"Eh kata demam, dah sihat ke?"
"Saya baru demam semalam kak, tak kan lah dah sihat"
"Pastu, ni boleh ke nak pergi sekolah esok?"
"Tak pe kak, saya kan laki"
Tiba-tiba remind me of something happened few weeks back.
Macam biasalah main PUBG. Bukan semua orang kita kenal, walaupun dalam frenlist. In fact, aku main game ni, memang less dari 5 orang kut yang aku kenal (in real) adik aku 2 orang, dengan anak saudara sorang. Yang lain tu memang from totally stranger.
So satu hari aku main dengan sorang brader ni. Aku pun tak sure bila dan dimana aku start main dengan dia ni dan macam mana dia boleh ada dalam frenlist aku. Sebabkan nama dia pun aku dah lupakan, jadi kita namakan brader ni J. Aku main dengan stone masa tu, stone ni pun aku baru kenal beberapa hari from random jugak. Tapi sebab dia rajin on, jadi kerap plak main sama. Aku invite J sebab dia tengah idle. Maka kami pun main sama.
In game, barulah we both duk refresh balik (tapi memang refresh pun still tak kenal) J baru 16 tahun. Pastu dia pun terkejut jugaklah aku 35. Dalam pada tu, masih sempat nak flirt ya.
"Ala, takpelah tua2 pun berpengalaman kan" aku tau tu double meaning.
I ignored him for that phrase.
I do teruskan berbual topik yang lain. And of course, sampai kat lobby aku unfren him. Easy.
Tapi tu lah, dalam game kan. easy je kita nak delete people yang tak align dengan our liking.
Kalaulah semudah itu kita boleh delete people yang kita already ignore sekian lama di real life. The different between real life dan dunia tipu2.
So gais, cerita dia untuk situasi di dunia nyata ni, kau fikir lah sendiri the best way to block this kind of people. I believe setiap kita ada approach terbaik untuk situasi mcm ni.
All the best u all! Save your mental health from this unnecessary people~
Aku nak cerita, tapi dah tua ni kan. Kawan pun tak ramai dah. Aku pun tak tau kat platform mana nak story. Jadi aku cerita sini je lah kan. Anon.
Ok, cerita dia camni. Kat ofis ni, ada TP baru masuk. perempuan. Previous TP dah pencen last year. So bayangkan betapa lamanya takde TP kat sini. Role ni takde la significant sangat, since Pendaftar ada lagi, takde lah crucial sangat untuk ada TP ni.
Long story short, TP masuk. Sembang punya sembang, rupanya dah nak pencen dah bulan 9 nanti. Ko bayangkan, sekarang bulan julai. Dia pencen september, kalau tolak cuti yang di kumpul2 bertahun2, silap2 Ogos dia dah chow. Hah gitu.
Memang rancak TP ni, rajin berborak. orang SP. ni dapat kerja kat KL ni, dia duk tumpang rumah kawan dia kat Puchong. Pagi-pagi kalau sarapan kat kafe tu, memang dia join ktorang la, makan kat sana. Dia pun jenis rajin bercerita macam-macam lah dia sembang tentang life kan.
Dalam semua cerita tu, ada satu yang menarik dan trigger aku.
Dia pergi-balik kerja naik LRT!
Bunyi macam story biasa je ni kan? Tapi sebenarnya tak begitu biasa ya. Sebab apa, sebab LRT nak ke ofis ni 20 minit jugaklah jalan kaki. Boleh tahan berkicap jugak nanti. Ahaha. Dia cerita, pagi2 kawan dia akan drop dia dekat LRT. Dia duduk dalam tu, tido etc, then sampai sini, dia jalan ke ofis.
Ya Allah gais, betapa terpukulnya aku. TP yang dah level2 mak kau, yang lagi 2 bulan nak pencen pun setiap hari jalan atleast 40 minit (pergi balik) sehari. Allahu. Dia cakap, dia bukanlah orang yang suka bersenam pun. Tapi, kalau dah ada opportunity ni, why not? woahhhh...
Sebelum aku tau cerita dari TP ni, a.k.a sebelum dia masuk sini. Few days before tu aku memang pernah plan lah perjalanan aku kalau aku nak dapatkan step 10k sehari, aku kena buat macam mana. Aku dah survey dah sebenarnya. Kalau aku jalan kaki dari rumah, naik LRT, jalan kaki ke ofis berapa masa yang diambil. Dan berapa agak2 step aku boleh dapat. Tapi tulah, tak terlaksana2 jugak tuh.
Semoga cerita dari TP ni bagi semangat untuk aku kembali berjalan. huk2, doakan.