Adalah gambar gegor sekeping masa berforum kat Tahan |
Quotes..
Sedikit Renungan
12 September 2020
Selamat Bernikah, Razreen & Azira!
20 August 2020
PKP dan kisah-kisah diantaranya.
Sedar tak sedar dah bulan 8, dah tahun baru pun (Selamat Tahun Baru 1442H). Bila Allah nak kata jadi, maka jadilah, begitulah aku kira ujian Covid yang melanda dunia di 2020 ini.
Malaysia menyepi, atleast pada 3 bulan pertama PKP. Setelah bersurai di pintu rimba Yong Yap. Sejak itu, gunung pun telah sepi dari kamus hidup. Semuanya duduk di rumah, memandang syiling masing-masing dan cuba mengkoreksikan diri dan hidup. Banyak. Bagi yang berpikir.
Dan senggang masa yang panjang. Kehidupan sosial manusia menjadi terbatas dan ramah yang pernah wujud menjadi janggal. Ada diantara kita menjadi terbiasa untuk menyembunyi rasa. Kerana rasa yang tak sama, dan manusia sering gagal memahami rasa melainkan berlaku pada dirinya sendiri.
Fuh, panjang pulak kita punya mukadimah.
Ok, disebabkan dah PKPP dan aku punya mood swing pun dah beransur pulih, dan im willing to open up to the world. (Acah teruk sangat je kejadian kat kau kan!) Maka, memberikan masa aku minggu ini untuk bersosial! hehehe.
Selasa malam, bersama geng sushi SERATA. Terima kasih sudi luangkan masa walaupun ai selalu turn down request before ni. Haha! Bukan taknak, tapi memang tak available dan mentally tak ready. Terima kasih untuk persahabatan 20 tahun dan kedepannya gais! Much love ❤❤❤
Rabu malam dengan few of geng gema. Asalnya nak ambil kad jemputan dari Reen, tapi dah alang-alang dekat Kajang, ajak lah member2 yang berhampiran.
Melalui sembang kencang sampai tengah malam, (sampai terpaksa tidur rumah Tokie la sebab dah lanjut sangat) dapatlah aku simpulkan, ramai je sebenarnya yang terkesan dengan PKP ni. Ada yang terkesan dengan kerja, tak kurang juga yang diuji dengan masalah kesihatan/keselamatan keluarga. Dan macam-macam lagi lah. Banyak juga aku dengar mengambil senggang masa PKP hari tu untuk berfikir lebih jernih tentang hidup dan keputusan2 hidup.
Apa-apapun, manusia tetaplah makhluk sosial yang perlu ruang untuk berinteraksi sesama manusia. Jadi, ambil masa dan reach out your friend yang dah lama korang tak jumpa dan berbuallah! They just need to be heard (and u too). Tak dinafikan kadang-kadang ada yang belum bersedia untuk open up. Takpe, cepat atau lambat, the time will come. Tapi kalau anda mengalami perasaan sendu dlm hidup yang terasa makin berpanjangan, jangan biar lama sangat. Jumpa lah manusia, carilah anda yang dulu.
Spill and spread your wing again.
ok gais? we bend, but we bounce back harder k?!
Khamis malam (iaitu sekarang), okey kembali ke pangkuan usrah. Haha! Daurah Gabungan malam ni gais. Moga menemui keinsafan dan kembali terlorong menuju tuhan.
Till then.
17 August 2020
Perasaan
Rasa macam nak menulis.
panjang.
Tentang hidup dan beberapa cerita yang singgah dan pergi.
Tapi tu lah. bila lah nak sempatnya. Haih.
k tu je, im good here. Later la tulis.
10 August 2020
Satu hari di masa depan..
Hari ni dapat berita kematian. Arwah baik orangnya. Banyak amalnya. Semoga segala amalnya menjadi saksi kebaikan yang ditaburkan semasa hayatnya kelak.
Pada masa depan.
Apakah yang akan orang kenangkan tentang aku.
Sejak akhir-akhir ini, di hujung hari yang menghampiri senja, kesendirian dan kesepian, sering menghantar soalan-soalan ini kedalam benak dan fikiran.
20 June 2020
Saturday
Budak-budak ni pulak nak Subuh kat puncak, memang tak dapatlah nak drive ke Semenyih pagi-pagi dengan sebelah lampu je. Huhu.
Dan akhirnya, ya disini aku hari ini. Depan laptop tengah taip blog.
Damainya dengar bunyi burung-burung di hari cuti ni, sambil menghirup bau tumisan jiran tetangga. Nyum-nyum
Sekian, selamat hari Sabtu. Semoga kita semua terus belajar untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam. InsyaAllah.