Biasa dengarkan, jodoh akan datang pada waktu yang tepat. Ok, ini bukan post pasal jodoh, bodoh atau hodoh. Aku cuma nak kaitkan dengan persahabatan. Kita dapat bersahabat dengan orang juga menunggu waktu yang tepat. Hari ni, aku nak cerita tentang seorang kawan yang bernama, Kak Nora 😊
"Sarah tau tak kenapa akak nak sangat naik Gunung Tahan ni?" Ujar kak Nora masa kami sedang menyantap hidangan tempoyak ikan patin di tepian Sungai Tahan. Kami tu adalah Kak Nora, Mid, aku dan Fani. Masa tu baru je keluar dari taman negara yang dikategorikan sebagai antara Hutan Hujan yang tertua di dunia. Letih dah berhempas pulas mengharung 7 hari di dalam hutan bersama. Jumpa ikan patin lain macam naik syekh dia.
"Kenapa tu kak?" Tanya aku sambil menghabiskan kunyahan aku. Bersedia untuk memasukkan suapan seterusnya. Tempoyak ikan patin is no joke gais, smokey sikit compare dengan versi yang Termerloh atau versi mak aku masak. After all, nothing go wrong dengan gandingan tempoyak dan ikan patin. Alamak dah terbayang plak. 🤤
Rupanya kak Nora pernah dapat offer untuk naik Gunung Tahan masa sekolah rendah. Sekolah dia ada 2 orang je dapat tawaran tu. Dia dan seorang lagi budak lelaki. (Fuh, memang sejenis power dari kecik lagi) Punyalah excited kak Nora bila dapat offer tu. Balik rumah bagitau dekat mak ayah, tak sangka kena reject! 😂 Haruslah, kalau aku jadi mak pun, mungkin aku pun akan tak bagi jugak kut. Sekolah rendah pastu kena camping dalam hutan. Macam mana nak beraknya, nak solatnya, survivalnya. Barangkali itulah juga yang difikirkan oleh mak ayah kak Nora masa tu. Anak bongsu lagi, ish2! Jadi disebabkan dari peristiwa itu, kak Nora menyimpan keinginan untuk ke Tahan.
Kak Nora yang biasa aku dengar dari mulut Tokie dan Mid ni pertama kali aku jumpa adalah ketika mendaki Gunung Kerinchi di Jambi, Sumatera, pada Ogos 2017. Baik peribadinya, susah nak jumpa sejenis manusia macam kak Nora. Alkisahnya, selepas Trans Tahan 2019, sengaja aku belek-belek fail pendaftaran lama GSB. Rupanya sekitar 2014 kak Nora pernah join program wall climbing gsb. Snap! Dan aku tak perasan langsung kak Nora ketika itu!
Aku kira ada hikmah yang Allah sedang simpankan untuk perkenalan kami yang terbilang agak terlewat ini, untuk aku mempelajari dan mengambil teladan dari sosok kecil yang begitu merendah diri, kak Nora.
Garis hidup kita pernah bersilang, tetapi persilangan itu tak semestinya menemukan kita. Mungkin sekadar berselisih pada lini masa. Dan begitulah dengan pelbagai lagi kejadian2 dalam hidup. Fikir2kan, selamat beramal.