Quotes..
Sedikit Renungan
24 May 2022
Mengandung
10 May 2022
Hmm
"Kak, saya nak tanya skit ni. Tapi akak jangan marah plak"
"Ha, tanya je lah"
"Saya tengok akak ni, dah lama dah main. Tapi kan kak, kenapa macam beban je lagi. Takde orang ajar akak ke?"
hmm
"Kak siapa yang ajar akak main game ni"
"Takde, saja main. PKP kan"
.
Banyak plak bertanya budak ni malam ni. Beban2 aku pun, aku survive je sampai last circle apa! Dia da mati dulu, bising. Emo kan! Acik2 main game kena lah emo. Habis game tu, aku left team dia. Aku masuk lobby member sekejap, (yang level acik2 dan sama beban macam aku) mengadu kat dia. Pastu off.
Serabut nak gi travel, ingat nak cool down masuk game, lagi hauk. Hmm.
I'm on my trip to South, pray for my safety guys. Till next post!
11 April 2022
Tukar Absorber
Minggu lepas, radiator kereta kila rosak. Jadi hantarlah bengkel dekat dengan pejabat ni. Tahap dekat dia kalau jalan dari bangunan pejabat ni, kurang 10 minit boleh sampai. Dekat sangat kan? Cerita kila ni asbab je, pembuka kepada kisah aku.
Sejak aku kemalangan tahun 2020, aku perasan kereta aku ni bunyi dia semakin meriah. Apa yang syok sangat tak tau kat dia, semua benda nak bunyi. Kadang macam nak runtuh je bunyi besi2 berlaga antara satu sama lain. Bunyi tu kadang behave sikit lepas servis berkala tu.
Awal dulu, enjin pun ada mengaum2 sikit. Lepas hantar servis perodua, dia ada buat mounting. Ok dah part enjin setel. Tapi part bunyi besi kat bahagian bawah ni tak hilang juga. Macam yang aku ceritakan sebelum ni, aku tunggu quotation harga untuk buat kat perodua, tapi tak dapat lagi. Cuma aku ada juga lah tanya-tanya dia agak2 berapa kena standby untuk bayaran nanti, dia bagitau lebih kurang 3k. Gulp, masyaAllah!
Ok, berbalik pada cerita kila tadi. Jadi petang esoknya tu, masa kila ambil kereta aku pun minta pakcik tengokkan kereta aku tu. Sementara kila setel2kan kereta dia, pakcik pun ronda2 jap pakai kereta aku. Pakcik pun bagitau kena mounting dan ada leaking dekat enjin kena tukar barang. Bincang punya bincang, aku pun setujulah untuk perbetul kereta ni dalam 2 hari bekerja. Kira pagi hantar, petang ambil. Senang kan. Sebabkan pakcik tu bagitau yang nak kena tukar tu sama macam perodua bagitau hari tu, jadi aku proceed je lah. Nak tak nak kena juga baiki.
So tukar absorber dan mounting.✔ Tukar lower arm kiri ✔ dan pelbagai lagi. Jumlah: 1.7k
Pakcik bagitau, sebabkan aku punya kereta hari tu kemalangan, insurans cover untuk bahagian yang kena je, jadi aku punya lower arm tu tak balance kiri-kanan. Satu lama satu baru. Sebab tu dia bunyi. Ni dah tukar, Alhamdulillah takdak dah bunyi2 nak runtuh tu.
Moga boleh melaju lebih jauh lagi. 😊 Sekian tu je nak update.
23 March 2022
Tukar tayar
02 March 2022
Nasi Lemak Bonet dan Bubur Beratur
Hai gais! Bertemu lagi kita. Ahai rancak lak menulis en sekarang ni. Sajalah sementara momentum menulis tu ada kan.
Ok nak cerita.
Cerita dia macam ni, kawan aku ni takde kereta minggu ni. Jadi dia naiklah keretapi pergi kerja. Maka semalam Selasa, aku pun ambil dia di LRT. Saja lah balik kerja semalam aku usulkan kat dia,
"Eh alang-alang awak naik LRT ni, lajak lah ke Masjid Jamek cari sarapan. Bubur tu.. dia dekat je ngn LRT"
"Eh betul jugak tu"
"Nanti akak park kat Kg Baru then kita jumpa kat Masjid Jamek. Lama ni tak gi sana"
Hari ni
Dan, perjalanan pun di mulai. Seawal 7.21 pagi aku dah dapat text
'Kak Sarah, Qlah da naik tren'
Aku pun segera bersiap dan bergerak menuju LRT Kg Baru. Alhamdulillah gerak awal ni line clear. Sampai kat LRT Masjid Jamek. Tengok sekeliling. Ok ada yang dah berubah ni. Tengok kemah2 kedai sarapan dah makin rancak. Turun je dari tangga LRT dah berderet kedai. Kedai jual air neskepi saja pun ada. Ada orang jual bubur jugak! Aku aim memang nak cari bubur turun Masjid Jamek ni. Dulu ada satu kedai bubur ni, orang beratur panjang gila nak beli. Tapi memang sedap lah. Hancur gak sikit hati aku tadi sebab Qilah bagitau, kedai tu da tukar tempat. Nampak ada orang lain jual, terubat sikit kehancuran tersebut. Bubur sebekas setel, RM3.50
Kat simpang HSBC tu aku nampak Qilah, dan sebungkus plastik merah jambu ada 5 bungkus nasi lemak bonet pelbagai lauk dalam tu. Ada happy, keinginan dia tercapai. Pulak tu dari kakak yang beratur depan dia cerita, semalam nasi lemak tak buka, mujur plak hari ni buka. Kalau tak keciwa lagi tadi. huhu.
Tengok kedai yang biasa pi dulu, trak abang sado - (signature: nasi lemak paru), keria gula merah pakcik motor, cucur sayur n cekodok abg trak, semua takdak dah. Tapi banyakla kedai lain naik. Lagi rancak dari dulu. Taktau la diorang ni memang dah takde atau dah bertukar jadi khemah dah takde trak lagi. Biasalah pi pagi ni, terkejar kejar sikit. Tak sempat nak belek semua.
Selesai dapat kan makanan target kami, kami pun bersegera ke LRT untuk balik ke Kg Baru. Perjalanan tamat, dan kami makan di kafe bangunan, sambil order neskepi ais sebab letih beno rasa berkejor pagi2 cari sarapan. Lama tak jalan banyak.
Till next trip,
Sekian.