Hai gais! Salam Maulidur Rasul 1442H.
Ok, hari ni 29 Oktober, hari Rabu bersamaan hari cuti bersempena Maulidur Rasul. Oh, dan ya masih Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (PKPB) ya gais, sambung sampai 9 November 2020. Jom kita start?
Semalam, aku ternampak satu tweet dari Hilal Asyraf. Dia mengajak para pembaca twitter untuk menyemarakkan hari ini dengan menyingkapi sirah Rasulullah s.a.w. Bersama dengan ajakan beliau tu, adalah dia beri sekali list buku sejarah yang boleh dibaca. One of the list adalah Raheeq Makhtum karangan Syeikh Soffiyur Rahman. Alkisahnya, buku ni lama dah aku dengar orang suh baca sebagai rujukan. Dan rezeki orang kabo, tiba-tiba ada pulak akak ni dia bagi sebab katanya tulisan tu kecil sangat, jadi dia rasa dia takkan baca.
Lalu, aku pun mengintai rak sebelah. Ahhhh! Ada buku, Welcome to Your Brain! Buku ni lama dah aku beli, rasa zaman-zaman aku rajin lepak Bookexcess PJ dulu. Zaman-zaman tumpang solat maghrib lepas kerja kat Amcorp Mall sementara nak tunggu usrah lepas Maghrib. Fuh, lama sangat ni, before ada kereta mean before 2011. Zaman tu, masih tebal lagi semangat Biologi dalam diri aku. One of sub-subject yang aku suka masa degree dulu adalah tentang otak ni. Aku ingat lagi masa zaman tu, kitorang kena present penyakit yang berkaitan otak. So, tu yang bila jumpa buku ni terus tertarik menarik ya, ching2 (bunyi bayar duit kat kaunter).
Fast forward after nearly 10 years later,
Aku pun bukak la balik buku ni pagi ni, dan terjumpa Chapter 17: Did I Pack Everything, Anxiety. Orang kabo, kalau kita tak dapat nak baca 1 buku, 1 chapter pun jadi lah. (orang tu, aku lah! 😁) Sebab aku pun wonder, apa yang terjadi kat otak bila anxiety terjadi.
Dalam otak kita, ada satu region yang digelar Amygdala. Amygdala ni banyaklah fungsi dia, tapi one of yang highlighted tugas dia adalah untuk memproses emosi dan tingkah laku, termasuklah memberi respon kepada ketakutan. Macam mana kita tau amygdala ni tengah aktif? bila dia tunjukkan sign seperti, jantung laju, tapak tangan berpeluh, tekanan darah naik ataupun susah bernafas.
Apa terjadi bila amygdala ni aktif? Dia akan hantar info kepada hypothalamus untuk aktifkan Sympathetic Nervous System (SNF) Bila SNF aktif, dia akan respon kepada ketakutan tu. Amygdala punya respon adalah pantas, walaupun tak semestinya tepat. Ini penting untuk keadaan merbahaya.
Contoh keadaan, bila kita nampak sesuatu yang panjang terjuntai di pokok, kita ingatkan itu ular. Maka amygdala akan hantar info supaya kita lari dari bahaya itu (sebab dia design untuk fast respon). Tetapi, bila kita sedar yang itu sebenarnya akar pokok dan tak ada yang perlu ditakutkan, maka frontal lobe akan inhibit amygdala, thus shutting down anxiety tersebut.
Tetapi, sekiranya keadaan panik tu dah berakhir, tapi amygala masih activate. Itulah yang dinamakan anxiety attack.
Untuk mild anxiety, ada beberapa cara yang boleh diambil untuk mengurang/menghilangkannya
- kurangkan terdedah dari perkara yang trigger stress tersebut
- belajar cara untuk berhadapan dengan stress tersebut
- bersenam dengan kerap; 30 minit setiap hari
- melakukan meditasi; macam yoga
- kurangkan pengambilan kafein
- Behavioral Therapy - membantu kita untuk berhenti melarikan diri dari perkara-perkara yang mencetuskan anxiety tersebut.
- Cognitive Therapy - belajar untuk menggantikan cara yang lebih produktif dalam memikirkan masalah tersebut. Melatih berfikir yang lebih realistik.
Dont let a problem with anxiety take control of your life.