Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

21 January 2018

Ledang Trip - Part 2

Disebabkan lama gila tangguhkan post ni, maka lets make it short and sweet. Hahahaha! Letak summary je, not bad huh?!

Sabtu
1125 memulakan pendakian
1200 tiba cp1 dan rehat
1215 meneruskan pendakian
1230 tiba di cp2 dan rehat
1245 meneruskan pendakian
1300 tiba di cp3 dan rehat
1320 meneruskan pendakian
1430 tiba di cp4 kem rotan


Wah, macam banyak rehat je kan pendakian hari Sabtu ni? Santai! Suka! Aku pun tak ingat sangat dah macam mana pendakian Ledang ni. Tapi masa naik ni, most of the time aku duduk belakang Huzaimi, adik Mirul. Pastu belakang aku bos Mirul, Kak Zalina (adalah kapten sebenarnya. hihi) Oklah duduk tengah-tengah ni tenang sikit. Petang tu kenal-kenal, pastu mandi manda. Then malam tu, makan malam! yehu~ ok aku rasa over pulak minta lambchop, memang tak termakan kut.

Sepatutnya malam tu, kami ada sharing dari Faiz. Tapi faiz pun pancit kut, tambahan pulak kami kena bangun awal esoknya, jadi cut it short. Sharing takde. (Adakah sebab lama sangat taaruf petang tu? Hmm)

Ahad
0300 Start hiking
0330 Simpang pendita dan rehat
0340 meneruskan pendakian
0530 Kem senget, berhenti untuk Solat Subuh
0600 meneruskan pendakian
0640 tiba di sebelum puncak
0650 tiba di puncak


Alhamdulillah, sampai gak aku ke puncak Ledang. Macam ni rupanya view dari puncak. (Ok tipu, takde view pun sebenarnya. Musim hujan awak! Nampak kabus je) Aktiviti aku kat puncak? offer semua orang makan makanan yang aku bawak. Mission success! Ringan sikit beg on the way turun.

Masa nak turun ni, team terpecah kepada 2, satu group turun ikut KFC, satu lagi ikut route naik. Kitorang? ikut jalan asal je. Langsung tak mencabar ke kitorang ni? kahkah!

0845 gerak turun
1115 sampai campsite

Perjalanan turun pulak, gue bareng Kak Siti, Sarrah, Kak Zalina, Nani dan Bad. Sima, Huzaimi dan Amirul belakang sikit dari gue dan temen2.

Sampai camp site, terkezut! Telur sepapan telah lesap hilang entah kemana! Ahhh.. kalut sangat pagi tadi naik puncak lupa nak simpan makanan seperti ajaran norma pergunungan. Maka tengahari tu, makanan kami, sederhana saja. Alhamdulillah, masih ada rejeki.

1440 start turun
1535 cp2
1546 cp1
1600 sampai starting point

Alhamdulillah. Sampai semula ke kaki gunung. Kat bawah tu, kena spotcheck semula, adakah barang yang kita bawa naik, semua kembali di bawa turun. Masa naik tu, dia ada minta isi form, jadi kena declare barang-barang yang bawa naik, masa naik dia tak check, masa turun dia check uolls. Punggah lah beg sorang-sorang dan kira depan diorang. Taman negara kan.

Allah tahu kemampuan kita

Dah sampai bawah tu, kitorang makan malam sekali. Masa tu barulah tau beberapa kisah. Berkaitan dengan kerisauan aku tentang hujan dan pendakian. Rupanya guide bagitau, bawah dari cp4 Sabtu malam Ahad tu, hujan lebat teruk. Sampaikan, ada team yang terkandas dan kena dapatkan bantuan untuk bawa turun. Terkejut kami orang, sebab dekat camp site, memang tak hujan langsung. Allahuakbar!

Nota kaki

Lama tak naik gunung dengan most of GSB. Dah kahwin belaka ni susah nak dapat bareng2. Ya, life kan, macam tulah, tak ada yang kekal. Tak semua naik, but most! Tak taulah will have this again tak later. For time being just cherish the moment kan. ;)

(eh eh sentimental plak dia, kbye)

Ledang Trip - Part 1

Tarikh kejadian: 11 & 12 November 2017

Beberapa hari sebelum pendakian, kebanyakan bahagian Malaysia dilimpahi hujan. Bukan biasa-biasa. Hujan kali ini luar biasa, sehinggakan tidak aku lihat mentari menyinar terang di Kg Gajah ketika pulang kampung halaman pada minggu sebelumnya.

Apabila sehingga khamis hujan masih juga turun pada setiap harinya, gusar di jiwa menjengah juga. Penang dah banjir, sana-sini sibuk dah orang memulakan misi bantuan. Selain Penang, beberapa tempat di Selangor juga ada terlampias kesan air bah.

Jumaat tu, hujan turun lagi mencurah-curah. Ulu Langat banjir, UIA gombak juga banjir. Malah, pekan Seramban pun banjir. Aku dah makin gentar. Cek wether forecast untuk Ledang hari Sabtu dan Ahad, hujan pada kebanyakan jam untuk kedua-dua hari. Ya Allah, apa lah dosa aku! Dah bertahun GSB tak buat hiking selepas bulan Oktober kerana memberi laluan musim hujan, tapi entah percaturan apalah, tahun ini kami buat program pendakian di bulan November.

Ujian demi ujian..

Meskipun bertamu rasa yang pelbagai pada laman hati, namun yuran dah pun dibayar, tinggal nekad sahaja yang perlu dipasakkan lebih kuat. Ledang adalah antara gunung yang aku berkeinginan untuk menjengah puncaknya. Bukan apa-apa, sebab tak pernah sampai sebenarnya, tiada kaitan dengan kisah mistis atau pencapaian peribadi. (Baik filem ataupun teater Puteri Gunung Ledang pun aku tak pernah tengok ya!)

Maka pagi itu, sekitar jam 3 pagi bersiaplah aku dan kak siti masing-masing. Mandi, kemudian bergerak mengambil Imah dan Sima. Saidah wasap malam tadi, tak dapat sertai kerana maknya masuk hospital. Walaupun sedih kerana tak dapat mendaki bareng lejen, hei family first isnt it?

Vijay pun melaju membelah pekat dan sejuknya pagi yang hening. Terlupa seketika batuk yang hampir sebulan menyapa peparu. Turut terlupa akan pesan doktor untuk menghindari kesejukan untuk beberapa waktu ini.

Sekitar jam 5.45 pagi kami pun tiba di hentian R&R Ayer Keroh. Begitulah plan asalnya, berhenti di R&R untuk solat subuh dan sarapan kemudian meneruskan kembara ke titik Masjid yang telah di tetapkan. Selepas solat, kami pun ke bahagian makanan, kena makan gak ni, kalau tak memang gagal pada titik mula ni japgi (teringat kes naik Berembun awal tahun hari tu)

Sementara yang lain sedang merayau mencari makanan, aku duduk di meja. Macam biasa, berpikir dan terus pikir nak makan apa. Tiba-tiba dapat panggilan dari Shidah. Kereta tokie eksiden! Astaghfirullah. Berdebar keras detak jantung. Ujian apa? Petanda apa? Adakah kerana aku tak minta ijin mak untuk naik Ledang? Mak ampun kan sarah mak!

Aku call tokie,
"So tokie camner sekarang, boleh lagi tak nak pergi Ledang ni?"
"Saya nak pergi kak.. kalau ada yang boleh ambil saya, saya memang nak gi"

Kuat semangat budak ni. Bukan biasa-biasa.

Baik, dan kekalutan pun dimulai. Mula lah panggilan demi panggilan dari satu kereta ke satu kereta. Walaupun aku kebiasaannya selalu buat keputusan, tapi bila jadi camni memang haru! Lama gak drag kat Ayer Keroh. Habis aku tarik semua kereta kumpul di Ayer Keroh. Lama juga lah kira-kira kami tersangkut di R&R. Cant decide.

Setelah berbincang, maka ahli kereta yang terlibat kemalangan iaitu tokie, shidah, mid dan naim harus di pecahkan. Naim dan Mid ikut kereta Luke (yang ketika itu ada 3 orang je). Kebetulan Luke dan Amar berenti di Seremban. Jadi sempat melalui tapak kejadian, maka boleh lah pickup. Sementara Tokie dan Shidah diambil Naufal dan Bad yang dari Alor Gajah dibawa terus ke IPD untuk laporan kes. Axia Tokie dihantar ke Perodua Senawang. Dan semua kerta pun bergerak menuju ke kaki Ledang, kecuali kereta Hafizuddin yang menunggu 1 lagi kereta dari Alor Gajah yang memerlukan pemindahan orang.

Redup tetapi tidak hujan

Awan hitam aku lihat sedang memayungi puncak Ledang saat kami tiba di kaki Ledang. Getar semalam kembali menyapa. Allahu!

Sampai di Kaki Ledang, Afiq terus buka ground untuk agihkan ration dan untuk sediakan lunch pack. Kereta Nizam sampai dan barang-barang teknikal juga turut diagihkan. Aku membantu mengedarkan consent form dan declare form (nak masuk taman negara kena declare harta ya gais, turun nanti depa cek harta yang korang bawa naik tu cukup tak dengan harta bawa turun) Guide kami dah ada disitu, banyak yang membantu kami adalah Abang Zali.

Ration dan teknikal stuff dah dimasukkan ke beg masing-masing peserta. Tinggal menunggu kereta Naufal sampai sebelum kami mengangkat sauh dan memulakan pendakian. Memandangkan Tokie tiada, maka tugas-tugas pengarahan di ambil Kem Komandan, Nizam. Alhamdulillah terkendali!



Belum 11 pagi kereta Naufal pun memasuki perkarangan kaki Ledang, alhamdulillah. Ketika yang lain sedang bersiap-siap mengangkat beg, aku dan Tokie pun bersegera ke pejabat hutan untuk membuat bayaran.


11.25 pagi setelah taklimat oleh guide dan membereskan hal-hal bersangkutan dengan fotografi, pendakian pun dimulai. Sempat juga aku mencari awan hitam yang tadinya memayungi puncak ledang, telah hilang dari pandangan. Alhamdulillah.

bersambung..

20 January 2018

Lost at heart

Mak selalu risau setiap kali anak2 dia nak naik flight a.k.a keluar negara. Selain dari itu, mak juga risau kalau anak2 dia bagitau nak naik gunung.

(Untuk elak mak risau kadang2 aku tak bagitau mak 😅 ok mohon jangan tiru aksi ini)

Pagi ni, bangun dari tidur buka fb dapat tahu mak kawan, meninggal di korea (daegu) while attending conference kat sana. Mak dia cikgu, penolong kanan. Pengsan dalam lif, koma tak berapa jam kemudian, meninggal. Allah! 😭

Cantiknya perancangan Allah, member pun sedang di Korea (Seoul). Seoul ke Daegu amik masa 5 jam. 30 minit sebelum sampai Daegu dia dapat mesej dari ejen trip mak dia yang mak dia da meninggal. Innalillahiwainnailaihirojiun.

Moga mak Munie di tempatkan dikalangan hamba beriman. Jihad untuk memperbaiki lagi pendidikan anak2 pend khas. Moga munie diberi kekuatan luar biasa untuk menghadapi ujian yang besar ini.

Rupanya, kegigihan munie belajar bahasa korea (atleast sampai intermediate level) sampai kemudiannya dapat kerja ngan korea tourism, dan dalam masa yang sama sedang ada trip juga di korea adalah persediaan munie untuk mendepani urusan ini.

Dari berita munie ini, adalah penjelasan untuk kerisauan mak. Syahdu pulak dengan berita pagi ni.

19 January 2018

Merancanglah dengan betul

Ok mari aku menulis dengan panjang dipetang yang redup ini.. (gerimis mengundang.. jangan hujan plis tak bawa payung ni)

Ok kisahnya macam ni, sekembali dari retreat GSB kat ulu yam hari tu (ahad 14 jan) aku perasan ada yang tak best kat brake kereta. Tapi sebab meski tak best, dia still boleh brek. Jadi aku biarkan dulu. Isnin gi kerja masih guna. Tapi perasaan memang dah gelisah time tu. Ingat nak gi bengkel balik tu, tak sempat ya.. pukul 7 bengkel dah tutup.

Selasa, aku rasa bahaya kalau terus guna. Ye lah KL kalau balik harus jem. Kalau jem, memang kena main brek. Makanya, aku decide naik lrt.

Jadi nak tak nak, Rabu aku amik half day bawa ke perodua. Rupa-rupanya masalah ABS ya. Baru aku teringat, myvi memang ada surat suruh hantar cek abs kereta. (Tapi aku yang tak pergi) ok gi kerja amik grab (hanitek - lrt asia jaya RM9)

Disebabkan aku sampai opis jam 11, so aku balik jam 4.30. Bukan apa, aku kena bertindak sepantas kilat. Perkeso ke LRT kg baru 20 minit. Kg baru ke lrt asia jaya dah makan 30 minit gak. Tak ke 5.30 gak sampai ke pj? Ha camtu. Ok al kisah sampai kat LRT pukul 5.15petang. Aku request grab tak bersambut. So, aku decide untuk Asar dulu. Lepas Asar aku berjalan sikit ke perhentian bas, masa ni dah 5.45 petang, request grab sekali lagi. Masih takde grab yang sudi pickup request. 

Jadi aku tukar plan naik bas free. Bas ni ada 2, PJ01 dan PJ02. Disebabkan takde langsung dalam plan nak amik bas, maka tergagaulah aku nak amik bas mana dan nak pastikan bas yang aku naik tu sampai ke bengkel kereta. PJ01 baru je berlalu masa aku sedar yang PJ01 lah bas yang aku kena ambil untuk ke Taman Medan. Belakang dia ada PJ02, aku pun naik je lah sebab malas nak tunggu next bas. Trafik pun nampak da makin lebat.

Aku turun PJ02 dekat Kolej Mahsa dan ambil PJ01 untuk ke bengkel. Punyalah route PJ01 ni bukan main hebatnya malahan berpusing dekat tempat yang sama beberapa kali. Salah satu pitstop dia? LRT Taman Jaya! Masa sampai lrt taman jaya tu dah 6.30 aku macam. Kalaulah aku plan betul2 pelbagai consequence bagus aku turun taman jaya sedari awal. Aiseh.

Masa dekat area Taman Jaya dapat mesej dari Imah, dia bagitau masih di pejabat tak dapat balik sebab hujan lebat sangat. Aku dah risau, karang kalau betul hujan macam mana pulak ni, memang payung pun tak bawa ni.

'Sarah, kereta ambil kat rumah saya' - Aniza

Aku terus check route, ok Alhamdulillah lagi dekat berbanding ke bengkel. Tapi, bas takkan berhenti betul2 depan rumah, memang kena jalan juga. Maka berlari-larilah aku diantara gerimis dan senja. 7.15 petang, aku sampai rumah Aniza. (Walaupun biasanya kalau dari LRT Asia Jaya ke Rumah Aniza ni adalah dalam 10 minit, hari ni terasa begitu jauh; 2jam)


So update tentang Vijay, servis percuma. Dia cek ABS dan gear transmission. Kedua-dua ni memang perodua ada panggil balik untuk checkup, sebab tulah ia adalah percuma! 

Dan, tambah RM100 (harga member2) untuk tukar brake pad. 

Iya, begitulah kisah semalam yang panjang.

14 January 2018

Padang - lontar belakang

#throwback

Duk skrol punya skrol phone, nampak pulak tulisan ni, ditulis ketika bermusafir ke negeri Padang. 

Tak banyak, tapi ada yang bersisa dalam lipat kenangan. 

Next trip jom!! hehe.

09 January 2018

its 2018

Eh eh dah tahun baru! bahkan dah 9 hari berlalu.

Subhanallah, Alhamdulillah!

This year start with a blast journey with key player of the company. (gitu key player, harus lah kan everyone is important. No one isnt important, thats why we stand as a company. Kan? if tak, better get another job) There so much to talk about, there was bad, and so do the good. Cherish every moment as the only last forever is the memory.

Hokaido Trip! Tak pernah mimpi, tiba2 menjadi nyata. Begitulah.

bersambung..

31 December 2017

2017, the conclusion

Sekejapnya masa berlalu, laju sangat nih! Tak terkejar lajunya.

Seperti yang sedia maklum, 2017 just isnt a good year (to start with) for me. Super sad, but sokay we make it through!

Tahun ni, an achievement untuk GSB, first official project untuk gunung luar negara, Gunung Kerinchi, Jambi, Indonesia. A moment to remember, setelah Merbabu+Merapi+Prau di 2016. Boleh fikir dah ni untuk 2018. Setahun satu gunung ok dah kut. Banyak2 sangat macam pancit teruk. hehe.

Untuk aktiviti sosial, taktau lah kenapa teruk sangatlah performance diri ini, dari gema, bff sehinggalah wanita T.T berdosanya lahai. Sebenarnya agak down dengan ramainya penggerak2 sebelum ni yang dah mula slow dan bertukar bidang. Tapi tak patut kan? Kita yang tinggallah harus terus bergerak kan? ya ya.. knew it. hey 2018, lets wake this sleepy head up!! lets!

Tentang kerja? nothing much. But a good learning process rasanya. Tahun ni je, dah 3 tempat kerja, bulan 1 kat PJ. Masuk bulan 2 kat Dataran Merdeka. Masuk bulan 12 kat Kampung Baru dah. InsyaAllah akan di Kampung Baru sehingga at least, Februari 2018. (Nasib time pindah tu ngam cuti sekolah, tenang skit jalan nak pi kerja. Da masuk next year sok, nebes plak kita nak drive) Lepas tu? Jangan tanya sekarang, sebab aku pun tak tau dan belum nak fikir lagi. ^^,

Since change projek, dan kena kerja di KL.. banyak gak la pengalaman dapat, terutamanya outstation ke Sarawak, Perak dan Penang. A nice memory!

Tahun ni gak, dapat peluang join volunteer masjid bulat ziarah Singapore. Best! Selalu kan pi merayau macam tak tentu hala, tapi yang ni pergi melawat masjid di Singapore. Secara rasmi. So dapat lah dengar how they work kat sana. Struggle but hasil memberangsangkan! Tapi tak dapat join second trip Ziarah Masjid di Pattani dan Yala. Sempit sikit poket, plus dengarnya sambutan kaw kaw sampai Fadhil tak menang tangan nak ejas.

Perpindahan rakan-rakan, samada keluar dari PJ, mahupun keluar dari status bujang. ;P Ada jugak berbekas di hati, but somehow thats life kan? takkan selamanya nak duduk di takuk yang sama (aku lah tu? entah bila nak move on)

Banyak sebenarnya kejadian-kejadian this year yang aku da jot separuh kat sini, tapi semuanya tinggal draf. Tak sempat nak pamirkan. InsyaAllah, i will rajinkan diri untuk memastikan post yang dalam draf tu berjaya di keluarkan next year! Hahaha. #laterpost please. Harap tak bawa ke another year la. Kasi habis at 2018 lah citer 2017 kan. :P (walaupun aku rasa banyak je draf-draf earlier than 2017)

btw, Acik dah kawen!

Oh, till then, hoping a good 2018! and farewell 2017.

HAPPY NEW YEAR 2018 ^_^

p/s: By the time this post posted, i might fly high above the sky to another place in this world. Hopefully ada rezeki untuk story regarding it in the next post.

27 December 2017

sedikit update disember

Dalam mengharungi kehidupan yang panjang ni, memang tak dapat tidak kita akan sampai satu waktu yang memberitahu kita bahawa kita sedang terlalu penat.

Sampai saat, kita dah tak tahu apa lagi yang sedang kita kejar, apa lagi yang hendak kita capai. Kemana lagi harus kita belok supaya dapat menggapai lagi rasa-rasa bahagia dan indah yang pernah singgah dulu.

Perasaan. Seperti semuanya, ia datang dan ia pergi. Benarlah semuanya tak ada yang tinggal, semua akan pergi.

Alkisahnya, hari ni ada appraisal dengan boss. As 2017 wasn't a good start for me, so do the appraisal thingy. Semakin banyak boss bercakap, semakin mendalam rasanya mencucuk ke dasar hati.

"Bila u tengok orang gembira, u happy tengok. u rasa gembirakan dapat tolong orang? Sama je kalau u buat charity pun. Bila u tengok mereka gembira, u akan rasa puas kan? I buat programming sebab ni, sebab dapat tolong orang. Kalau u fikir pasal system je, u takkan rasa apa-apa, system tu bukan ada perasaan. Kalau u fikir kan dia, u akan stress, tukar mind setting u, fikirkan orang yang akan guna system u, then u akan rasa nak buat dengan lebih baik dan lebih bersungguh sungguh"

Betullah semua yang diperkatakan oleh boss. I've lost myself few times for this past few years. I just knew semua yang boss cakap, malah that what we have been told berulang kali dalam usrah. Still.

its not u, i just hate myself. more.

Iman kita itu berkadar langsung dengan kehidupan kita, bila kita culas dalam memperhatikannya, kehidupan kita juga akan culas dalam berbaik dengan kita.

am hating me, argh!

27 November 2017

Al Quran

"Saya terfikir, kenapa at one point bila kita tadabbur Al Quran hari ini rasanya tak sama lagi seperti masa mula-mula kita terima tarbiyah dulu, masa kita mula-mula bersama usrah"

Satu persoalan ringkas oleh seorang sahabat. Ternyata persoalan itu bukan untuk siapa-siapa melainkan dirinya sendiri kerana pada penghujung sebaris ayat itu, kolam matanya pecah. Butir jernih yang sedari tadi ditahan-tahan akhirnya tak mampu tertahan lagi.

Allah.

Ternyata bukan matanya sahaja yang basah berkaca, yang sedang memerhati dan mendengar juga menunduk, meraung di dalam hati. Astaghfirullah. Betapa benarnya setiap kata-kata beliau. Betapa selama ini persoalan itu ada, tapi kita yang sering bertangguh dan tak pernah benar-benar do action tentangnya. In denial. Beat around the bush.

"Adakah Allah telah menjauh dari kita? sehingga ayat-ayatNya langsung tak berbekas pada hati kita? Sebenarnya Allah tak pernah pergi, hanya kitalah yang menjauh dari Dia, sehingga tak berasa apa-apa lagi ketika membaca ayat cinta dari Dia"

Double shot.

Am bleeding.

08 October 2017

Master pump (brake)

Alkisah, semalam pergi kenduri Fareez di Serdang. Sampai kat pintu masuk UPM, ada bonggol yang aku tak sedar. Actually kat situ ada 2 bonggol, aku perasan the later. yang first tak nampak, maka nya sadaqallah kat situ. Maybe ada something terhentak dan menyebabkan goyang kat master pam brek.

Kereta masih boleh gerak macam biasa, cuma bila brek tu sadis sangat lah ye. kena brek awal2, lebih dalam dan lama baru dia ok. Boleh lah pandu tapi merbahaya in case of emergency brake needed. Alhamdulillah sampai juga ke kenduri Fareez. (Sebenarnya memang tengah memerut dari pagi, mungkin kebab yang aku makan malam sebelumnya. Jadi makan nasi kenduri pun separuh je)

Bergambar. dan balik.

Masa balik tu, i think mungkin da getting worst. Lepas kita lepas kan pedal brake dah start ada whizzing. Wow! da macam baby lak bila whizzing kena guna nab kan. Lepas hantar Imah, aku park kereta dan terus naik dengan keserabutan yang menebal dalam otak. Susah jadi perempuan ni, dia akan serabut sampai depressed sebab kena pikirkan benda yang dia pun tak berapa nak paham. Jenuh gak la aku melompat lompat dari blog ke blog dan youtube demi youtube. Haram nak paham.

Nak bawa ke Perodua, kena lah plak masuk lambat ke opis Isnin nanti, plus hari ni pun ada few events, jadi nak tanak kena la gigihkan diri naikkan semangat sendiri pi bengkel (dan maybank ofcourse!)

Nama bengkel : Rabbit Tyre Shop
Lokasi: SS2, Petaling Jaya

Kenapa aku pilih bengkel ni? sebab bengkel ni paling dekat dengan rumah. Ada 2 bengkel act, tapi per googling, another one tu ada bad review. bukan satu eh, a few jugak lah. Yang ni macam takde review pun, bad pun tidak good pun tidak. So, lets have a try. (Caution: walaupun kau baca bad review tentang certain things, kau takleh percaya bulat2 sebab biasa orang kalau servis bagus depa bukan heran nak blog pun! kalau yang bad tu, peh besemangat nau nau nak up, nak viral. Jadi googling untuk sekadar dapatkan feel je. haha)

Jam 8.45 pagi aku pun bergerak le ke SS2 gi keluar duit dulu dan ke bengkel. Uncle tu test drive jap lepas aku cerita masalah. Lepas pusing seround dia pun come to conclusion masalah master pump atau pam belakang. DIa buka tayar tengok, pam belakang ok. So, kena tukar master pump.

Sebab kan dia buka tayar, so tau lah dia tahap keterukan tayar aku kan. Maka dia suruh tukar tayar sekali. Ok, fine. Aku minta lah tukar 2 ketul dulu. Walaupun another 2 pun memang da worn out teruk! zzz.


Total lost
Master Pump + workmen + brake oil = RM280.00
Tayar Dunlop (Tahun : 2517) x 2 = RM300.00
GST = RM34.80

Jumlah = RM614.80

Kalau korang pergi check kat lelong, master pump myvi (abs) baru RM144. Nampak tak macam mana korang nak jadi kaya? Haa.. tu lah dulu kecik2 suruh jadi pomen tanak! Kalau tak dah kaya da sekarang ni.

Hahahaha. K bye

*btw, post ni untuk simpanan aku je cam biasa nanti lepas ni kalau orang tanya mesti aku lupa, jadi aku cek balik je kat sini kan senang!

04 October 2017

Aman.

Hari ini ada orang terkorban di Makassar. Saat libur bersama dua saudaranya.

Moga kamu yang sedang bertualang atau belajar di negeri orang, terus di selimut Allah dengan rahmat dan keselamatan.

Selamat pergi dan selamat pulang.
Aman.

03 October 2017

Skill hidup di kota

Kalau korang duduk bandar ni kan, pernah ke kena double park? Pastu diorang tak tinggal number plak tu. Sakit tak hati?

Hehehe.

Semalam, balik dari kerja di parking site LRT Asia Jaya, macam biasa lah naik tangga banyaklah kereta parking kiri dan kanan. Aku perasan jugak baru-baru ni kereta macam banyak sangat pulak. Pernah lah sekali aku parking dekat sebelah kanan tangga, memang kena double park dah. Sejak dari tu aku tak gatal tangan lagi parking dekat area situ. Aku park depan sikit area belah kiri tangga. Situ masih selamat setakat ni. 

Oh berbalik kepada perjalanan semalam, maka aku nampak dekat salah satu kereta yang double park ni ada satu kertas A4 berwarna putih. Aku pun mendekat. Ok, ada nota amaran.

'Next time, please left your contact number. Give trouble to others. Need to reverse and forward few times before can get out'

Ok i can feel this people feel. Sebab aku pun pernah mengalaminya. oh? kalian juga kan?

1. Untuk mengangkat adab sopan dan akhlak, memang sepaling moleknya kau tinggalkanlah nombor perhubungan. Ye lah, tak semua kat KL ni duduk rumah flat dan biasa dengan situasi begini.

2. Korang try lah tolak dulu kereta yang blok kereta korang tu. Sebab normally kalau insan yang double park ni sejenis yang berilmu tinggi, dia takkan angkat handbrake.

(Ternyata, lepas aku habis baca tu aku try jugak tolak. Memang kereta tu tak angkat handbrake pun. Ahaha! )

3. Kalau kes tak berapa nak urgent, avoidlah double park ni. Pergilah park jauh sikit tak pun cari parking lain. Hehe

24 September 2017

Kurinji - Suku tertua di dunia

Siapa sangka ternyata menurut penelitian yang dilakukan oleh Tim Bennet Bronson yang kemudian ditindaklanjuti oleh Dr Bennet Bronson dari Amerika Serikat bersama bersama tim Lembaga Purbakala dan Peninggalan Nasional Jakarta tahun 1973, mengemukakan bahwa suku tertua di dunia berasal dari Indonesia, yaitu Suku Kerinci.

Suku tertua di dunia [image source]
Suku tertua di dunia [image source]

Suku Kerinci merupakan suku asli yang hidup dan mendiami wilayah di sekitaran Kabupaten Kerinci, Jambi dan menurut Tim Bennet Bronson, suku ini sudah ada di tempat tersebut sejak lebih dari 10 ribu tahun lalu. Menurut Tim, Suku Kerinci awalnya tidak memiliki nama paten yang digunakan sebagai identifikasi kesukuan mereka sampai akhirnya masuk orang-orang dari Suku Proto-Melayu ke daerah mereka.

Nama Kerinci sendiri diambil dari Bahasa Tamil yang merupakan nama sebuah bunga yang hanya tumbuh di Indoa Selatan di atas ketinggian 1.800 mdpl dan mekar hanya sekali dalam 12 tahun, yaitu Kurinji (Strobilanthes kunthiana). Dengan logat dan pelafalan lidah orang setempat, nama Kurinji berganti menjadi Kerinci.

Tidak hanya para ahli di atas saja yang pernah melakukan penelitian, beberapa pakar lain juga pernah meneliti hal yang sama, seperti yang dilakukan oleh Kern pada tahun 1889 atau Sarasin pada tahun 1982. Dalam penelitian mereka orang-orang di daerah tersebut yang dikenal dengan nama “Kecik Wok Gedang Wok” ini menerima kedatangan Suku proto-Melayu sekitar 4.000 SM dan terjadi percampuran darah antara suku asli dengan pendatang. Hal ini membuat Suku Kerinci asli perlahan-lahan menghilang.

Sumber: http://www.boombastis.com/rekor-tertua-indonesia/75521

02 September 2017

Syurga yang disegerakan

Hari tu mak masak kari ikan. Wow. Letops betul kari ikan mak. Kalah rasanya mamak tajudin ni.

"Kalau makan dengan roti ni. Mesti lagi sedap terangkat"

Malam tu aku tidur awal, tak tau lah apa yang letih sangat. Rasanya orang lain yang puasa. Esoknya masa sarapan, nampak ada banyak roti canai. Ingatkan ayah beli balik dari masjid.

"Semalam ada orang bawa ke masjid. banyak. tapi xde orang"

Wow! Baru semalam cakap nak roti canai cicah kari ikan. Hari ni terus ada!! Macam manalah agaknya syurga kan?

Rumah adalah syurga yang disegerakan.
Rumah adalah tempat pulang yang tak pernah tidak dirindukan.

Ok, selamat hari raya qurban gais! Menu apa tu hari ni?

01 September 2017

Kerinchi sebuah ujian - the end.

Wahaha, ok ni last ni last.

Jangan muak dulu. Lama aku nak amik mood menulis ni. Sementara tengah ada idea ni, kasi chance la k :P.

Pagi tu aku dilanda pemerutan yang dasyat, cb dan muntah-muntah. Aku pun tak tau apa masalah yang berlaku sekarang ni. Sebab nak cakap angin, tak de pulak simptom2 tu terjadi. Hari sebelumnya, masa makan tengahari, aku tak dapat habiskan sepinggan nasi. Mampu makan half pinggan je. Tiba-tiba macam dah cannot go dengan nasi padang. Malam nya pulak, singgah makan lagi dan nasi padang lagi. Zzzz. Tokie dengan Kak Nora mula-mula tak nak makan, jadi aku dengan Ita je lah pada asalnya berniat nak makan. Ita pergi toilet dulu, aku terus menjamah. Lepas makan, rasa tak sedap perut. Jadi aku pun terus ke toilet.

Toilet dia belakang kedai, kena turun sikit, bawah tu ada toilet. Ya ampun, masa turun tangga tu ada bau. Maka sampai je toilet terus muntah, bertukar niat asal sekadar nak buang air kecil. Hmmm.. Habis segala yang aku makan malam tu.

Itulah mungkin puncanya bila bangun tengah pagi tu, memerut dan muntah pulak kan. Subuh tu, memang aku longlai terus. Macam bukan angin, adakah keracunan? tapi macam aku sorang je yang menghadapi situasi getir tersebut. Disebabkan dah longlai teruk, maka aku pun terus berbaring di lantai je lepas solat Subuh. Teringat pulak ada buah epal sebiji beli kat Transmart hari tu. Jadi makan jugaklah sebiji epal dan air kosong, untuk alas perut pagi tu.

The Power of Mind.

Last piece yang ada hanyalah jubah. Yang lain semua dah pakai, boleh lah nak ulang, tapi macam.. hmm. Makanya, decided untuk pakai jubah. Tapi, jubah tokie cotton, kedut teruk. Maka bermulalah pencarian seterika aku dan tokie. Cari kat floor takde, walaupun Bad cakap ada janitor tu bagitau ada seterika di lantai 2. Tanya dekat kaunter kat bawah, dia cakap memang takde seterika, kalau nak iron boleh pergi kedai dobi, bukanya jam 9. Sekarang baru 6.30 takkan nak tunggu lagi 2 jam setengah. Jadi, tanpa mengenal lelah dengan kaki terdengkut-dengkut pergi pula hotel sebelah.

"Ntarr nanti jam 30 minit 9, akan ada orang ke sini untuk iron"

8.30? lambat juga tu, maka kami terima kasih je lah dekat bapak yani homestay tu. (terlupa tanya nama dia) Kami pun dengan gigih pergi melintas jalan. Hanya ada kantor lurah je dekat depan tu. Walaupun aku tau kantor lurah tu ala-ala pejabat daerah, tapi tokie ajak jugak try. the power of mind katanya. Oh, yes. Memang brader tu pun bagi cadangan untuk try tanya-tanya dekat hotel2 sekitar. Bila aku buka maps, hotel sekitar tu taklah begitu dekat (untuk keadaan kaki macam kami time tu) Jadi lepas post-mortem 2 minit, kitorang come to conclussion untuk guna je baju yang dah pakai.

"Kita dah habis ikhtiar kak, tapi nampaknya nasib tak menyebelahi kita" habis daya dah aku rasa tokie pagi tu. No wonder she is a lawyer! Masa nak melintas, nampak bapak dari yani homestay tu menuju ke kereta.

"Kalau iron nya 30 minit 8 aku hantarkan boleh? Ambil di bawah hotel aku"

Aku dan toki membalas pandang. Wow, Subhanallah! The power of mind! Begitulah aku rasa ayat dari pandangan kami ketika itu. Percaya kan sekarang, doa musafir itu makbul! Cuma usaha perlu lebih dikit.

"Okay!" balas kami

7.30 pagi kami pun meminjam iron dari bapak Yani Homestay. Baik budi bapak ni. Lupa ambil account IG. hehe.



Dalam 8 lebih kami sepasukan 11 orang pun berjalan-jalan (baca: jalan kaki) di Kota Padang untuk mencari sarapan dan sekadar liburan. Pagi tu singgah di kedai makan aku memang tak leh nak makan, perut masih bermasalah, jadi aku minum je. Sedih pulak bila kenangkan tak dapat nak layan jus alpukat seperti orang lain.


Half way orang makan, aku dah mula nak cari toilet. Ada! Tapi dekat masjid dalam pasar. Ok, rating toilet? 2/10. Tokie yang pada asalnya pun nak berbisnes, terus cancelkan niat. Lepas tu kami terus berjalan dan berjalan lagi. Singgah kedai batik, tapi aku tak beli. Lepas tu, singgah Muzium Adityawarman. Cerita tentang minang.

Marilah kita cuba naik angkutan kota.

Ada pulak persatuan kakak2 minang ni datang muzium, kita selpi lah sekeping dua.

Atas arahan kakak minang, kitorang layan je la effort dia kan.

Lepas keluar tu, singgah pulak Kedai Kripik Balado Shirley. Boleh lah buat buah tangan incip2 keluarga di kampung. Hagituh. Habis berbelanja, jalan lagi sehingga ke hotel. Kemas-kemas terus check out dan bergerak ke bandara.

Makan siang? berenti di rumah makan 20 minit dari bandara. Dan? Nasi padang lagi. Aku time ni, tahap tengok nasi padang pun rasa kembang tekak. Sebenarnya taknak makan, tapi kan sejak pagi tak makan melainkan epal? Jadi, jamah jugaklah.

Sampai ke bandara, kelam kabut check in beg. Tapi kali ni, terlebih banyak pulak ruang-ruang untuk luggage. Sampai Naufal pun masukkan beg dia yang asalnya naik cabin (walhal dalam tu ada pampers ngan susu nizar. nopal nopal)

Time to bit farewell,

Bye Andika, terima kasih dan sampai jumpa!

Bye Padang!

Maka tamatlah siri pengembaraan ke Ranah Minangkabau. Rumah dan tanah adat (yang tak dapat lagi kuselami budayanya) Sampai Malaysia je, lepas ambil beg dan solat Maghrib, pekena KFC! eh, elok pulak perut kite! HAHA~

Nota.
1. Beberapa hari selepas sampai Malaysia, aku merasa kembang tekak setiap kali teringat nasi padang.
2. Hidung berdarah (kering) di pangkal hidung sebaik turun dari pergunungan.
3. Tak ada yang kubawa pulang dari Kerinchi melainkan lumpur gunung berapi dan sebatas kenangan.

the end


Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha, mates! 
Jom raya dengan yang tersayang :)

Moga ibadah korban semua diterima Allah.


#petualangKerinci #trippeluhdanairmata #wonderfulIndonesia #gemaselangorbackpackerz

31 August 2017

Kerinchi sebuah ujian - Part 4

"Sarah.. mandi, makan.. ni makanan dah siap" aku dengar suara Iwan menyapa dari luar bilik.

1.30 pagi (Isnin)

"Hmmm" aku mengiyakan, tapi tarik lagi kain batik menahan sejuk.
"Sarah.. bangun, mandi, makan. Kita ada nak meeting sikit ni"

Ok fine fine. Aku pun terus tarik tuala dan keluar berdengkut-dengkut ke bilik air.  Lepas mandi, terus ke ruang tamu untuk makan dan, ok meeting. (Sambil tengah tunggu Ita mandi, aku makan dulu)

"Disebabkan kawan-kawan kita injured, Iwan rasa no point kita terus kan Danau Gunung 7. Jadi officially Danau Gunung 7 cancel, tapi kita tengok apa plan yang boleh buat esok. Sebab ramai dah tidur sekarang ni jadi, kita bincang semula kat sini lepas sarapan pagi nanti" Iwan

Lepas pengumuman tersebut, Iwan, Hakim dan Acap pun naik. Tinggal aku dan Ita yang dah siap mandi. Tak lama lepas tu Tokie dan Kak Nora muncul, rupanya diorang pun ketiduran. Firdaus pun baru sampai lepas mandi. Elok kitorang dah rasa tak mampu habis makan dah, Andika muncul dengan sekotak rokok dan mancis.

Ya, dan malam tu kami pun mendengar ceramah dari Andika bertajuk The Power of Mind. Sampai 3.30 pagi jugaklah dengar Andika gebang. Cerita bagaimana Agus dan Ongky boleh bersangkutan dengan nya, Mahasiswa Pecinta Alam Universitas Andalas (MAPALA UNAND). Cerita tentang cita-cita membangun Perseroan Terbatas, PT (kind of syarikat sdn bhd gitu) sendiri. Dan beberapa cerita tentang bagaimana dia menghadapi pendaki yang injured di gunung. Seorang manusia kecil (baca: kurus) yang punya cita-cita besar. Moga kau berjaya dik, menggapai cita dan cinta! Tapi satu, aku lupa plak nak tanya citer2 mistik pasal Kerinchi. Ah, rugi. #parasara tak dapat cover story.

Begitu begini jam 4 jugak aku tidur dan guess what, Subuh 4.30. T.T


Pagi tu lepas sarapan, (meal kat sana takde air manis, memang dia bagi air kosong je. banyak siri dah aku peratikan memang makanan je. sihat sangat. padanla orangnya kurus-kurus belaka) maka kami pun bergerak ke warung depan homestay minum teh o/ kopi o panas.



Kira-kira jam 10.40 pagi maka kami pun bergerak meninggalkan Kerisik Tuo. Sebuah kampung kecil yang di kelilingi ladang teh yang menenangkan. Dan, marilah menuju ke kota, mengembalikan hiruk pikuk yang telah terabadi dalam darah kita. Yeay, orang bandar kan!


Perjalanan dari Jambi ke Kota Padang mengambil masa kira-kira 6 jam. Menyusuri lembah dan danau, diantara celah-celah pergunungan, ladang teh yang menghijau dan desa yang permai. Perjalanan kami terhenti selepas 2 jam perjalanan. Sangkut, lori terbabas, menutup jalan.



pakcik pakai topi tu dulu lawyer syariah!


Untuk mengelakkan kebosanan, kami pun turun melawat kawasan, sambil tangkap gambar sket dan menemu bual rakyat jelata. Sembang punya sembang, pakcik tu dari Jambi, nak ke Padang sebab nak pergi hospital. Peh, gigih betul aku rasa nak dapatkan health treatment sampai 6 jam perjalanan. #syukurSelalu Katanya ramai juga saudara maranya di Malaysia. Haruslah~ kalau tak, takkan ada nama Kerinchi di KL (link untuk sejarah Kg Kerinchi), memang mereka asalnya dari sini. Kg Abdullah Hukum pun asalnya orang Kerinchi.

Selain dari itu, ada satu style bapak2 indon ni.. diorang akan mencangkung kat tepi melihat kejadian (mungkin sehingga selesai) Aku tanya-tanya gak lah kat brader2 driver ni, apa kebaikan buat macam tu, kan bagus kalau menyumbang tenaga tolong alihkan simen. Katanya, menolong juga kak, menolong mengirim doa. Hmm.. Tak lama kemudian, agus muncul.

"Ha dah bangun? Buat pe turun Agus, tak boleh tolong apa2 pun"
"Ada, tolong menambah jalan ceritanya" sengih.

Bagus, pandai menjawab. Lepas dah boring tengok lori, kitorang pun naik balik. Kill the time dengan bermain simulasi pembunuh-orang kampung. Not bad gakla, main sementara tengah jem kan. So, tak terasa waktu berlalu. Sedar-sedar lori dah berjaya di gerakkan. Perjalanan diteruskan ke Kota Padang. Berhenti sekali untuk makan siang dan solat dan ada berhenti juga sekali lagi untuk makan malam. Tiba di hotel jam 11.30 malam. woaha, lama jugak nih!

Balik hotel, terus mandi dan solat, dapat text ajak jalan2 Jambatan Siti Nurbaya. Tak jauh pun dari hotel ni. Tapi, seharusnya kita meladeni rasa penat berbanding rasa pelancong kan? Masa dapat text tu Ita sorang je masih kental nak join. Kak Nora dan Tokie dah baik punya landing. So, its 3-1 sorry Ita. Hehe.

and there its go, the last day at Padang. time to bit farewell again i think.

Oh, btw..

Selamat Hari Kemerdekaan ke 60 Malaysia!!
  Well, shit happened but hey, aku tetap bangga menjadi sebahagian dari mu (^^,)
InsyaAllah, sentiasa ada harapan lebih baik di masa depan #optimis

bersambung..

#petualangKerinci #trippeluhdanairmata #wonderfulIndonesia #gemaselangorbackpackerz

30 August 2017

Kerinchi sebuah ujian - Part 3

Pagi tu, seawal 2 atau 3 pagi dah bising dah sekitar tenda. Eh, bila bangun tidur, aku dah terlupa pulak zikir aku sebelum tidur tadi. Semua bersiap nak memuncak. Bawa beg kecil je kali ni, paling air untuk menghilangkan lelah di perjalanan. (tapi aku rasa nak ke puncak ni, air tak berapa crucial untuk keletihan as the surrounding dia sejuk)

Iwan ada pesan untuk bawa baju raya untuk fotoshoot raya haji kat puncak. Pesanan iwan tu, sehari sebelum bertolak. Walaupun ramai yang abaikan, aku bawa juga lah. Aku angkut sampai Shelter 2. Tapi bila nak naik puncak, beg tak muat. Plus, malas pulak nak angkat berat-berat ni. Jadi, ditinggalkan!

Start naik, aku depan sekali. Tapi! Pergh jalur nya! Macam dah nak rock climbing tu! memanjat sesaja! Tiba aku teringat, Iwan ada cakap sebenarnya dia target Shelter 3 untuk camping. Tengok track ni, aku macam.. wow! Camner nak naik akar kayu dengan beg besar? nasib baik kitorang stop shelter 2. T.T

Haha! Main akar panjat-panjat ni, banyak main tenaga tau. Aku memang problem part upper body ni. Tenaga lekas lupus. Tiba-tiba aku dah belakang sekali.

Lepas je shelter 3, dah tak banyak dah tempat landai. Emang nanjak mulu. Tapi soalnya, dimana dong mau solat Subuh ni. Berapa kali gak kitorang tanya Iwan, dan berapa kali gak aku dengar iwan tanya Andika.

"Atas dikit lagi bang, landai dikit" Andika target untuk kitorang Subuh di Tugu Yudha. Kat situ, ada kawasan tanah yang agak rata dan lapang. Tapi geng, matahari makin naik, tak mampu dah nak tunggu.

"Ok, kita solat je kat sini, ambil wudhuk dengan tayammum je" akhirnya Iwan buat keputusan. Tengok langit biru dah makin cerah. Takleh delay dah.

Aku sebenarnya nak solat duduk je, sebab tempat kitorang nak solat tu memang on track dan tengah menaik yang ada ruang sikit2 je untuk berdiri tegak. Tapi lepas tu aku tengok diorang ok je solat berdiri, terus aku menginjak ke belakang beberapa langkah. Ada batu betul2 untuk seorang berdiri. Maka bertayammum, dan bersolatlah.


Lepas Subuh tu, beberapa minit kedepan, sampai lah kami ke Tugu Yudha. Kat situ kita pun melepas lelah sebentar. Minum untuk yang dahaga, makan apa yang ada kalau nak makan. Tak lama pun berhenti, sebab nak summit kan.


"Kak Sarah naik puncak tak?" - Firdaus (saing-saing aku mental dia ni)
"Naik" jawab confident k. Walaupun tak yakin, tapi jawapan kau kena yakin diri. Hehe!
Dah half way ni, kita proceed je lah, kan.

Mula naik tu aku perasan aku macam kat tengah2. Tapi tiba-tiba dah kat kedudukan terakhir. Ahaha~ Kabut tebal. Kadang-kadang tak nampak jalan. Aku ingat, cermin mata aku, rupanya memang sebab kabut. Tengah aku nanjak naik tu, aku nampak Andika mengerekot tidur tepi batu. Macam tak percaya, tapi aku teruskan langkahan soloku.



Dah beberapa kali pandangan kabur dan sejuk, aku kira bagus jugak aku tiru idea Andika ni. Aku pun cari batu besar sikit dan mengerekot tepi batu. Tidur. Bila buka mata, eh! Andika dah depan mata. Haha! Aku pun follow je lah dia. Berdasarkan pengalaman lepas, kabut kat puncak ni antara bawa kabus atau bawa hujan. Maka aku follow rapat step Andika.

Bila dia nampak kabut je, terus dia stay di belakang batu. Bila kabut hilang, kami pun melaju naik. 2 - 3 kali jugak lah adegan menyorok dari kabus tu terjadi sebelum kami tiba di puncak.

"Kalau kabut begini, perlu stop. Bahaya. Ada kes yang masuk gaung kerana kabus tebal, tak nampak jalan dan tersasar keluar dari jalur" - Andika

Oh ya, sebenarnya fungsi air kat sini adalah menghilangkan gatal tekak. Bila kabut datang, dia bawa sekali debu Sulfur dari pasir gunung berapi tu. Memang lepas angin datang je, otomatik kau rasa nak batuk, nak muntah. Oh, the feeling!


Berbekalkan asa yang makin menipis aku meneruskan langkah mengikuti jejak Andika. Pendek-pendek je langkah aku. Alhamdulillah! Sampai. hahaha. walaupun timing kelaut, lemau dan lengai.

Gais, gue udah nyampe! Meski telat puluhan menit dari teman2.
Remember? slowly but surely. hiks

Masa aku sampai atas, semua dah sejuk balik dah agaknya. Semua eksaited state nak tangkap gambar dengan pelbagai pose di pelbagai sudut. Aku? mati rasa. Reaching the peak pun aku rasa more than enough dah.

with le gurlz :)

with the team! #gemaselangorbackpackerz

ok, kakak belanja dab sikit lah.

And the rest become history.

Sekejap je aku kat atas tu, malas giler kut nak berfoto bareng. Sejukkkkk.. Bila diorang cakap dah boleh turun aku pun turun dengan laju sekali. Berdesupp.. 5 minit aku tinggalkan rakan2 di belakang, mendapatkan Agus di Tugu Yudha. Giler ar mamat ni duk situ tunggu kitorang, kalau aku dah beku agaknya, keras kejung.


Lepas beberapa minit geng semua dah sampai, snap foto sekeping dua lalu melanjutkan perjalanan. Kali ni Tokie & Iwan kat depan. Eh dah turun dari Tugu Yudha ni, curam dia lain macam pulak kan. Jadi, aku ketinggalan lagi. Diorang dua bersaing-saing. Kadang berhenti tunggu aku, kadang hilang dari pandang. Jadi aku pun take my own sweet time. Hehe.


Tak lama kemudian Kak Nora dan Andika memintas. Ok, another lifeline. So aku follow diorang pulak. Sampai la jumpa balik laluan untuk ke Shelter 2 dari Shelter 3. Tapi macam biasa, tak ada orang yang rajin nak layan pace aku. Jadi, sekian kali nya terkebelakang dari langkahan Kak Nora dan Andika. Tapi sesekala aku kira bila aku dah jauh sangat, aku nampak lah diorang tunggu aku. Ada 2x kut aku nampak diorang, sekejap je dah berdesup hilang.

 

Bila aku sampai dekat Shelter 2, aku nampak Andika. "Ada nampak Iwan?" "Eh dia takde?" Andika keluar semula menanti Iwan. Aku terkejut jugak dengar Iwan tak sampai lagi. Tapi takpe aku teruskan langkahan ke kemah.

"Ongky! Waaahh.. dah siap makanan" begitu ceria sekali ya bila kita sedang capek dan melihat ada yang sedang sibuk memasak makan siang.


"Salin baju dulu kak, nanti aku hantarkan air panas"

Aku pun terus ke kemah. Kat sana Kak Nora baru nak ambil mood untuk tidur. Aku masuk dan kemas beg. Karang dah ramai-ramai serabut pulak nak kemas kan.

"Kak, coklat panasnya siap!" ujar Onky di tepi tenda. Peh, the feeling. Coklat panas di tengah kesejukan, nyaman. Tak lama kemudian aku dengar suara Tokie, Iwan dan yang lain-lain. Ahaha~ ok fine, al kisah misunderstanding. Diorang tunggu aku, tapi aku tak nampak diorang dan follow Andika. Lama gak diorang tunggu aku takut hilang. T.T Nak rasa bersalah ke tak ni. hmmm.

Selain Agus dan Firdaus, semua dah sampai. Maka, semua siap2 kemas beg dan nak jatuh kan kemah. Makan siang pun dah siap, jadi makan kemudian solat jamak sementara menunggu the last man arrive.

Sekitar jam 3 kami pun bergerak turun. Ok, turun rasanya lebih laju ni. Orang dah tak begitu ramai, tambahan semalam tak hujan, jadi tanah makin kering. Becak nya sudah kurang. Aku follow golongan hadapan (macam biasa, sementara lutut masih bekerjasama) Tapi gap makin besar pulak dengan golongan belakang. Sampai satu simpang, kami tunggu lebih lama. Dapat kabar Firdaus dan Ita tercedera. Okey.

Bila hari dah melepasi Asar, Andika pesan untuk tunggu yang lain, jalan bareng. Katanya di Pos 2 nanti, habitatnya Macan Sumatera yang masih berkeliaran kesana sini. Jadi, bagus kalau jalan ramai-ramai. Jadi kami berhenti dan bergerak dalam satu kumpulan.

Kalau ada yang cedera beb. Jangan mimpilah nak keluar siang. Memang dari campsite lagi Iwan da cakap, kalau lengai sangat paling2 keluar jam 10 malam. Tapi now, ditambah dengan yang tercedera. Hmmm.. tapi its okey :) aku enjoy je. Baru la meet the hashtag, no one left behind. gitu! The good side no one left behind, the bad part semua perut masuk angin. haha.. sampai kat entrance 11.30 malam. Wahahah!

Masa sampai entrance tu, ada kedai jual bakwan dan teh panas. Aku macam dah keras kejung, kaki dah tak serupa kaki. Mula-mula malas nak join. Tapi, try jugakla (plus teringat bakwan lepas turun Prau hari tu.. sedapnya) Peh, aku makan sebijik cicah kuah kicap dia. Minum plak dengan teh panas. (Pssst, tak sempat basuh tangan pun. kah!) Memang jempol! terbaik.

"Sarah tokie, jangan malukan pm kita makan tak basuh tangan" tegur Iwan
"Eh Iwan, try ar sedap ni" Iwan mula-mula tak nak, sebab dia beli bakwan kelmarin tak best. tapi kitorang paksa2 jugak. Siap suruh minum dengan teh panas. Ha baru dapat kau rasakan kan keenakannya? Aku nak teruskan makan sebenarnya, tapi sayang.. 4wd dah sampai (oh dan sebenarnya kitorang takde duit pun nak bayar, jadi makan sebijik sorang je la mampu, mengharap belas Acap tolong bayarkan)

Malam tu, kami pulang ke homestay bertemankan beribu bintang yang bertabur di langit lepas. Gelap yang membelit dengan deraian cahaya bintang terang. Ah! Subhanallah, priceless.

Bintang malam setia seperti dirimu
Tetap pudar menghilang tiada gantimu
Dan ku masih terasa degupan jantungmu
Tanpamu ku kan rapuh


(Ok, tapi iwan tindih kaki aku, maka feeling tu kadang2 kelaut juga lah bila teringat. Hoi, sakit lah kaki aku! Macam tu)

Dari atas 4wd diorang dah mula menyusun siapa akan guna toilet lepas siapa. Makanya, sampai je kat homestay, aku pun buka pintu bilik dan minta siapa yang ada letak barang suruh ambil. Lepas depa ambil, aku pun terus ketiduran. Penat kan. Pastu kalau tak tidur pun, bilik air penuh dah kan depa queue.

bersambung..

#petualangKerinci #trippeluhdanairmata #wonderfulIndonesia #gemaselangorbackpackerz

29 August 2017

Kerinchi sebuah ujian - Part 2

Kota Padang meminjamkan pemandangan-pemandangan indah tanah tinggi yang menyegarkan. Sesekali angin lembut yang bertiupan dari perbukitan, memberi kenyamanan yang luar biasa. Sejuk, tetapi tak begitu mendinginkan hingga menggigil. Sederhana yang menenangkan.







Selain dari singgah di TransMart, Petualang Outdoor, Masjid Raya Sumatera Barat, Rumah Makan Pauh Permai, dan Pecel Lele Mas Mon (sedapnya murtabak Mesir), perjalanan di teruskan menuju ke Homestay di Kerisik Tuo, Jambi.

Homestay (Pondok Hunian) Keluarga Timan (berhadapan Kebun Teh Kayu Aro)

Kami tiba di homestay ketika gelap telah pun pekat membelit malam. Sejuknya, subhanallah! Pantas menggamit ingatan terhadap rasa sejuk saat menginap di Homestay Ananda, New Selo setahun yang lalu. Persis! Iwan dah bagitau sebelum tu, tak payah mandi, solat dan terus tidur. Masa Iwan cakap tu masih rasa berkeras nak mandi, tapi bila dah sampai... ok saya terpaksa bersetuju dengan Iwan!

Pagi itu, sebelum mengerjakan solat Subuh siap-siap aku memandikan diri. Jangan fikir sangat kesejukan, insyaAllah anda mampu melaluinya. Hihi.

Nas-gor buat sarapan, sedap!

Sebelum baju bertukar rupa, kena snap pic dulu




First time aku begitu lengai ketika pendakian. Biasanya memang lengai pun tapi koman-koman mesti log perjalanan. Kali ni, nak angkat fon masukkan log pun rasa membazir tenaga. Haha! Mental teruk kah? Ok, try la korang.. tengok nak mental ke tak nak. Masuk-masuk je terus mencanak like forever. Langsung tak de diskaun.

Lebih mendukacitakan, tanah memang teruk, selut! Baru lepas hujan, dan baru lepas hari kemerdekaan Indonesia. Dengarnya, sebelum kami naik ada 1000pax ambil permit untuk naik Kerinchi. zzzz.. Memang hancur track.

  

Masa mula tu, gigih gak lah mengelak elak selut sana sini, dah half way memang tak dapat nak elak dah. Sampai ada part selut hampir merampas kasut aku lah citer dia. Few month sebelum pendakian, aku dah pernah tanya Su tentang Kerinchi, lepas penceritaan dia memang aku down dan tawar hati sikitlah nak pergi. Tapi dah booked kan. Beberapa hari sebelum ke Padang pun aku ada text Kinah,

"Tough jugak Sarah Kerinchi ni.." kata Kinah.

Aku hanya memperbanyak doa agar Kerinchi berbaik dengan aku, hari tak hujan dan perjalanan nya ada diskaun. Nampaknya, tidak. Perasaan bercampur baur sepanjang perjalanan. Nak marah, tak de siapa pun paksa aku datang kan. Dalam kegalauan perasaan tu, terdengar suara Afiq. Sayup tapi padu.

"Kerinchi ni sebenarnya ujian untuk kita"

Sentap. Tanpa berkalau galau, tanpa menoleh lagi aku teruskan langkah dengan istighfar panjang di hujung hati.

Memang benar-benar ujian. Dari pintu masuk sampai ke campsite (shelter 2) all the way lumpur selut. Sigh. Separuh perjalanan dari Shelter 1 ke Shelter 2 (yang aku kira paling mengambil masa 4 - 5 jam) aku rasa dah tak kan sempat kalau terus kan perjalanan. Maka, ada sedikit tanah lapang, kitorang (selain Iwan, Hakim dan Kak Nora yang terus melaju mahu mendirikan tenda duluan katanya) berhenti untuk mengerjakan Solat Jamak Takhir Zohor-Asar. Tough juga ya mengerjakan solat dalam kesejukan.

Usai solat, aku meneruskan langkah bersama Tokie, tapi tokie ni laju dia aku takleh catch up. Maka, aku biarkan lah saja budak kecik ni melaju, sebelum Afiq memintas.

"Akak, saya pintas akak ye. Bad ada kat belakang. Tokie tu laju sangat, karang ke mana ntah dia pergi"

Aku pun saing-saing dengan Bad. Dah pancit teruk sebenarnya kitorang. Tengok muka Bad pun dah takde manis dah, kelat semacam. Haha! 30 minit sebelum sampai Shelter 2, aku nampak sinaran cahaya!

"Bad, kita dah sampai ke ni?" Ada nampak ceria sikit muka Bad. Aku kembali melihat seorang pakcik orang putih yang sedang menghirup kopi panas. Tapi, tak nampak pun orang ramai kat kawasan pakcik ni.

"Is it shelter 2?" ragu-ragu aku lontarkan juga soalan
"Bukan, perlu berjalan sekitar 20 menit lagi, disana Shelter 2" katanya.

Arghhhhhhhh..

Ok, tarik nafas. Make yourself compose again. sayup2 aku dengar azan Maghrib. Ok, dah senja. Aku dengan Bad berenti minum jap sebelum Acap sampai dan kami saing-saing menuju ke Shelter 2. 20 minit tu lama tau untuk mendaki!


Akhirnya tiba jua. Alhamdulillah! Masa aku sampai, Iwan, Hakim dan Kak Nora sedang berjemaah Maghrib, Isyak. Kemah perempuan telah siap didirikan. Terus aku masuk ke dalam dan bersiap untuk solat. Lepas solat, masuk kemah dan tak keluar lagi. Makan malam pun tunggu orang hantar masuk kemah. Hahahaha. Nasi putih dan daging dendeng. Dapat pulak teh o panas! Sedap!

Ok tapi time tidur, memang tak dapat tahan, sejuk gigil! berlapis lapis dan sleeping bed pun tak dapat tolong memanaskan badan. Aku terus berzikir 'esok aku taknak naik puncak' sehingga ketiduran.

bersambung..

#petualangKerinci #trippeluhdanairmata #wonderfulIndonesia #gemaselangorbackpackerz

28 August 2017

Kerinchi sebuah ujian

Alhamdulillah, dengan rahmat dan kasihnya Allah trip sulung Gema Selangor Backpackerz ke gunung luar negara berjaya di laksanakan dengan jayanya. Thanks tuan pengarah, Iwan.
Perancangan trip ni sebenarnya since 2015. Tapi macam biasa, seperti iman ada turun dan naiknya. Akhirnya, Alhamdulillah 2017..

Februari 2017 semua ahli trip digesa untuk membeli flight tix ke Padang. Ada yang berminat tapi terbatas dengan halangan2 lain. Jadi sehingga akhirnya hanya 10 orang yang terpilih menjadi team #petualangkerinchi

Kerinchi memang satu ujian untuk setiap peserta. Pelbagai cerita. Ada yang hampir cancel walaupun da beli tiket kapal terbang. Ada juga yang dah join kumpul duit kutu untuk bayar pakej, tapi at the end tak dapat sertai.

Aku pula? Tak de lah hebat sangat. Tapi boleh tahan mendebarkan jugak lah. Aku tanya iwan cukup ke 70kg luggage untuk 13 org. Iwan cakap cukup. Tapi dalam 2 pagi hari nak fly before check in aku yang galau di hati tambah la luggage 20kg. Baru aman rasanya nak naik bas.


Pagi tu pegi amik boarding pass, then queue nak masukkan lugagge. Masukkan semua beg dalam 4 tiket, tapi aku punya lambat sikit sebab kecik je around 6kg. (Sebab dah bahagi siap2 1 beg naik cabin) last person nak check in lugage aku la. Tapi time tu ada 4 beg. Kakak tu bagitau beg aku ringan, ada beg lg berat tak. And? ya, beg aku xlepas nak check in sebab da cukup 20kg. Nasib baik ringan, tengs Acap tolong ajet2 kool terus masuk dalam flight dengan beg hiking gue.


Punya la nebes sebab Mac hari tu ada dengar Air Asia tak bagi beg hiking naik cabin kan. Masa nak naik flight ni memang aku wasap mak minta doa (so the very typical anak anak, time sesak baru nak teringat doa mak) Alhamdulillah pass. Tapi sedih gak sebab perfume Dayah tak lepas. Lebih 100ml. Dorang tak check in bag, so perfume naik cabin memang is a no-no la kan. 

Ok

Naik je flight aku masih pening kepala ah macam mana nak roaming data ni kan, punyala serabut kelam kabut, sampai kena tegur dengan cabin crew, sebab dah nak depart tapi masih on phone. Hiks. Nampak ke i nyer IG stories dalam flight hari tu? ha, right after that la kena tegur ngan cabin crew. hahaha.

Penerbangan, Alhamdulillah so far so good. Jadi landing je lapangan terbang Minangkabau, terus aku tarik both fon simpan dalam beg. Turun flight. The view? priceless, snap2 pic jap dekat airport. Sampai jadi last person lah nak tinggalkan flight. Aku toleh building, orang duk beratur nak bypass imigresen.


Imigresen? eh, passport?

Kelam kabut duk seluk beg. Ok, memang takda! Memang the last things yang aku bawa keluar dan simpan memang fon je! Ok check mate, tinggal kat belakang seat orang depan.

Alhamdulillah, doa mak masih mengiringi. Cepat2 aku bagitau brader2 minta check kan seat 26A. Dekat atas aku tengok orang dah berbaris nak masuk flight. 

"Makasih pak!" Ditemui! Terima kasih Allah. ^^, Barulah tenang meneruskan langkah.


Bersambung..

#petualangKerinci #wonderfulIndonesia #gemaselangorbackpackerz