Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

06 September 2018

Kak DIjah dah kahwin oi!

1.9.2018

Pagi tu, masa program JUS kebetulan ada Makcik Chom selaku warga Taman Jaya turut hadir, makcik bagitau nak ikut sama ke kenduri Kak Djah. Kebetulan aku pun plan nak pergi dengan Ain je, so why not? kan.

Toward the end of JUS dapat lagi satu call, dari Kak Syam. Dia cakap dia salah tengok jemputan, jadi dia boleh join ke kenduri Kak Djah. Maka terjadilah rombongan berlima (campur Nukman)

Jadi, selepas program JUS, kami bertiga dari PJ pun bergerak ke rumah Kak Syam dan pergi bersama-sama.

Kak Syam dan Kak Chom both naqibah kak Djah, untungnya rasa naqibat datang ke wedding. Hehe. Sepanjang perjalanan dari Subang ke Sabak Bernam, tak banyak la disembangkan sangat, cuma bila dah sampai Jalan Terusan Utama, tepi tali air kat tepi bendang tu, rancak la makcik-makcik ni duk berbual tentang zaman kanak-kanak diorang yang membesar di sawah. Aku ngan Ain selaku generasi yang membesar di rumah perumahan ni, melongo je lah dengar cerita makcik berdua. Menariknya.

Menggagau ikan bila air baru masuk, main layang-layang bila bendang kering, berenang di tali air dan macam-macam lagi lah. Tiba-tiba kita plak feeling sama. Haha! Walaupun tak pernah lah duduk kat kampung sawah padi ni (walaupun atuk sendiri buat sawah), tapi duk jalan kat batas sawah ni, terasa-rasa macam dalam movie plak.

"Ni jap lagi pukul 2, kalau ada angin, angin dia sejuk ni." kata Kak Syam. Aku sempat ragu gak lah, bendang kut, takkan la sejuk. Panas lit lit okay.

Kitorang sampai kenduri kak Djah lebih kurang 2.30 petang. Orang pun dah banyak kurangnya. Kat kenduri jumpa pulak adik beradik yang tak asing lagi, Raihaan dan Hawa. Makan-makan, lepas tu bergambar dengan pengantin perempuan (^^,) Dalam perjalanan nak balik kereta tu, angin kuat menyapa.. sawah kan kalau angin mai, memang takda apa lah boleh menghalang. Ok! memang betul kata-kata Kak Syam, sejuk anginnya!

Ok yang sebaris depan tu la saiz aku dulu2, kini tinggal kenangan, depa menten.. i gerak lu. Came on sampai bila nak berat sama, kan? haha!

Barakallah Kak Dijah! Am sad and happy for u! #tilljannah ya kak.
Kak Djah ni adalah kawan aku dari tahun 2006 atau 2007. Masa tu aku belajar di UM dan kak Dijah di PPUM. Kitorang berjumpa sebab usrah la! :) Dalam dakapan ukhuwah gitu. So sama-sama menggerakkan organisasi dakwah kat UM. Later years, aku jadi bendahari dan dia jadi AJK Dana. Gigih kak Djah beli kerepek dan repack untuk kelangsungan dana kelab.

Setelah bekerja dan rata-rata kawan bernikah dan berkeluarga tinggallah kami membujang sebegini lamanya. Kawan-kawan rapat kak Djah hampir semua dah bernikah, aku pun sama. Menyebabkan, aku jadi rapat dengan kak Djah, terutamanya bila ada program/usrah. Orang pertama yang akan aku hubungi mestilah kak Djah. Selain senang respon, jawapan dia selalu positif jugak untuk tiap pelawaan tu! Bujang kan! Ahaha.

Akhirnya 2018, kak Dijah memutuskan untuk tidak lagi memegang title yang sama. Oh, am sad .. berat nak pikul title ni sorang-sorang! Ahaha.

Begitulah ya, hukum alam, kita taktau pun akhirnya akan berjodoh! :P Macam kak Djah, jodohnya jiran sekampung jugak. Dahsyat kan, punyalah lama menunggu, rupanya jiran je!

Moga Kak Djah diberi sakinah, mawadah dan rahmah dalam kehidupan rumahtangganya. Kak Djah, honeymoon jangan lama sangat k! im waiting for your comeback kat PJ ni.

05 September 2018

Jom Usrah (JUS)

1.9.2018

Sebenarnya program Jom Usrah ni dah dimulakan semenjak 2013 yang lalu, tapi macam iman, ada pasang surutnya. Masa mula-mula diperkenalkan tu, memang banyak dan tak menang tanganlah nak handle. Seiring waktu dan orang-orang mula keluar masuk, layu plak jadinya.

Hence,
  restarting.

Seawal jam 7.30 pagi aku pun bergerak ke tapak program bersama ground dan gift. Sampai lebih kurang 15 minit kemudian, tak ramai yang ada lagi pun sebab peserta dijangka sampai 830 pagi. Tapi pagi tu, angin kuat, dan awan pun gelap. Ya Allah, takutnya rasa. Tak dapat nak fikir kalau hujan. Memang ada escape plan tukar tempat, tapi kalau tukar agak kesian jugak yang dari jauh, sebab walaupun tempat cadangan tu tak jauh sangat la dari Taman Jaya, tapi untuk bukan warga, tetap pening nak reroute. Aku pun couldnt afford untuk pertukaran tempat, timing aku hari ni memang ngam-ngam kalau tukar tempat mesti ada time consuming which i really hope wont happen.

Brothers dah start tanya untuk decide samada tukar tempat atau tunggu. Akupun mengeluarkan beberapa hujahan untuk nampak strong supaya depa stay, maka 3-1 kami stay. Dalam hati aku memang tak putus-putus berdoa supaya hujan tak turun. Walaupun langit memang dah sangat2 gelap menunggu runtuh, aku masih menguatkan keyakinan yang Allah takkan mempersulitkan keadaan. Berbekalkan semangat dari kisah Ledang, aku positifkan fikiran.

Alhamdulillah, Allah tahu. Awan hitam hanya tumpang berlalu tanpa singgah. InsyaAllah semoga permulaan yang baik untuk Jom Usrah. :)

Bila taaruf session dengar luahan hati sorang-sorang, betapa bersyukurnya diorang bila dihubungi, terasa macam 'i need to do this' Moga semangat ini membakar kembali, setelah lama ia tidur. 4tahun tidur! wake up gigantic dude & once a losing soul Sarah ~ Restart again.


Moga istiqamah, moga Allah melimpahkan rahmatnya kepada kita untuk terus melangkah. Betapa baiknya Allah, untuk setiap 'partner' yang hilang sentiasa ada mengganti. Benarlah, jalan ini akan diteruskan jika bukan kita, akan tetap ada. Tinggal kitalah yang memilih untuk bersama atau tidak.

04 September 2018

Merdeka.

Fuhh.. kelihatan habuk2 kelabu berterbangan selari dengan tiupan nafas gue. berhabuk!

Marilah kita membuat satu penulisan panjang tentang hujung minggu yang agak panjang lah jugak.

Khamis 30.8

Lepas kerja aku baru perasan dan memerasankan diri untuk cek checklist program JUS yang akan berlangsung pada 1 Sept. Mathurat untuk gift pada peserta tak beli lagi! Things happened, aku kena take over task untuk cari gift. Agak kalut jugaklah, sebab takut esok dah cuti umum. Mesti susah nak cari. Turn out dapat 10 keping je. Kena cari lagi, 25 keping.

Jumaat, Merdeka 31.8

Banyak aktiviti yang berlangsung pada hari Jumaat lepas, tapi tak semualah kita boleh join kan. Memandangkan dah agak lama tak balik melawat kakak2 mak (makcik2 aku la tu) kat kampung, maka kami pun plan untuk balik ke Kuala Selangor. Nak pegi awal sebenarnya tapi, masih menyiapkan list register peserta dari GEMA Selangor untuk ke Karnival Sukan Nasional 22 Sept nanti. Pagi tu, sempat jugaklah submit 4 game, lagi 4 game sebab nama tak complete, aku hold dulu.

10 lebih bergerak ke Kuala Selangor, sampai di kampung sempatlah berbual-bual dengan mak uda yang baru lepas operate lutut. Susah nampak nya nak berjalan. Luka pulak dah nak mengering, gatal bukan main katanya. Tak berapa lama selepas tu, ayah, mak dan jiha pun sampai.

Disebabkan mathurat untuk program esok tak cukup lagi, maka ayah dan kak siti ku paksa relakan juga ke Kuala Selangor mencari baki mathurat. Alhamdulillah, ada kedai buku book2u buka hari merdeka ni. Setel masalah! Phew.

Pinjam kereta boss jap bergambar, nampak tak bendera Malaysia tu?
SELAMAT HARI MERDEKA GAIS!

Maka dapat lah aku berehat-rehat dengan tenang sebelum pulang ke PJ selepas solat Isyak. 

Sampai kat rumah, on hotspot, submit registration lagi 4 game GS, buka emel, download sticker untuk mathurat, print dan memulakan operasi gift bag. Lama tak regangkan otot untuk program.

Phew.

23 August 2018

Happy 10th birthday!

25th April '18

Wow!

Macam tak sangka blog ni dah pun menjengah sedekad usianya. Entah apa sajalah yang aku lakarkan sepanjang usia ini. Kalau duk belek-belek pembacaan dari tahun ke tahun, bolehlah menjiwai kematangan aku seiring dengan masa. Selain dari semakin matang, boleh nampak juga beberapa nilai yang semakin lama semakin pudar dan hilang dari diri seorang aku.

Life hurt aint it? But, thats life

Kalau tak sakit, bukanlah hidup kan? Semakin kita menjadi dewasa, semakin bermacam lagilah masalah yang akan kita depani. Kadang-kadang masalah tu memang masalah, tapi banyak juga masalah yang hanya berlegar-legar dalam kepala otak kita di temani rapat sangkaan-sangkaan kita yang mempunyai capaian maklumat terbatas ini.

Teruks.

aku, 31 tahun ni. kalau ikut dari 21 dah menulis (dan masih menulis) kalau aku tekun dan fokus, mungkin dah boleh keluar buku dah ni.

Kawan-kawan aku yang sama menulis masa zaman universiti dulu, tak tau lah siapa je lagi yang masih teguh berblog. Rata-ratanya memang dah sendu. Ramai jugak yang dah bertukar platform. Sekarangkan dah ada instagram dan facebook. Menulis disana lebih fancy dan senang untuk share dan repost.

24 July 2018

Walau pun blog ni makin lama makin sendu, tapi aku tetap gembira, im a part of bloggers! Ahaha. Besarlah harapan aku supaya blogspot tak berkubur atau di kuburkan. Macam blogdrive, friendster dan yahoo messenger. Seiring zaman dan mereka pun terkubur.

Aku yang meski sendu tapi tetap gak menaip sepatah dua kata selang sebulan. Ini je lah pun tempat nak lepas gian menulis. Nak menulis tapi taknak limelight. Kira nak cerita tapi tak nak bagitau dunia, yang betul follow je yang akan tau. ya, blog lah pilihannya.

Akhir kata,

Moga semua kita terus dalam jagaan Allah. Meski zaman berubah, persekitaran dah tak sama, rakan-rakan telah move on meninggal kan kita yang masih bertatih tatih lagi melangkah,

tetaplah dalam suasana iman

kerana pada akhirnya tetap ke Sana lah destinasi kita yang abadi.


Masih membaca Merentas Horizon?

Ya anda yang sedang membaca blog ni, sekiranya masih mengikuti rentak merentas horizon, mohon komen sikit. Nak tengok lah jugak, ada ke lagi orang duk membaca blog ni. Relevankah lagi aku dihatimu. Hagituh!

Till then,
Sarah Basri,
Jalan Klang Lama, PJ.

25 July 2018

Tak ada yang kekal

Dulu zaman-zaman sekolah rendah, ada banyak buku biodata. Bukan main cantik lagi duk menghias. Dan masa tu, word yang paling popular dan kerap ditulis haruslah, friend forever. Lepas tu bila masuk sekolah agama, tukar sikit, tapi maksud lebih kurang juga, kawan sampai syurga. Gitu!

Those times.

Positive, optimist, hopeful.

So wild, young and free. Oh, how i missed it.

Nak ceritanya, sebenarnya selagi kita berada diatas dunia nan fana yang sebentar ini, takde benda yang kekal. Dan semakin kita dewasa, kita akan semakin firm dengan hakikat yang satu ini. (ofcourse kita dah tahu perkara ni dari kecik, tapi pengalaman akan memaknakan lagi pemahaman kita tentang perkara ini. Suddenly we will feel, gais this is so true. Like that)

Friends Forever.

Dalam mimpi jer la noks. hahaha!