Hurm.
Aku tak tau apa yang penganjur fikir.
Hurm.
Kat sini aku tidaklah menyokong, atau membangkang secara total terhadap penganjuran majlis seperti ini. Pada aku, setiap orang ada ruang untuk membuat sesuatu yang dirasakan satu ruang untuk dia memperoleh pahala. dan satu ruang untuk dia membuat sumbang bakti. tapi semuanya akan bersama pro n cons. kalau cons dia lebih banyak, maka pikirkanlah cara yang lebih baik.
setiap orang buat silap, setiap orang berhak untuk membaik :) insyaAllah.
btw, idea untuk ajar sertu tu bagus sebenarnya. kepada muslim dan kepada non.
Ok tentang anjing.
Bagi aku, aku memang takut anjing. Atas 2 sebab, pertama malas nak sertu. (ok sangat lah lame excuse) dan kedua sebab sehingga umur aku 18 tahun aku tak pernah ada kawan yang selain malay. Dan ofcos la anjing adalah binatang yg sangat asing. Sesuatu yg stranger.. harus lah kita akan avoid. Mak mak kita selalu ajar kan, avoid stranger? ..
Sehinggalah, pada tahun 2011 aku berpindah kerja ke Jalan Klang Lama. Jln Klang Lama ni, dipenuhi dengan pelbagai bangsa. Semua ada. Nak dijadikan cerita, 4 bulan pertama aku memang belum beli kereta. Terpaksa rely on public. Bila turun bas, aku perlu berjalan kaki dalam 5 -10 minit sebelum sampai pejabat. Along the way mesti akan ada anjing liar berjalan atau tidur dibawah kereta dan tiba tiba bangun bila kita lalu. owh men scarry. So setiap hari aku akan berdoa dalam hati kuat2 supaya anjing tu tak kacau aku. Berusaha aku avoid eye contact etc. Lepas aku beli kereta, kadang2 masih juga anjing ni akan berkeliaran berhampiran kereta.
Lepas 2-3 tahun aku rasa, aku get used to it. PJ memang banyak anjing. Bukan kat ofis aku jer. Kat perumahan2 pun. Aku dah boleh control feeling aku bila face-to-face ngan anjing. Atleast adrenaline rush aku dah tak sama macam first time aku jumpa dulu.
Kesimpulan yang aku nak citer kat sini, nak hilangkan fobia/ketakutan terhadap anjing, tak perlu pun sampai nak sentuh belai2. Jumpa dengan dia setiap hari, get to know behaviour dia, insyaAllah will help much.
Dan aku tak rasa, sehari kau pergi belai anjing kt park tu.. ko boleh terus hilangkan fobia kau kat anjing tu 360. Sebab aku tak rasa anjing kat event tu jenis yang menyalak. Nanti balik kat street, jumpa stray dog, sekali dia bark tengok fobia lagi tak, ada hati lagi tak nak belai dia? huahua.
btw, this is just my opinion. jika pandangan kalian tak sama dengan aku.. no offense k!
thats we called diversity :)
oh ok esok cuti, aku akan ke Putrajaya Challenge Park (PCP).
kalau korang ada kat sana esok hello2 k :) (ayat bajet artis)
kalo rajin nnt aku updet citer psl event esok k, till then. daa..
4 comments:
"saye setuju dengan pandangan aunty sarah sama jugak dengan umi saya! " - kata naurah sambil mengangkat tangan
bagus naurah! so ummi naurah xde komen pun kat blog.. dia komen kt fb je ek? hehe
uit pegi jugak ke wall climbing? bagus anda sgt gigih!!
ajk maa.. pegi ar mengangkut peserta :)
Post a Comment