Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

15 February 2022

Assalammualaikum Rejab

[Macam biasa, post yang tertangguh]

Pejam celik pejam celik dah masuk Rejab. Lagi 2 bulan dah Ramadhan kembali. MasyaAllah. 

Dulu masa zaman sekolah, masuk je bulan Rejab ni, rajin lah pakat-pakat puasa sunat. Puasa ganti biasanya habis awal dah insyaAllah. Sekolah agama kan. Ganti posa pastilah di awal waktu. Suasana persekitaran adalah sangat membantu juga ya dalam beramal ni!

Bila habis zaman sekolah, masuk ke zaman universiti, masuk je bulan Rejab maknanya adalah pecutan terakhir ni nak ganti puasa. Kira ring-a-bell la Rejab ni, selama ni duk lalai, bila masuk je Rejab, kita kena serius. Ha macam tu. 

Habis zaman universiti dah zaman bekerja ni haru sikitlah. Makin jauh kan dari suasana soleh-solehah ni. Huhu.. Style ganti puasa aku selalunya macam ni, kalau tahun ni aku ganti puasa hujung2 nak dekat Ramadhan, next Ramadhan tu mesti aku siap ganti awal. Habis je bulan Syawal tinggal 2-3 hari je lagi nak sambung ganti. dan tahun keseterusnya, puasa lewat lagi nak ke Ramadhan. Berterusanlah style dia macam tu.(Alhamdulillah, tahun ni berjaya selesaikan sebelum masuk Rejab. Syukur.)

Bila dah kerja kan, acah2 busy. Lepas tu banyak plak la fikir nanti takut dehydrated lah. Kalau tak sahur takut tak mampu bertahan sampai buka lah. Dan macam-macam lagi lah alasan demi alasan. Walhal sebelum zaman kerja ni, elok ja lahai ganti posa nya .. hidup ja pun.. manja kali bossku.

Dulu kalau dalam bulan Rejab ni, dah beratur lah planning aktiviti untuk bulan puasa. Program tahunan yang dirancang, pastilah Ramadhan Youth Challenge. Fuh, tak sangka dah tinggal sejarah. Im proud of being one of the AJK. *kesat air mata

Pandemik melanda.

Sejak 2020, many things have changed.

Sedar tak sedar je dah Rejab. Vibe dah tak sama macam dulu. Meski demikian, moga kehadiran Rejab dapat menjadi satu ingatan untuk kita, kekasih Allah, Ramadhan nak mai dah ni.

Meski perlahan, meski merangkak, meski pelbagai kesusahan demi kesusahan. Moga kita diperkuatkan jiwa dan dicekalkan hati untuk berusaha lebih baik tahun ini. Kita hanya kalah apabila kita berhenti mencuba. Jangan biar kita kalah dengan diri kita sendiri. We are Muslim, we dont give up. K?

Good luck dear self! We can do this! 💓

19 January 2022

Happy Birthday Kak Di #kenangan

Tahun 2008 aku di tahun 2 universiti. Masa tu aku berjiran dengan Kak Di. Kak Di ni ada roomate nama dia kak Shuk. Kerap jugalah aku bertandang ke bilik Kak Di masa tu. Kadang-kadang sampai Kak Di pura-pura takde kak bilik sebab tak nak di ganggu oleh aku. Haha! 

Seingat aku masa tu, Kak Di kerap berulang ke Sabak Bernam or Sg Besar macam tu. Dia punya thesis time tu ada kaitan dengan padi. Jadi dia ada tanam padi kat sana. Memang kenalah berulang untuk tengok perkembangan padi dia tu kan. 

Aku dengan Kak Di beza 2 tahun. Walaupun, kalau ikut beza tahun belajar adalah setahun, sebab kak Di student Akademi Islam dan Sains, dia jadi lebih setahun. Sebab ada buat setahun foundation kat Nilam Puri. 

Ha citer dia,

Masa zaman tu, aku kerap pi ngendeng makanan Kak Di. Hehe, bukan.. bukan sebab aku miskin tak berduit zaman tu. Tapi aku makan sikit. Tak berbaloi pi beli. Jadi time masa makan, aku pun akan muncul lah di bilik kak Di. mintak sikit makanan dia. Kalau malas nak basuh tangan, kadang kak Di suapkan. wakakaka! mengada boleh tahan gak en.

Tahun selepas tu, bila dah tahun akhir di universiti, kak Di pun dah grad, dah takde lah orang aku nak share makan. Maka masa tu, aku selalu beli nasi goreng untuk dinner tu, siap-siap aku separuhkan simpan dalam bekas lain. Simpan jadi sarapan untuk esok. Dulu-dulu aku memang tak berapa gemar makan goreng2 sebab portion dia tu aku biasa tak bleh habis. 

Citer dulu lah tapi.. kira-kira 24kg yang lalu. 


Saja story pasal Kak Di. Sebab, hari ni birthday Kak Di! Happy 37 kak Di! Teringat-teringat gak ke Kak Di kadang, rindu ke tu eh? ahaha. Moga kak Di terus sihat, cantik, kaya, berjaya dan diperkuatkan iman sehingga bertemu Allah kelak. Hidup hari ni tak sama dah macam zaman kita belajar, lepas2 zaman PKP, PKPP ni lagi lah mencabar. Semoga Allah beri kekuatan untuk kak Di dan semua kita untuk menghadapi segala cabaran dan ujian kedepannya. 

Love u kak Di! Muah! 😍

07 January 2022

2022

Hai 2022. 

Nak cerita apa ya di tahun baru? Lemah betul nak menulis ni eh. Kena ada semangat atau motivasi baru laju kut. Tapi nak post jugak barang 1 post untuk mengalukan tahun baru kan.

Semoga tahun ni di permudahkan Allah menjalani jalan kehidupan.

Heading 35 this year, and got nothing much in hand. Hmm. Literally nothing. To be significant in this dunya or akhirah ;( The slow pace before, becoming slower. How to flee when im barely walk. 

A journey to Allah, is a journey of a lifetime.

31 December 2021

Oh 2021!

Makin lembap rasa nak tulis blog. ok, 2021.Tak ada yang wow sangat bagi aku 2021 ni. Tapi ada lah a lil suprise here and there. Jom kita try summary sikit.

Awal tahun di mulakan dengan PKP kembali. Tiba-tiba kes Covid naik balik. On and off PKP, then renew SOP je la citer dia tahun ni. Dalam kekalutan PKP ni, aku terjebak dengan tiktok.. Biasalah, aku suka benda-benda bleh bersosial ni. So, terberkenalan lah dengan few people. Dan few jugak yang aku pernah jumpa in person.

Dapat anak buah baru, Medina. Baby PKP ni.

Plan mentenen seluruh Malaysia pun tak dapat nak run since state border tak buka. Bila border buka ada masalah lain pula. Jadi melepek je lah kat ofis. Kat ofis pulak macam tu gak lah, on and off, fully masuk ofis atau kerja dari rumah. Atau bergiliran. Tapi benda ni soon akan jadi sejarah dan ingatan aku kira. Gila ah, tak pernah terlintas dapat kerja dari rumah cam ni. Tak gitu? Lama gak lah kira nya sebab since 2020 kan. Cuma time 2020 tu time PKP seram sejuk. 2021 ni time PKP dia lebih bertenang.

Hujung-hujung PKP, kes spike gila di sebabkan varian delta tu. Hospital penuh, mesin oksigen terhad. Banyak kes perlu oksigen, dan di pantau ICU to the extend, doktor terpaksa pilih siapa yang dorang nak bagikan tabung oksigen tu. Tapi good side, terus laju pemberian vaksin.

Selain dari tiktok, aku jugak dah sangkut dengan game PUBG. Macam-macam drama jugak dalam pubg ni, yang lepak lobby semata nak curhat, yang suka maki macam dia paling bagus, yang join team nak cari pasangan. Aku pun sempat lah terjebak. Nasib cepat sedar. Tapi, itulah kan.. nama pun pengalaman. Lol, dah tua-tua buat pelik plak perangai kan. 

Dah hujung-hujung ni, timbul plak varian baru lagi untuk Covid-19. Omicron! Nama dia macam hi-tech sangat. Di sebabkan varian baru ni, dah kena plak amik booster vaksin. Tapi up until now, tak tau lagi pun apa kesan yang omicron ni boleh bagi kat kita. (atau aku pun tak cukup study tentang this new varian)  

Tiba-tiba Disember, banjir! Gempar betul banjir tahun  ni. Lebih gempar lagi, tempat yang terkena banjir ni adalah unexpected place. Siapa sangka boleh banjir kat Shah Alam? Puchong? Dikala orang tengah standby di pantai timur. Tiba-tiba kat sini pulak yang kena. Banjir tau, bukan banjir kilat! Selain dua ni, banyak gak lah lagi yang kena banjir. Macam Hulu Langat, depa besa banjir kalau empangan lepaskan air. Tapi kali ni teruk dia lain maciam. Kalau dengar cerita orang terkena banjir ni, sedih dalam masa yang sama inspiring. How strong life hit them tapi depa tetap kena bangkit. Allahu, hampa memang kuat gais! Insan pilihan tuhan. Moga Allah gantikan yang lebih baik.

Oh. tahun ni dapat award 10 tahun bertahan di tempat kerja! Mantap sarah. haha. Jugak, eh ada bonus tahun ni! Alhamdulillah, meski pandemik. Ada gak rezeki dapat bonus. Ya Allah, berilah hidayah kepada majikanku. Amin. 

Selain semua ni, di hujung-hujung ni aku selalu rasa space out dan not here, not there gitu. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab circle of friend yang makin mengecil. Ke aku terpengaruh dengan FOMO (fear of missing out)? Tapi sejak bila lak aku follow the trend apatah lagi takut ketinggalan kan? Entahlah. Banyak benda aku pun dah confuse. Aku cuba menerima yang setiap kita punya fasa tersendiri untuk menyinar dan bersinar. Bila kilauan tu dah agak-agak makin malap. Kau senyap-senyap je lah duk tepi. Do your best at your own capacity. kut?

Untuk 2022? Aku harap, aku lebih komited dalam perjalanan menuju Allah. ^^, Moga aku dapat mengakhiri umur dengan pengakhiran terbaik. Meski setelah segala noda dosa yang aku lakukan di 2021 dan sepanjang usia yang telah berlalu. Owh ya, doa yang sama jugak untuk korang yang tengah membaca ni. Selitkan aku sama dalam doa kalian. Aku masih mahu berteman dengan kalian orang baik. 

Selamat Datang 2022, santai2 ya. Jangan terlalu laju, takut tak terkejar.

16 December 2021

I'm okay

Ramai orang hidup untuk mencari bahagia. 

Aku rasa aku dah sampai tahap lost kadang2, apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup ini. Walaupun sebenarnya dah ada jawapan .. redha Allah

Tapi,
tak taulah kenapa menjadi manusia ni, kita tetaplah nak corner jauh pusing sana sini walaupun dah ada jalan lurus yang terbentang menuju Dia. Dah ada garis panduan (Quran), dah ada contoh teladan (sunnah). Tetap kita suka jalan yang terjal. yang terjatuh. yang terkoyak. yang tersakiti. sebelum nak balik cari Dia.

Hari tu aku dengar ceramah Ust Hannan Attaki. Dia cerita pasal kangen. Allah itu kangen. Punya rindu Allah kat hambaNya, Allah turun ke langit dunia setiap sepertiga malam. Allah nak dengar rintihan hamba2Nya. Allah nak bagi keampunan untuk semua yang memohon. Allah nak makbulkan untuk semua yang berhajat. Tapi kita je taknak bangun, taknak jumpa Allah, sedangkan Allah dah tunggu kita. 

Allah, bergenang gaklah mata aku. Sombong betul kita ni jadi manusia. 

Kenapa ek kita macamni.
Astaghfirullahalazim.

Moga setiap luka dan sakit yang kita dapat menjadikan kita lebih dekat dengan Allah. Lebih rindu, lebih sayang, lebih cinta melebihi semuanya. Kalau patah itu asbab untuk kembali, maka biarlah patah. Dari bahagia tapi membawa kita lebih jauh dari Allah. 

Nauuzubillahiminzalik.