan macam nak ke kanan. Jadi viva ni terus la speed. Sekali tiba-tiba motor ni ketengah (masuk lane kereta) of course bila tengah speed, mana nak break kan, a.k.a break pun tak berguna. Maka terlanggar lah motor tu. [Kak siti cakap, masa dia tengok kejadian tu memang dia dah agak kompem eksiden] viva sempat ke depan sikit, before motor tu tergilis di belakang kereta dia, bila langgar je, pembonceng (mak penunggang) terus tercampak. Moto terseret ngan viva. Makcik tu pulak terlambung ke kereta vios (belakang viva) sebelum jatuh bergolek ke tanah. Kak siti yang sedang drive dan berjarak dalam 3m dari kereta depan terus break.
Lepas ambulans gerak, semua himpunan pelbagai warna baju pun bersurai. Sementara pihak terbabit masih nego pasal nak report ke polis. Peh, pelbagai situasi. Serabut aku tengok. Satu pihak mungkin tengah fikir sapa salah, dan apa nak report polis. Satu pihak lagi mungkin tengah debar memikir family yang baru eksiden. Satu pihak lagi aku tengok tengah blur. Dan aku rasa pihak blur tu akan paling banyak menanggung kerugian. Wuhu~
Tengok macam situasi dah ok, kami berdua pun minta diri dari kakak viva, on the way ke kereta nampak kereta vios tu. Dia park tepi dulu supaya tak halang laluan, dia nya dah ke jalan semula untuk sambung perbincangan. Teruk gak kereta dia, dari kerosakan tu aku ingat, makcik tu dah terlambung ke boot depan kereta dia. Sebabnya, cermin depan dah retak, dan boot depan kemek. Lampu depan belah kanan dah hilang da tercabut tah mana, Aku kira da hancur atas jalan.
T.T teringat time eksiden dulu. Lahai sedihnya.
Semoga selamat belaka.
Amin.
Untuk pembaca semua, berhati-hatilah selalu, jaga jarak, jaga speed. Jaga-jaga! ^_^
No comments:
Post a Comment