moga Allah redha.
***
Saya ditanya ttg Program Sentuh Anjing. Saya lebih suka dgn Program Mengenali dan Memahami Islam sbb ia amat diperlukan dlm suasana jerebu kejahilan yg melanda umat hari ini termasuk berhubung isu anjing. Sekadar sentuh Al-Quran mmg tidak mencukupi. Sebagai orang sains apabila disebut anjing teringat saya ttg rabies atau penyakit anjing gila. Ia menyerang otak dan boleh membawa maut. Ia disebabkan gigitan haiwan yg mengandungi virus khusus. Puluhan ribu mati setiap tahun kesan drpdnya terutama di Asia dan Afrika. WHO melaporkan gigitan anjing menjadi penyebab utamanya dan di AMERIKA shj 4.5 juta orang digigit anjing setiap tahun (CDC). Tetapi ini semua fakta sampingan sbb dlm Islam nas dan dalillah yg lebih utama.
Saya pernah ditanya non Muslim mengapa di tempat mereka orang Islam apabila melihat anjing terus mengambil batu dan membaling anjing itu. MUNGKIN ia terhasil kerana cara mereka belajar agama. Ditekankan bahawa ia najis mughallazah. Najis berat. Amat kotor. Di kelas saya berhubung bab ini ada aspek lain yg saya ajar yg diambil dari AlQuran dan Sunnah, bukan sekadar kitab fekah. Iaitu anjing adalah makhluk Allah yg TIDAK BOLEH dizalimi, disakiti. Sebaliknya dibelaskasihani. Bacalah kisah Ashabul Kahfi dlm Quran. Mereka insan mulia dan mereka ditemani seekor anjing, bukan sebagai pet, tetapi utk membantu mereka dlm perjuangan (alKahfi : 18). Dalam Hadis Bukhari disebutkan ttg seorang pelacur yg diampuni dosa kerana menolong anjing. Imam Bukhari juga meriwayatkan kisah sebahagian sahabat Nabi yg memanfaatkan anjing utk berburu. Semua ini adalah DALIL bahawa umat Islam bukan golongan anti anjing. DALIL bahawa anjing adalah makhluk Allah yg perlu dibelaskasihani. DALIL bahawa anjing boleh dibela utk tugas perburuan, penjagaan keselamatan dan sebagainya. Ia BUKAN DALIL utk jadikan anjing sebagai PET. BUKAN DALIL utk seronok-seronok menyentuh dan membelai anjing. KERANA umat Islam adalah umat Ibadah berbeza dgn golongan lain. KERANA utk beribadah kebersihan mesti dijaga dan Hadis Bukhari menyebut air liur anjing adalah najis yg wajib disamak, berbeza dgn golongan lain. KERANA umat Islam mempunyai keutamaan dlm hidup, berbeza dgn orang lain. Apabila umat FAHAM dan FAHAM itu mengikut garis panduan agama, dia akan selamat dan tidak terbabas. FAHAM yg betul akan melahirkan tindakan yg betul. DrDanial BHG2..
Apa yg telah orang barat lakukan kpd anjing mereka? Atau, apa yg telah anjing lakukan kpd orang barat? PSYCHOLOGY TODAY, Aug 2013 melaporkan satu kajian di barat, jika mereka terpaksa memilih sama ada utk menyelamatkan manusia yg tidak dikenali atau anjing / pet mereka, 40% memilih utk menyelamatkan anjing / pet.. Begitulah 'kuasa' pet. TIME.COM 2012 melaporkan 1 juta ekor anjing dilantik tuannya menjadi penerima utama harta pusaka di USA. Ya anjing bisa 'menghantui' jiwa manusia sehingga menjadikannya lebih penting berbanding manusia. CBSNEWS Mac 2014 melaporkan rakyat Amerika membelanjakan $56 bilion setahun terutama utk anjing dan kucing. Ini bermakna jika World Bank melaporkan pada tahun 2011, terdapat 1 bilion manusia miskin di dunia yg hanya mampu membelanjakan $1.25 (RM4) setiap hari, anjing di USA hidup lebih mewah berbanding mereka ini. THE TELEGRAPH Dec 2010 melaporkan ibu bapa di USA berbelanja lebih utk anjing berbanding anak-anak mereka. Apabila umat merenungi hal ini dia akan menginsafi betapa ajaran Islam begitu indah dgn meletakkan semua perkara pada perspektif serta landasannya yg betul. Perlu diingat batas bukan hanya ada di sawah dan bendang. Ia juga wujud dlm kehidupan. Batas yg terbaik adalah batas yg mengikut ukuran Allah. Ya, Allah yg telah meletakkan BATAS perisai 'Van-Allen' di langit dunia yg dgnnya menyelamatkan bumi dari cahaya radiasi yg berbahaya. Batas Allah-lah yg hendak kita ikut. Ia penyelamat.

No comments:
Post a Comment