sekarang ni macam dah musim cuti plak. tetiba ofismate ramai lak yang pergi bercuti. (lebih dari satu consider ramai lah kan?) kat office puchong ni kitorang tinggal berenam jer. aku ngan ann malay and 4 lagi adalah chinese. They are a kind one insyaAllah. we live without racist environment. woaha~
ok ok straight to the point. Minggu lepas punya lepas, Cath pergi bercuti (honeymoon. dia baru kawin last month) So, kad untuk parking kereta dia pas kat aku. Sebab antara kami berenam, aku ngan Ann jer tegar tak nak parking bawah bangunan. Nak parking gak kat kawasan parking MPSJ, nak jimat katanya. Jadi, bila Cath bercuti, rugi pulak lah kan kad dia tak da orang guna.
Jumaat last week dia balik, merasa lah aku park kat luar sehari. Pastu minggu ni, dua orang pulak bercuti. So, aku dapat satu kad, Ann dapat satu :) maka begitulah ceritanya hidup dengan rukun di bawah satu bumbung, dan SATU MALAYSIA ..
point dia kat sini.. senang jer sebenarnya nak dapat pahala. aku selalu berdoa agar Allah buka pintu hidayah kat diorang. sebab.. diorang baik sangat T_T *nangis* . zaman aku sekolah dulu pun ada seorang cikgu cina yang baik giler, bila musim buah jer habis dia bagi buah kat dusun dia tu bawa ke kitorang yang duk asrama nih..
tapi tu lah, hidayah tu Allah yang pegang.. sampai ke hujung usia dia, dia still atheist. even duk mengajar kat sekolah agama pun, tak mesti orang tu akan terbuka hati untuk Islam. kan? teringat kat Abi Talib, terbayang rasa Nabi saw. eh kenapa ada air plak kat mata ni. *kesat*
Ya Allah, semoga kau bukakan pintu hati sahabat2 ku yang belum Islam ni. amin.wallahualam, till then.
1 comment:
Aamin..
Post a Comment