Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

24 October 2014

Masih tentang anjing .. jawapan dari Dr Daniel

Walaupon isu anjing ni dah agak suam-suam kuku.. tapi aku rasa tak salah kita luaskan pengetahuan dengan membaca respon Dr Daniel dibawah ni :) 

moga Allah redha.

***

Saya ditanya ttg Program Sentuh Anjing. Saya lebih suka dgn Program Mengenali dan Memahami Islam sbb ia amat diperlukan dlm suasana jerebu kejahilan yg melanda umat hari ini termasuk berhubung isu anjing. Sekadar sentuh Al-Quran mmg tidak mencukupi. Sebagai orang sains apabila disebut anjing teringat saya ttg rabies atau penyakit anjing gila. Ia menyerang otak dan boleh membawa maut. Ia disebabkan gigitan haiwan yg mengandungi virus khusus. Puluhan ribu mati setiap tahun kesan drpdnya terutama di Asia dan Afrika. WHO melaporkan gigitan anjing menjadi penyebab utamanya dan di AMERIKA shj 4.5 juta orang digigit anjing setiap tahun (CDC). Tetapi ini semua fakta sampingan sbb dlm Islam nas dan dalillah yg lebih utama.

Saya pernah ditanya non Muslim mengapa di tempat mereka orang Islam apabila melihat anjing terus mengambil batu dan membaling anjing itu. MUNGKIN ia terhasil kerana cara mereka belajar agama. Ditekankan bahawa ia najis mughallazah. Najis berat. Amat kotor. Di kelas saya berhubung bab ini ada aspek lain yg saya ajar yg diambil dari AlQuran dan Sunnah, bukan sekadar kitab fekah. Iaitu anjing adalah makhluk Allah yg TIDAK BOLEH dizalimi, disakiti. Sebaliknya dibelaskasihani. Bacalah kisah Ashabul Kahfi dlm Quran. Mereka insan mulia dan mereka ditemani seekor anjing, bukan sebagai pet, tetapi utk membantu mereka dlm perjuangan (alKahfi : 18). Dalam Hadis Bukhari disebutkan ttg seorang pelacur yg diampuni dosa kerana menolong anjing. Imam Bukhari juga meriwayatkan kisah sebahagian sahabat Nabi yg memanfaatkan anjing utk berburu. Semua ini adalah DALIL bahawa umat Islam bukan golongan anti anjing. DALIL bahawa anjing adalah makhluk Allah yg perlu dibelaskasihani. DALIL bahawa anjing boleh dibela utk tugas perburuan, penjagaan keselamatan dan sebagainya. Ia BUKAN DALIL utk jadikan anjing sebagai PET. BUKAN DALIL utk seronok-seronok menyentuh dan membelai anjing. KERANA umat Islam adalah umat Ibadah berbeza dgn golongan lain. KERANA utk beribadah kebersihan mesti dijaga dan Hadis Bukhari menyebut air liur anjing adalah najis yg wajib disamak, berbeza dgn golongan lain. KERANA umat Islam mempunyai keutamaan dlm hidup, berbeza dgn orang lain. Apabila umat FAHAM dan FAHAM itu mengikut garis panduan agama, dia akan selamat dan tidak terbabas. FAHAM yg betul akan melahirkan tindakan yg betul. DrDanial BHG2..

Apa yg telah orang barat lakukan kpd anjing mereka? Atau, apa yg telah anjing lakukan kpd orang barat? PSYCHOLOGY TODAY, Aug 2013 melaporkan satu kajian di barat, jika mereka terpaksa memilih sama ada utk menyelamatkan manusia yg tidak dikenali atau anjing / pet mereka, 40% memilih utk menyelamatkan anjing / pet.. Begitulah 'kuasa' pet. TIME.COM 2012 melaporkan 1 juta ekor anjing dilantik tuannya menjadi penerima utama harta pusaka di USA. Ya anjing bisa 'menghantui' jiwa manusia sehingga menjadikannya lebih penting berbanding manusia. CBSNEWS Mac 2014 melaporkan rakyat Amerika membelanjakan $56 bilion setahun terutama utk anjing dan kucing. Ini bermakna jika World Bank melaporkan pada tahun 2011, terdapat 1 bilion manusia miskin di dunia yg hanya mampu membelanjakan $1.25 (RM4) setiap hari, anjing di USA hidup lebih mewah berbanding mereka ini. THE TELEGRAPH Dec 2010 melaporkan ibu bapa di USA berbelanja lebih utk anjing berbanding anak-anak mereka. Apabila umat merenungi hal ini dia akan menginsafi betapa ajaran Islam begitu indah dgn meletakkan semua perkara pada perspektif serta landasannya yg betul. Perlu diingat batas bukan hanya ada di sawah dan bendang. Ia juga wujud dlm kehidupan. Batas yg terbaik adalah batas yg mengikut ukuran Allah. Ya, Allah yg telah meletakkan BATAS perisai 'Van-Allen' di langit dunia yg dgnnya menyelamatkan bumi dari cahaya radiasi yg berbahaya. Batas Allah-lah yg hendak kita ikut. Ia penyelamat.

23 October 2014

Wall Climbing 2.0

bukan sekadar tangan perlu berusaha,
tetapi badan dan kaki juga lebih perlu bekerjasama.
seperti itulah kita sebagai anggota masyarakat.
-Papal

Alhamdulillah. setel with a task. Another one waiting on 1 Nov.

Adakah aku ni orang yang suka buat event jer? what a life! Bila duk between orang outdoor ni rasa kecil jer.

T.T

Semalam bekenalan ngan sorang adik ni (ok fyi, mmg mostly yang aku kenal dlm event outdoor ni adalah muda dari aku ye. oh tuanya!) Dia dari UniKL Kampung Baru. Tahun ni shud b da tahun akhir lah. Sembang punya sembang dia cerita setahun dua kali naik CBL.

T.T

Pastu amik adik yang dari Kajang.. dah naik Nuang, Datuk, Angsi dah naik mana lagi eh? banyak gak dia sebut tadi. Boleh tahan hikers jugak.

ok straight to the point.
tahun ni menyaksikan bilangan pertambahan peserta yang memberangsangkan. (same as 1.0 version) wall climbing memang ramai peminat eh? dan most of them adalah orang outdoor. berita menggembirakan, perlahan-lahan niat asal GEMA nak menghampiri group belia macam menampakkan sinar. Harap-harap membawa hasil. kena banyakkan berdoa ni. sebab hati manusia kan Allah yang pegang ;) Pasni kena perketat mekanisma, untuk mendapatkan Return on Investment (ROI)..

Allahuyusahil.


Dunia dipenuhi dengan banyak drama,
dan aku, mungkinkah salah seorang pelakon itu? 

Sekian, selamat bekerja semua. Hari ni kerja k. bersemangat sket, mood tu jangan nak swing sangat sebab semalam cuti. :)

21 October 2014

I want to touch a dog

Program awareness ni telah berlangsung pada 19 oktober di Central Park, Bandar Utama, Petaling Jaya pada Ahad lalu. Dianjurkan oleh Syed Azmi Alhabshi yang femes dengan tag #tamakpahala. Antara objektif penganjuran adalah untuk menyebarkan awareness kepada org Melayu Islam (khususnya) supaya jangan takut dengan anjing. Anjing juga haiwan yang harus di belas kasih. Selain itu terdapat juga slot yang mengajar macam mana nak sertu sekiranya terkena air liur/najis anjing.

Hurm.

Aku tak tau apa yang penganjur fikir. 

Hurm.

Kat sini aku tidaklah menyokong, atau membangkang secara total terhadap penganjuran majlis seperti ini. Pada aku, setiap orang ada ruang untuk membuat sesuatu yang dirasakan satu ruang untuk dia memperoleh pahala. dan satu ruang untuk dia membuat sumbang bakti. tapi semuanya akan bersama pro n cons. kalau cons dia lebih banyak, maka pikirkanlah cara yang lebih baik. 

setiap orang buat silap, setiap orang berhak untuk membaik :) insyaAllah.

btw, idea untuk ajar sertu tu bagus sebenarnya. kepada muslim dan kepada non. 

Ok tentang anjing.

Bagi aku, aku memang takut anjing. Atas 2 sebab, pertama malas nak sertu. (ok sangat lah lame excuse) dan kedua sebab sehingga umur aku 18 tahun aku tak pernah ada kawan yang selain malay. Dan ofcos la anjing adalah binatang yg sangat asing. Sesuatu yg stranger.. harus lah kita akan avoid. Mak mak kita selalu ajar kan, avoid stranger? ..

Sehinggalah, pada tahun 2011 aku berpindah kerja ke Jalan Klang Lama. Jln Klang Lama ni, dipenuhi dengan pelbagai bangsa. Semua ada. Nak dijadikan cerita, 4 bulan pertama aku memang belum beli kereta. Terpaksa rely on public. Bila turun bas, aku perlu berjalan kaki dalam 5 -10 minit sebelum sampai pejabat. Along the way mesti akan ada anjing liar berjalan atau tidur dibawah kereta dan tiba tiba bangun bila kita lalu. owh men scarry. So setiap hari aku akan berdoa dalam hati kuat2 supaya anjing tu tak kacau aku. Berusaha aku avoid eye contact etc. Lepas aku beli kereta, kadang2 masih juga anjing ni akan berkeliaran berhampiran kereta.

Lepas 2-3 tahun aku rasa, aku get used to it. PJ memang banyak anjing. Bukan kat ofis aku jer. Kat perumahan2 pun. Aku dah boleh control feeling aku bila face-to-face ngan anjing. Atleast adrenaline rush aku dah tak sama macam first time aku jumpa dulu.

Kesimpulan yang aku nak citer kat sini, nak hilangkan fobia/ketakutan terhadap anjing, tak perlu pun sampai nak sentuh belai2. Jumpa dengan dia setiap hari, get to know behaviour dia, insyaAllah will help much. 

Dan aku tak rasa, sehari kau pergi belai anjing kt park tu.. ko boleh terus hilangkan fobia kau kat anjing tu 360. Sebab aku tak rasa anjing kat event tu jenis yang menyalak. Nanti balik kat street, jumpa stray dog, sekali dia bark tengok fobia lagi tak, ada hati lagi tak nak belai dia? huahua. 

btw, this is just my opinion. jika pandangan kalian tak sama dengan aku.. no offense k!
thats we called diversity :)

oh ok esok cuti, aku akan ke Putrajaya Challenge Park (PCP). 
kalau korang ada kat sana esok hello2 k :) (ayat bajet artis)
kalo rajin nnt aku updet citer psl event esok k, till then. daa..

20 October 2014

Access Card

of the white access card, office clan and a vacation.


sekarang ni macam dah musim cuti plak. tetiba ofismate ramai lak yang pergi bercuti. (lebih dari satu consider ramai lah kan?) kat office puchong ni kitorang tinggal berenam jer. aku ngan ann malay and 4 lagi adalah chinese. They are a kind one insyaAllah. we live without racist environment. woaha~

ok ok straight to the point. Minggu lepas punya lepas, Cath pergi bercuti (honeymoon. dia baru kawin last month) So, kad untuk parking kereta dia pas kat aku. Sebab antara kami berenam, aku ngan Ann jer tegar tak nak parking bawah bangunan. Nak parking gak kat kawasan parking MPSJ, nak jimat katanya. Jadi, bila Cath bercuti, rugi pulak lah kan kad dia tak da orang guna.

Jumaat last week dia balik, merasa lah aku park kat luar sehari. Pastu minggu ni, dua orang pulak bercuti. So, aku dapat satu kad, Ann dapat satu :) maka begitulah ceritanya hidup dengan rukun di bawah satu bumbung, dan SATU MALAYSIA ..

point dia kat sini.. senang jer sebenarnya nak dapat pahala. aku selalu berdoa agar Allah buka pintu hidayah kat diorang. sebab.. diorang baik sangat T_T *nangis* . zaman aku sekolah dulu pun ada seorang cikgu cina yang baik giler, bila musim buah jer habis dia bagi buah kat dusun dia tu bawa ke kitorang yang duk asrama nih..

tapi tu lah, hidayah tu Allah yang pegang.. sampai ke hujung usia dia, dia still atheist. even duk mengajar kat sekolah agama pun, tak mesti orang tu akan terbuka hati untuk Islam.  kan? teringat kat Abi Talib, terbayang rasa Nabi saw. eh kenapa ada air plak kat mata ni. *kesat*
Ya Allah, semoga kau bukakan pintu hati sahabat2 ku yang belum Islam ni. amin.
wallahualam, till then.

19 October 2014

Kampung

Pagi ini damai. dingin.
Kadang kala ada suara gagak membelah sunyi.
Bergiliran dengan bunyi motor dan motokar.

Damai kampung sedikit pun tak tercemar.
Dinginnya masih sama,
Segar udaranya pun tak terkurang.

Bau hujan sisa renyai pagi,
meneman aku menghadap hari.
Bersama secangkir kopi,
yang belum kurang kehangatannya.

p/s: Dapat notis rumah PJ takda air 3 hari, maka.. start enjin dan bedesup pulang ke kampung mak. Alhamdulillah kg dekat ;) terukkan? sebab takde air baru reti nak menjenguk saudara.. :P

Sg Buloh,
Kuala Selangor