Hai semua, tak sangka aku akan buat tajuk ni (macam first time in forever je). Ye lah, nak cerita tentang relationship tak pernahnya ada kan (tapi maybe boleh jugaklah nak cerita later berdasarkan pemerhatian je lah tapi), so kita bagi cadangan yang relatable sikitlah dengan diri sendiri kan.
Pagi tadi, housemate aku yang sebaya tapi baru sahaja mencebur diri di bidang kerjaya datang kepada aku, sambil bertanyakan.
"Sarah, kerja memang camni eh?" Dia baru je habis video call dengan team dan siapkan kerja untuk hari ni. Since PKPB ni kan, semua kerja dari rumah. So ofis dia bilik dia, ofis aku bilik aku. Jadi senggang masa ni, dia pun merayau ke 'ofis' aku.
"Macam mana tu?"
"Saya ingatkan kerja ni susah sangat"
Ahaha! Ok kawan ni, sebelum ni memang academic line. Dia sebelum ni sangat berusaha untuk menyambung PHD dan melengkapkan diri dengan semua kelengkapan ilmu dan course untuk memastikan PHD dia dapat berlangsung lancar. Tapi macam tu lah, perancangan kita tak sampai kemana di banding ketetapan Allah. PHD dia tak dapat digapai, tiba-tiba pintu itu tertutup dan pilihan yang dia ada adalah pintu lain, seperti kerjaya. Jadi dia mencuba, penjana. Sekarang sedang attach contract dengan company.
Jadi, selaku senior di bidang kerjaya, (ehem) aku pun memberilah sepatah dua kata.
Kerja ni, mula-mula kita akan rasa fun dan thrill. Sebab kita sedang belajar benda baru, thrill yet fun, kan? Everything baru memang gitu. Tapi once dia dah roll nanti, kat situ lah akan terjadi dia punya bend here and there. Bila kau dah bleh adapt dengan kerja, maybe kau tak seronok plak dengan management. Atau kalau management ok, mungkin kau akan ada problem pulak dengan officemate. So macam tulah. Samada nak bear with it, atau angkat kaki je lah.
Pengalaman
Setelah beberapa tahun, (aku rasa atmost 2 atau 3 tahun macam tu) kau akan mula rasa bosan dengan pengulangan. Dan kau tak akan rasa kau grow dah. Then guys, itulah saat yang tepat untuk korang move. Korang move untuk gain lebih pengalaman. Kalau macam aku bidang IT, bila kau move, kau boleh learn new language, atau new method. Maybe bahasa sama, tapi lain company lain cara implement or perhaps lain framework. So, korang tak rugi pun kalau move. Something yang korang kena sacrifice untuk grow. Pada aku, gitulah. Kena faham ya, tak semua company boleh menyediakan post untuk korang grow, contoh dari exec kepada manger atau junior exec kepada senior exec, ini juga reason untuk move. For you to grow!
Naik gaji
Hehe, ini nampak macam jahat. Tapi itulah kenyataannya. Kawan-kawan aku, yang gaji besar-besar, memang banyak melompat company sepanjang jalan kerjaya. Bila kita tukar company, kita boleh demand gaji lagi tinggi. Boleh jugak nak demand kat company sendiri, tapi kadang-kadang, company kita punya allocation tak dapat meet demand kita. So, kalau bercadang nak naik gaji laju, lepas few years tukar kerja! Tapi janganlah kerap sangat like, every few months, kalau macam ni silap-silap company pun takut nak ambil. Sebab? diorang akan rasa korang yang bermasalah, apa masalah sampai tiap bulan tukar company. Ha camtuh. Oh dan ya, make sure bila tukar tu kena la bidang yang sama. So pengalaman kerja korang tu, akan jadi mark up untuk bayaran gaji. Kalau kau tukar bidang, susah la nak demand gaji.
So itulah pesan ringkas dari aku, bagi aku, bila kerja ni kau takkan dapat semua yang kau nak, kau takkan dapat that ideal zone. Bila kau suka kerja kau, maybe kawan tak best, management tak best. Bila kau tak suka kerja kau, management dengan kawan plak best. So, korang kenalah tanya sendiri apa yang korang nak dalam hidup. Nak pengalaman, nak gaji tinggi, nak company gah? You choose! Through years, aku dah tengok berkali-kali, company gergasi tak menjamin apa2 dah sekarang. Kau gergasi tak mesti kau akan dapat kestabilan.
Sekian, itu je lah kut.
Yang benar,
(yang tak pernah pindah company since 2011. haha)
No comments:
Post a Comment