Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

31 May 2015

Broga . sebuah keputusan

Alamak, lupa ajak salha!

Ok citer dia macam ni, last week izzah ajak pegi dengar talk series #kitalawan. aku agak tertarik dengan pelawaan tersebut dan memang ingat nak pergi lah since aku pun belum ada apa-apa cadangan program yang menarik dihati.

So, malam 30 mei booked!
#kitalawan series, Batangkali.

Khamis malam
Kemudian, di suatu malam hari yang agak meletihkan, ketika aku sedang menunggu lif. Secara tidak sedar aku telah dikelilingi makcik2 surau yang baru balik Baca Yassin kat surau. Seorang makcik menyapa
"Dik, nanti datanglah surau Sabtu nih, ada program ihyak Ramadhan. Kalau datang awal sikit boleh sembahyang maghrib sekali, nak datang lagi awal pun boleh. Boleh tolong masak" aku sengih je. Sambil fikir, macam ada benda jer Sabtu nih..
"Datanglah ye, ajak kawan2 serumah sekali"
"Sebenarnya saya macam ada benda lain, tapi tengok lah kalau takde pape insyaAllah boleh je nak pergi" ayat basa-basi anak muda baru nak up.

Btw, it shud b a good start untuk mingle with ahli kariah. begitu~

Elok sampai rumah, baru macam. oh! program ngan izzah! Bila fikir balik, kerja tak siap. Dan batangkali agak jauh. So, ok kita gi surau jer la.

So, malam 30 mei booked!
#kitalawan series, Batangkali.
Program ihya' Ramadhan, surau tepi rumah

Sabtu pagi
Aku buka FB skrol punya skrol aku nampak Azahari komen kat event Weekenders. Naik Broga tengok sunset! Ahaha~ wasap2 Edah. ok on!

So, malam 30 mei booked!
#kitalawan series, Batangkali.
Program ihya' Ramadhan, surau tepi rumah
Sunset @ Broga, Semenyih

Dasyat gak eh. sebenarnya semua ni macam mana kita mengurus priority. Dan siapa yang kita pilih untuk kita isi masa bersama. Ahaha. So, jadilah projek GB ngan Kenders semalam di Broga. Oh, takda GB semalam, yang ada hanya kenders! Hehe.














Pen off,
Sarah Kenders.

29 May 2015

Everyone (sambungan)

One day, all of us will get separated from each other; 
We will miss our conversations of everything & nothing; 
The dreams that we had. 

Days will pass by, months, years, until this contact become rare..


One day our children will see our pictures 
and ask ‘Who are these people?’ 
And we will smile with invisible tears because 
a heart is touched with a strong word and you will say: 
‘It was them that I had the best days of my life with

--------

Boleh baca whole story kat sini

27 May 2015

Everyone Leaving


Masa nak masuk sekolah menengah berasrama adalah agak crucial ye untuk anak remaja 13 tahun. Pertama kali berjauhan dengan keluarga. Ahaha~ crucial ke eh? aku rasa adalah dalam seminggu dua tu. Pastu dah berkawan lupa dah kat mak, ayah adik beradik. (Ok, tapi tetiap kali balik kg, nak balik Ipoh balik, banjir gak la.. :P) Aku rasa sedih, mesti mak lagi sedih kan. Hurm. Sejak dari umur 13 sampai la, memang senantiasa berjauhan dari keluarga. Sobss. i leave them

Masa aku tahun 1 universiti, aku start usrah ngan Kak Sal, tahun dua aku di pas kepada naqibah lain sebab kak Sal pun toward the end of course dia. Ok, kat situ aku sedih gila. Nape kak Sal leave me T.T Untung tau jadi first naqibah ni, sentiasa ada ruang khas pada hati mutarabi. (haruslah kalau kau perform, kalau tak perform i dont think mutarabbi nak ingat u.. huhu) Then, kak sal habis study. Leavin me. 

Bila masuk kerja, aku kenal dengan first officemate, Kezia. Memang dia la tempat aku bercerita selalunya, sebab orang first kita kenal kat opis kan. :) End up dia pun bertukar kerja ke tempat lain. Hari-hari terakhir dia kat opis adalah hari yang begitu mendung pada tahun 2013 tu. Warrghhhh.. Sampai sekarang pun bila aku ingat moment terakhir dia kat opis aku masih mampu bergenang. Ahaha~ Leavin me.

Kat PJ ni, aku bergerak bersama NGO Ikram. Ketika aku macam terkapai-kapai nak handle banyak benda aku kenal dengan Husna. Alhamdulillah, aku kira Allah hantar husna untuk bantu aku dalam banyak hal. You're the best Una! Tapi tapi... sobs, rupanya pun pinjaman. Sat ja Una mai PJ.. lepas tu dia balik Sabak Bernam, Ah! Leavin me. again.

Nak citer dia, kalau orang tinggal kita lebih sakit sebenarnya dari kita tinggalkan orang T.T

Tapi, ada satu perkara yang aku belajar dari setiap perpisahan. Aku belajar yang akhirnya aku menjadi lebih kuat untuk menerima perpisahan, dan aku jadi aware yang setiap permulaan dan perkenalan akhirnya akan sampai kepada titik perpisahan jua. So, aku belajar untuk redha. Saja Allah nak hit dengan kesakitan paling dalam, supaya sooner or later it wouldn't bother you any further.

kan kan?

Tengok je lah dari sirah, macam mana Allah test Nabi Muhammad saw, dengan kehilangan bapa saudaranya Abi Talib dan isterinya Saidatina Khadijah in the same year! Both adalah penolong paling ampuh Nabi. Sayap perjuangan! Wah peritnya MashaAllah! Nauzubillah, tak dapat aku nak bayangkan. Dan untuk kesedihan yang perit itu, Allah beri hadiah israk mikraj buat nabi.

Maka, pada setiap keperitan hidup baik disebabkan oleh perpisahan dengan yang tersayang mahupun kepahitan hidup yang lainnya, InsyaAllah Allah dah prepare sesuatu yang lebih indah buat kita.

Lets chin up, peep!

Walau semua orang tinggalkan kita atau kita tinggalkan mereka, Allah tak pernah tinggalkan kita :) Jom, balik pada Allah kawan-kawan.

#bauRamadhan #rinduRamadhan #sampaikanlahKepadaRamadhan

*Banyak lagi la senarai leavin me, and leavin them tapi takkan nak list kan semua kut, kan? :P

25 May 2015

Of a viper

Viper Arena
.   Challenge the Dark    .

Mac.

Pada satu masa dahulu, kira kira bulan Mac 2015, (baru je balik retreat GSB time tu) bebudak ni ajak la jejoin event seperti tertera. Aku tau program sejenis ini pun sebab, Nina pernah join Viper Challenge tahun lepas. 21km bak hang. tapi aku memang aktiviti gini takkan di ambil port lah kan. 

Tapi entah kenapa aku telah ter'join' dan ter'bayar' ke Nina untuk registration on the spot. 

krik krik krik..

Konon-konon nak cabar diri, lagi pun 7km + 15 halangan je katanya. 

Mei.

Ahaha. Disebabkan Mei terdapat banyak program-program dah beratur, maka aku pun tak dan nak fikir secara serius tentang program ni. 

09. 9to5 Run + SkyWarior, Putrajaya
10. Daurah BM Shah Alam + Usrah + Hi-tea Mother's Day GS
16. JUS Bengkel Kewangan + Lailah Imaniyah
17. Broga [4] Palestine & Syria + Usrah
23. Penurunan Manhaj + Viper!

Ok, by the way.. dua hari sebelum program aku dah mula hilang selera makan. Ok, it so me! Sehari sebelum program (Jumaat tu, malam dia) aku jumpa Edah masa nak pergi melawat parent Kak Maria dan Dr E di PPUM. Tak sangka rupanya Edah pun mengalami simptom yang sama! ahaha~ dia pun sampai sembelit gak lah bila neves nih. Ok aku tidak kesorangan. yeay!

And. the day pun muncul.

Disebabkan aku dah dari awal nebes, so on the day mampu la sorok2 sikit tahap nebes tu kan.

Sebelum viper, potluck tepi tasik.

Btw cabaran viper ni insyaAllah semua mampu lalui dengan bantuan kerjasama berpasukan oleh ahli pasukan. Nothing impossible dengan bantuan persekitaran dan of course kehendakNya. :)

Tapi kalau rasa betul-betul nak perform memang kena workout on upper body strength. Dimana the most problematic part pada aku lah~ Tolak pagar rumah kat kampung pun kekadang kena panggil Kak Siti. aiyark~

Salah satu cabaran, yang ni ok lagi.

setelah melalui aktiviti ni, aku rasa aku tak sesuai jadi buruh kasar.

Group photo, lepas penat angkat air

bukan selalu dapat rasa rumput stadium

Ada several obstacles la yang memang tak dinafikan begitu susah, lebih-lebih lagi yang aku kena buat sendiri dan tiada bantuan pasukan. ahaha~ Tapi part yang parah bagi aku kena naik turun tangga berjuta kali. Habis kalori mak! ehmm. Halangan kedua terakhir adalah, kena bawa beban 20kg turun naik tangga stadium. part tu aku dua tiga kali jatuhkan beban sebab tak larat. But Alhamdulillah manage to finish the obstacle, dengan bantuan kata-kata motivasi dari Nina dan ada la brader belakang, minta tolong naikkan beban balik ke bahu lepas aku dah jatuhkan ala-ala fedap gitu. Dan lepas habis obstacles tu, bila nak start lari balik. tetiba aku kejang, betis dan jari kaki! oh no, thanks prompt action oleh wakil hospital kita, saudari edah. :)

i love u to the moon and back my adik-adik bulatan kesayangan, sudi merealisasikan impian kakak yang makin di mamah usia nih. T.T

Alhamdulillah, its done!

++ nota-nota ++
1. nak perform, please tambah knowledge and practise more (apply to anything)
2. masa aku pergi tu, manusia ramai gila. Tak dan aku nak perasan orang sekeliling, macam tu lah gamaknya kat mashar nanti kut kan?
3. macam mana nak apply dalam dakwah? hurm.

puzzle.

take home message as above,
take note please! ^_^

pen off.
bajet stay opis nak siapkan kerja, asal aku siapkan blogpost lak ni. 
adeh~

18 May 2015

Broga [4] Palestine & Syria 4.0


Naik Broga kali keempat. Tapi cantik! sebab baru lepas terbakar ni, lalang dia hijau sangat!

Semoga saudara di Palestin & Syria terus bersama lindungan Allah :)

Broga Hills,
17 Mei 2015.
Gema Selangor Backpackerz