Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

05 September 2019

Hiking

Ada orang mendaki sebab minat. Sebenarnya kalau aku naik gunung, most of the people yang aku jumpa memang yang ni lah. Passion.

Tapi bagi aku sendiri, bukanlah sebab passion sangat. Sebab letih kut hiking ni. (tapi berbaloi lah dengan view yang priceless itu)

Pada aku, hiking ni.. tempat aku bertemu pelbagai jiwa manusia yang baru. Selepas penat jumpa perangai2 manusia yang ditemui sehari hari. Bila kita jumpa orang yang sama setiap hari, memang letih dan menyakitkan hati. Jadi sebelum lebih sakit hati dan tak dapat dibendung lagi. Baiklah kita shift sikit kita punya fokus untuk kehidupan yang lebih tenang dan aman.

Aku suka hiking sebab aku dapat jumpa banyak jiwa2 yang positif, lantaran menyemarakkan semangat untuk terus hidup. Dari setiap peribadi individu yang aku jumpa di gunung memberi sedikit harapan untuk aku, sisi hidup mereka seolah memberi pengajaran untuk aku. Ada banyak sebab untuk aku tidak mengalah dengan hidup. Dan ada banyak sebab untuk aku berubah menjadi lebih baik.

Too stressed in our daily life is so not good. Lagi2 di zaman penyakit mental dan kemurungan semakin menjadi jadi ini. Divert sikit your lifestyle supaya mata hati kita lebih luas dan terbuka memandang kehidupan.

This is a start, to the long story of 7 days journey. Stay tune..

bersambung..

#triptahantakmenahan
#pewaibergema

28 August 2019

Jika dapat di putar masa..

8.06 pagi (blackout)

Elok je aku tulis tajuk, terus pejabat black out. Ok jom sambung.

8.45 pagi (sambung tulis)

Sebenarnya aku nak cerita tentang perjalanan pagi ni ke pejabat. Pagi ni aku purposely keluar awal dari selalu. Ada beberapa sebab iaitu satu partner MC (qilah cabut gigi), jadi kena lah datang awal untuk standby incase anything happen. sebab kedua pulak adalah, aku nak keluarkan duit kat UM (ni lah yang terdekat dan dalam laluan ke pejabat)

Jadinya, aku pun keluar dari rumah lagi beberapa minit nak masuk jam 7 pagi. Berusaha gak lah aku set kan minda sebab otak dah macam auto pilot nak masuk SPRINT hiway. Elok masuk jalan universiti, lancar. Tapi, terhenti dekat-dekat dengan Jaya One. Aku brake mengejut, kereta belakang double terkejut. Boleh aku dengar bunyi brake dia yang nyaring itu. Jalan tu memang biasa lancar kan, memang laju je orang bawa situ, lagi-lagi baru jam 7 kan.

Melintang dahan pokok tumbang kat tengah jalan. Dia tutup habis jalan, jalan tu 2 lane, dua dua sangkut. Masa aku sampai tu, aku kereta kedua dalam line. Jadi kitorang decide patah balik. Sayangnya, bila patah balik lagi sangkut, sebab kereta dah built up, pastu ada pulak bas kat situ, aduh duh. Bas tak nak move sebab harus bas tak bleh 3 point turn kan kat depan satgi.

Aku rasa 5 ke 10 minit jugak lah sangkut tak bergerak. Aku tengok hilux kat sebelah dah naik divider masuk jalan sebelah sana. Lepas idle sebegitu lama, aku keluar jugaklah tengok sangkut tara mana teruk sangat tu. Hmm, memang tak lepas ni kalau nak turn kat depan, sebab tempat turn tu dah di penuhi kereta.

Aku pun pusing sekali lagi, menuju ke pokok tumbang, berhampiran dengan pokok tumbang, ada devider yang rendah sikit. Jadi aku pun turn jugak lah kat situ.

Maka disebabkan vijay bertukar sat jadi hilux, lepaslah aku dari ketegangan jalan yang menyekat pergerakan trafik di Jalan Universiti. First time lanyak naik atas divider, harap2 lah vijay tak apa2. jangan ada leaking plak dah la.


Dapatlah sambung perjalanan, dan niat untuk mengeluarkan duit di bank berjaya! Alhamdulillah. Dan amazingly berjaya sampai pejabat pada jam 7.55 pagi. *tepuk untuk diri sendiri, u've done well Sarah. Aku pun check2 jap sistem, tengok semua ok. Then buka blog, baru taip tajuk. Oh no, black out!

Lama jugak blackout kali ni, sampai jam dekat 11 pagi jugak. Berapa jam tu kan? Oklah still, sebab tak lebih 4 jam so the server still survive. System still up and run. Baru je rasa nak bertenang-tenang setelah mendapat cahaya, dapat makluman pulak kiosk dekat tingkat 11 tak boleh on.

Aduh.

Turun sat tengok, ok memang tak boleh setel dengan cara hard reset. Maka, minta tolong orang angkut naik ke bilik IT. Banyak caralah try untuk start it up. Dan akhir sekali dapat lah solve, dengan cara? tukar bateri! Phew~ what a day..

Jika dapat di putar masa.


Minggu lepas masa join muktamar bersama para syuyukh dan syabab yang dihimpunkan dalam satu program, terkesan aku dengan taujihat yang menjentik jentik tangkai hati dari Ust Alias. Sungguh dipenuhi dengan keinsafan.

Fastabiqul Khairat (Maka bersegeralah membuat kebaikan)

Bila aku dah tenang-tenang sikit, aku pun terfikir. Sebenarnya ada je pilihan yang lain yang aku boleh buat pagi tadi. Maybe aku boleh park kereta kat tepi dan ajak seramai mungkin orang yang ada/ pemandu kereta untuk sama-sama alihkan pokok tu ketepi. Memang besar pokok tu, tapi aku rasa tak mustahil je kalau angkat ramai-ramai. Ada ruang untuk kita beramal sebenarnya, untuk memindahkan duri di jalanan, atau melepaskan diri kita sendiri dalam kesulitan itu.

Astaghfirullahalazim.

Moga Allah masih memberi peluang dan ruang untuk terus beramal di masa depan.

Pen off,
Kampung Baru.
(Counting times, 10 hours and 30 minutes left)

26 August 2019

of Izzah Wedd

"Akak, akak kenal tak xxx?"
"Oh kenal, junior dulu"
"Dia dah kahwin ke kak? Dah ada calon?"
"Belum kahwin rasanya. Calon tu tak pasti, tapi bolehlah tolong tanyakan"

Antara perbualan2 awal masa aku mengenali Izzah. Lama sangat dah, masa tu dia baru je lagi masuk PJ, tengah buat prektikal kat PJ, dapat lak satu usrah. Aku rasa masa tu boleh jadi around 2014 ada kut. Tak lama lepas habis prektikal dia balik ke PJ, dapat kerja kat sini.

Selepas tu bermulalah siri dia tersangkut dengan aku bersama NGO yang aku sertai
Dari hanya seorang yang tag along. Sehingga menjadi somebody.
Boleh dikatakan aku berbangga dengan pencapaian beliau.

Tapi macam biasa, orang hebat takkan stay lama kat PJ ni, confirm akan walk away.

Akhirnya beberapa langkahan di NGO terpaksa dihentikan apabila dia mengambil keputusan  menyambung pelajaran ke Turki.

2019

Beberapa bulan sebelum ni Izzah ada maklumkan yang dia akan berkahwin tahun ni. Dia dah hint dari last year sebenarnya. yang dia dah jumpa seseorang. Aku pun rasa lega juga bila akhirnya dia menemui the love of her life. Sebab before pergi Turki dia ada cuba nasib bertanya lagi dengan seseorang, tapi jodoh orang lain rupanya.

As one of the witness of her marriage journey, maka benarlah.. jodoh itu perlu di cari. Haha!

Moga bertemu sakinah, mawadah wa rahmah Izzah!
Sayang sekali i couldn't make it to Izzah Wedd. Definitely im in shock bila nampak gambar kahwin Izzah. Jodoh ni betul2 rahsia Allah yang masih menjadi misteri dan penuh debaran.

Moga hidup Izzah dan suami sentiasa dalam redha Allah. Moga cabaran di masa depan dapat di harungi bersama sama. Jalan hidup selepas pernikahan tentunya tidak setenang dan semudah sebelum nya, teruslah mengikat doa dan harap kepada tuhan.

Untuk hasben izzah, jagalah izzah sebaiknya. kerana izzah amanah Allah untuk tuan.

Till we meet again Izzah.
Pen off.

14 August 2019

The 8th

So unbelievable.

For all the feeling. happy. sad. struggle. depress. overwhelm. thankful. joy. awkward. down. upagain.

For the friendship.

and obviously of being old together.

Company Dinner
Birthday Celebration



Hokaido Trip 2018
Eastern Europe Trip 2019

Thanks I still survived for the 8th year of service.

2.8.2011 - and counting

#laterpost
#busyroadshowaroundMalaysia

23 July 2019

Pencen.

"Bye, kak last day hari ni" ujar Kak Kim sambil menghulurkan tangan.
"Akak umur berapa eh?" laju je soalan aku, sebab dari semalam aku sedikit ragu dengan umur Kak Kim. Nampak segak dan sihat lagi, rambut pun masih hitam.
"60 dah" jawab Kak Kim.
"serius lah? kak Kim tipu!!" tiber je nak emosi kan. Haha!

Tapi serius kak Kim tak nampak pun macam umur 60. Kalau around 50 boleh percaya juga. Aku ingat dia pencen option. Rupanya memang pencen wajib lah gayanya tu.

Tak abis-abis nampaknya cerita orang pencen kat sini. Bukan kat sini je, ayah pun baru pencen bulan lepas. Dah banyak muka baru juga masuk pejabat akhir-akhir ni. Sama ada pengganti kepada yang lama, ada juga yang sekadar membuat latihan industri untuk melengkapkan senarai yang perlu untuk diploma/ degree diorang kat sini.

Bila tengok orang pencen ni, rasa sedih pulak. Terbayang pulak masa mula-mula kerja, perasaan masa tu, bersemangat, seronok, dapat kawan baru, dapat motivasi baru, harapan untuk terus hidup. Tapi through out the years, semua benda tu pudar. Kawan-kawan ramai yang berhenti dan bertukar kerja. Sama ada tak selesa dengan boss, atau pun gaji tak cukup, boleh jadi jugak mencari excitement baru dalam pekerjaan. Tak ramai kan yang boleh tahan dengan same routine. Jadi tukar kerja adalah satu jalan untuk menemui lagi semangat baru.

Sedar-sedar, tinggal kita je yang sendiri masih teragak-agak nak pindah kerja atau nak meneruskan juang di lapangan kerjaya di pejabat yang sama. Perasaan ketika itu? Wah, boleh tahan lonely. Nasib baik akhirnya di pindahkan ke client site. Jumpa muka baru, dan sedikit semangat yang baru. Harapan kan yang menjadikan manusia kekal melangkah.

Duk tengok pakcik/makcik yang masih bekerja @ pindah kerja. Aku terbayang, makin lama makin lonely nya perasaan. Ada juga aku sembang dengan kawan-kawan yang pindah kerja. Dapat colleague budak-budak muda. Kerja laju, hitech lagi dari kita yang nak hampiri warga emas ni. Lepas tu pulak laras bahasa dah tak sama. Susah jugak nak mingle around.

Sampai usia emas kelak, pencen. Tengok kak Kim, datang salam setiap sorang sendirian.

Kesimpulannya?

Perjalanan hidup ni memang Allah dah design dah, usia muda untuk kita rasai kegembiraan. Banyak benda baru yang kita ingin dan berani untuk mencuba di usia muda. Adrenaline Rush katanya. Allah nak bagi kita rasa kegembiraan2 juga kenikmatan2 yang ada kat dunia. Tapi perlahan-lahan Allah ajarkan perpisahan/kehilangan. Supaya kita sedar, yang semua bahagia akan berakhir. Semua rasa yang kita pernah fikir kita punya tak lagi milik kita. Macam mana rapat pun, macam mana kuat pun, Allah akan rungkai kan nya sikit sikit. Untuk persediaan kita menujuNya secara bersendiri kelak.

Tu mengikut pandangan aku je lah yang masih jahil tentang hikmah Allah yang terlalu banyak dan sukar untuk ditafsirkan ini.